Sabtu, 19 Mei 2012

TUDIAA!! Jelajah Destini Terus Membela Rakyat Susah di Kedah!! #JDAB1M







Tok Bashah bersama VC UiTM Dato Sahol





Kuala Kedah, terus masuk UiTM seramai 39 orang bergambar bersama Tok Latt

Terharu membaca mesej-mesej yang dihantar petugas-petugas Unit Media Baru (UMB), yang kini berada di Kedah dalam siri lawatan Jelajah Destinasi Anak Bangsa 1Malaysia. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang lalu.

Selain itu, Dato' Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya melaksanakan visi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam mencari kumpulan sasar yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.

Tahniah juga kepada pelajar-pelajar Kedah yang kurang berkemampuan dan berjaya di dalam rayuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tanpa slogan retorik seperti "Negara Berkebajikan" BN dan UMNO terus mara untuk membantu anak bangsa terutama dari golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Tahniah UMB, tahniah UiTM, tahniah Dato Sahol. UiTM Selamanya Di Hatiku! Sumber CTS dan juga Mc sendiri!!



McTheory:
Berjuanglah untuk anak bangsa.. 

Tiada ulasan: