Ahad, 30 Oktober 2011

Tahniah Azraai Khor!! Jurulatih yang jadi mangsa Pas Kedah!

baju yang sama, lambang berbeza!!

Bangga melihat bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang berjaya membawa Kedah mengungguli Piala Malaysia selama dua tahun, kini berjaya menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan. Azraai membuktikan bahawa dia diantara jurulatih yang terbaik di Malaysia.

Azraai menjadi jurulatih Negeri Sembilan ketika pasukan Negeri terumbang ambing dan tidak stabil. Hinggalah beliau memulakan langkah satu persatu untuk memantapkan langkah pasukan Negeri hingga berjaya masuk ke pertandingan Piala Malaysia.

Apa yang penting bagi beliau berbekalkan kepercayaan dan sokongan dari pengurusan PBNS, Azraai mengorak langkah memilih pemain dan berjaya memantapkan pasukan Negeri mengikut acuan dan latihan yang beliau mahukan. Itu yang diperlukan oleh seorang jurulatih hebat seperti beliau.

Kenapa beliau mengundurkan diri dari pasukan Kedah?


Atas punca kurang sokongan dari pihak pengurusanlah yang membuatkan Azraai Khor mengundurkan diri dari pasukan Kedah.

Pengurusan KFA yang diketuai oleh Ostat Azizan tidak pernah mengambil berat mengenai pasukan Kedah. Jauh sekali untuk turun padang melihat keadaan pemain dan masalah yang di hadapi oleh pasukan kenari. Pada masa yang sama, heboh diperkatakan akaun kewangan KFA telah hilang setengah juta tanpa di ketahui oleh sesiapa.

Maknanya, duit dalam akaun hilang tanpa di kesan. Sudahlah menghadapi masalah kewangan, pemilihan pemain mengikut citarasa pengurusan tanpa di rujuk dahulu kepada Ketua jurulatih.

Akhirnya prestasi pasukan Kedah semakin merosot dan terus merosot.

Untuk bertanggung jawab atas masalah tersebut, Azraai meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah.

Ramai yang menyalahkan beliau sebagai punca kemerosotan, namun hakikat yang sebenar, pengurusan KFA yang bermasalah. KFA di rombak oleh kerajaan negeri, dengan menyumbat kroni-kroni yang bangang dalam pengurusan bola sepak, supaya dapat mengambil alih dari tangan kepimpinan dahulunya yang terdiri dari orang kerajaan lama.

Kononnya untuk membaik pulih. Namun apa yang terjadi? Pasukan kenari punah ranah, rebah!

Akhirnya walaupun Azraai meninggalkan pasukan Kedah dan digantikan dengan jurulatih baru, namun pasukan Kedah tetap tumbang. Bukan kata nak menang Piala Malaysia, Piala FA pun belum tentu dapat.

Tengok sekarang, Azraai berjaya bersama pasukan lain. Kedah? masih lagi merangkak mencari rentak!

Tak guna tukar jurulatih! Tukar pengurusan KFA! Tranformasikan Pengurusan KFA!

Nak menang ka dak?

McTheory:
Itulah yang terjadi apabila bola sepak di politikan!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PAS Kedah Kebulur duit rakyat. semua depa sapu. Negara Kebajikan la katakan.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PR/PAS Kedah tidak menjiwai peminat bolasepak Kedah daripada ahli UMNO, PAS, DAP, PKR, MIC, MCA dan ORANG RAMAI, apa lagi kalangan peminat muda. Yang depa tahu nak bagi ceramah kutuk orang. KFA osatat azizan tak peduli langsung. Dr Hamdan bodoh, apalagi menjiwai peminat bola sepak.

Pasai tu Azra'i Khor lari dari Kedah. Radzi Mad Din konon nak tunjuk hebat. Naka bawa semangat PAS ka bola. Mana ada jalan. Go to halt maaaan....

KAMI PEMINAT BOLA SEPAK KEDAH...kesal dan benci dengan sikap puak PAS yang tak mahu lansung jaga bolasepak Kedah....

Tanpa Nama berkata...

aku cukup bara teringat benda ni. bodo punya PAS