Memaparkan catatan dengan label pasukan kenari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasukan kenari. Papar semua catatan
Rabu, 25 Julai 2012
TUDIAA!! Baddrol Bakhtiar Bakal Tinggalkan Pasukan Bola Sepak Kedah? #TukarKedah
Khabar angin mengatakan Baddrol Bakhtiar, ayam tambatan Kedah, atau pemain paling popular dan handal di Kedah mahu meninggalkan pasukan. Jika ini benar-benar berlaku, bermakna satu tamparan hebat kepada pasukan Kedah yang selama ni tunggang langgang bergelut di dalam Liga Super.
Malah dimaklumkan, lebih ramai lagi pemain Kedah bakal meninggalkan pasukan. Mc pun dah taktau nak kata apa. Memang pasukan Kedah teruk sangat tahun ni. Semenjak Pas memerintah, pasukan Kedah terus teruk..tapi tahun ni paling teruk sampai ke Liga Perdana. Agaknya kalau Pas pegang lagi lepas ni, pasukan Kedah akan turun ke Liga Presiden pulak rasanya.
Cerita pasal Baddrol Bakhtiar nak tinggalkan Kedah boleh baca kat SINI
McTheory:
Jangan sampai setaraf main dengan budak sekolah sudah laa.
Rabu, 23 Mei 2012
EKSKLUSIF!! Cabaran Segmen Khas Untuk Peminat Bola Sepak Kedah!! Othman Aziz in da house! #saveKedah
![]() |
| apakah kita nak biarkan ini terus jadi kenangan? |
Mc percaya peminat bola sepak Kedah pernah bersorak bangga apabila pasukan bola Sepak Kedah berjaya mencipta sejarah memenangi ketiga-tiga piala selama dua tahun berturut-turut. Selama dua tahun kita memenangi ketiga-tiga piala dibawah pengurusan yang sama, jurulatih yang sama dan pemain Kedah juga yang sama. Malah pemain import juga dikekalkan. Untuk mengingatkan kembali zaman kegemilangan pasukan Kedah, Mc sertakan video dibawah untuk tontonan semua.
Kenapa selepas itu, pasukan bola sepak Kedah prestasinya menurun? Apakah punca sebenarnya, kejatuhan pasukan bola sepak Kedah? Untuk mengetahui jawapannya, tengok dulu video dibawah ni.
Untuk pengetahuan pembaca dan peminat bola Kedah. Selepas BN kalah di Kedah pada tahun 2008. Kerajaan negeri Kedah dikuasai oleh Pas, ini bermakna organisasi tertinggi didalam KFA juga berubah. Malah presiden KFA juga dipegang oleh Ustaz Azizan (ishh Azizan lagi).
Pada mulanya memang tidak memberi sebarang kesan. Setelah beberapa bulan (Pas menjadi kerajaan negeri), Pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Othman Aziz yang di cop orang 'UMNO' didalam KFA, telah ditekan dan difitnah berulang kali sehingga beliau meletak jawatan sebagai pengurus. Ini semua terjadi kerana tekanan politik, dan KFA telah di politikkan oleh individu tertentu.
Selepas pasukan Kedah kehilangan seorang pengurus pasukan yang berjaya. Kemudian, pasukan Kedah juga kehilangan ramai pemain berbakat besar, akibat lari dari kemelut yang melanda pasukan Kedah. Kesan daripada kehilangan pemain, hingga merosakkan strategi jurulatih, Azraai Khor juga undur diri dari pasukan Kedah kerana tekanan yang dihadapi oleh beliau.
Tahukah anda, semua ini terjadi apabila kerajaan Pas mula memegang tampuk kerajaan negeri. Malah pentadbiran KFA juga telah dipolitikkan oleh mereka. Akibat permainan politik yang melampau, akhirnya pasukan bola sepak Kedah yang rebah dan tidak bermaya.
Selepas 2007, bola sepak Kedah tidak lagi memperolehi apa-apa lagi kejayaan. Malah tahun ini paling teruk! Pasukan Kedah telah mengharungi 17 perlawanan. Namun hanya menang 6 kali dari 17 perlawanan. Akibatnya pasukan Kedah sekarang sudah hampir tersingkir untuk ke Liga Perdana (Liga level 2).
Bagaimana untuk kita selamatkan maruah bola sepak Kedah kembali.. semalam Mc pergi berjumpa dengan bekas pengurus pasukan Kedah yang hebat tu, Datuk Othman Aziz, setelah berbual dengan beliau. Mc percaya beliau ada 'rahsia' dan strategi untuk kembalikan maruah pasukan bola sepak Kedah. Tak payah cakap banyak, tengok video dibawah...
Anda tak boleh nafikan peranan beliau semasa 2006 dan 2007, kerana beliau memang berjaya dan buktikan apa yang beliau katakan. Mc rasa, rakyat Kedah perlu melakukan sesuatu selepas ini.. selama 3 tahun pasukan Kedah (pentadbiran Pas juga 3 tahun) tidak memperolehi apa-apa kejayaan, malah dimalukan saja. Apa kata kita cuba kaleh balik kerajaan negeri ke BN. Lepas tu kita tengok adakah pasukan bola sepak Kedah dapat kembali ke landasan kemenangan, atau Datuk Othman Aziz hanya bercakap kosong?
Kalau ikut track record, Mc percaya beliau dapat lakukannya... takkan kita nak tunggu pasukan Kedah hancur lebur lunyai baru kita nak sedar? adehh..
McTheory:
Yakinkanlah diri sendiri, berjuanglah sejiwa murni.. murni apoo.. kalo dah kena suap! heh..
Selasa, 29 November 2011
PANAS!! AKIBAT TEKANAN POLITIK BADROL BAKHTIAR BAKAL TINGGALKAN KEDAH!!
Dulu Azraai Khor bekas jurulatih pasukan Kedah yang diganggu dengan tekanan politik. Kini Badrol Bakhtiar pula dikatakan akan mengalami masalah yang sama seperti bekas jurulatih itu. Apa dah jadi ni?
Mc diberitahu, keluarga Badrol ni lebih kepada penyokong kerajaan pusat. Pro-BN. Sebab itu ada diantara pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang sememangnya didalangi oleh kroni-kroni kerajaan negeri Pas, yang menekan beliau hingga dikatakan beliau mahu meninggalkan pasukan Kedah dan menyertai pasukan Johor.
Apa la punya baghal puak Pas ni. Si Badrol tu, merupakan pemain 'emas' dalam Malaysia. Kalau pasukan Kedah lepaskan Badrol, Mc percaya beratus lagi pasukan lain yang akan berebut-rebutkan beliau. Tolonglah wahai Pas, tolonglah asingkan politik dengan sukan. Sukan tu sukan la, politik tu politik la. Apa yang susah sangat?
Ahad, 30 Oktober 2011
Tahniah Azraai Khor!! Jurulatih yang jadi mangsa Pas Kedah!
![]() |
| baju yang sama, lambang berbeza!! |
Bangga melihat bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang berjaya membawa Kedah mengungguli Piala Malaysia selama dua tahun, kini berjaya menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan. Azraai membuktikan bahawa dia diantara jurulatih yang terbaik di Malaysia.
Azraai menjadi jurulatih Negeri Sembilan ketika pasukan Negeri terumbang ambing dan tidak stabil. Hinggalah beliau memulakan langkah satu persatu untuk memantapkan langkah pasukan Negeri hingga berjaya masuk ke pertandingan Piala Malaysia.
Apa yang penting bagi beliau berbekalkan kepercayaan dan sokongan dari pengurusan PBNS, Azraai mengorak langkah memilih pemain dan berjaya memantapkan pasukan Negeri mengikut acuan dan latihan yang beliau mahukan. Itu yang diperlukan oleh seorang jurulatih hebat seperti beliau.
Kenapa beliau mengundurkan diri dari pasukan Kedah?
Langgan:
Catatan (Atom)




