Sabtu, 19 Mei 2012

GEMPAR!! Pasukan Bola Kedah Kalah disebabkan Penyokong!!


Mc rasa ramai yang akan melenting dengan posting ni. Jurulatih bola sepak Kedah kata, pasukannya kalah disebabkan tekanan dari penonton? pehh..  tak percaya baca sendiri.

Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong.

Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik.

“Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi.

Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu.

Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri.

Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51.

Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.

“Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan.

“Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – Bernama

tengoklah keadaan pasukan Kedah sekarang..
Lihatlah kedudukan pasukan Kedah sekarang. kedudukan ke3 terakhir, hanya 4 kemenangan daripada 17 perlawanan. Apakah setiap kekalahan pasukan Kedah datangnya dari penyokong? Kenapa pihak pengurusan hijau kuning tidak menyalahkan pengurusan dan diri sendiri? tetapi menyalahkan penyokong?

Sudah tentulah penyokong mahukan kemenangan. Malah ada penyokong yang datang sejauh 100KM semata-mata untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Keluar duit minyak, keluar duit tol, beli tiket, berhimpit, letih penat. Semata-mata nak sokong pasukan keramat hijau kuning. Tak adillah penyokong disalahkan.. penyokong tengok perlawanan keluar duit, tapi pemain bola sepak dan pengurusan dibayar beribu-ribu untuk memastikan pasukan Kedah menang!

Mc tak salahkan seratus peratus kepada pengurusan, tapi kalau bukan salah pengurusan, nak salah sapa? takkan penyokong?

Kalau pengurusan KFA tak dapat buat apa-apa, Mc percaya, musim depan pasukan Kedah akan bermain di Liga Premier.. iaitu Liga Malaysia Level 2. Sedihnyaa...

Rindulahh.. pengurusan Tok Man Aziz dengan Azraai Khor dulu.. gandingan mantap!


McTheory:
Awat la sejak Pas jadi kerajaan ni, asyik kalah saja?? hmm..

3 ulasan:

Unknown berkata...

Mcm alasan nak lepas tengkuk je?

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

hangkedee berkata...

Wa pernah pergi dengar ceramah Hampas selepas menang PRU12 .Apa komen MB serba tak tau. buat kerja cara Islam cakap.Dia kata puak puak BOLA ni bukan tau kerja lain asyik maaaaaaaain saja.Sebab itu kedah semakin merudum.Sebab mereka pun asyik berceramaaaaaaaaaah saja tak tahu kerja lain sebut main bola pasti tak tahu.Hasilnya sudah pasti keputusan HAMPAS.Tabiat mereka standard senang salahkan UMNO atau salahkan penonton.habis cerita tutup buku.

Tanpa Nama berkata...

Tergamak pemimpin2 umno biarkan budak muda kena sepak mcm tu. sedih aku tengok video no. 1 tu. Memang sah tak undi BN