Ahad, 30 Oktober 2011

PANAS!! DYMM TUANKU SULTAN JOHOR LEPAS JAWATAN JIKA PENUNTUT SERTAI DEMO??







Dipetik dari Duke Of UMNO

BATU PAHAT, 29 Okt ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim bertitah para penuntut perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terbabit dengan aktiviti politik atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai canselor universiti ini,” titah baginda dipetik Bernama hari ini.

Titah baginda, adalah lebih baik untuk “saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini.”

Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah, antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar membabitkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.



PMK CUKUP HAIRAN LA DENGAN BUDAK BUDAK SEKARANG NI,DAH LA KERAJAAN BAGI KEMUDAHAN BELAJAR DI UNIVERSITI,DAPAT SEGALA BIASISWA,PINJAMAN TU PUN NAK TERLIBAT DENGAN POLITIK LAGI..MAK BAPAK HANTAR PERGI BELAJAR TINGGI TINGGI TAPI YANG HAMPA MINAT NAK BERPOLITIK SAJA..KALAU DAH RASA TAK NAK BELAJAR,BERHENTI SAJA.BUANG DUIT MAK BAPAK HAMPA BAGI DUIT BELANJA..


TAK ADA FAEDAHNYA HAMPA TERPENGARUH DENGAN PEMBANGKANG TU.DEORANG CUKUP PANDAI MENGHASUT KANAK KANAK RIBENA YANG KURANG BERPELAJARAN MACAM HAMPA NI..UPAH NASI BUNGKUS TEH O AIS PUN HAMPA SANGGUP BERPANAS SEMATA MATA MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN..NAK BEBAS APA LAGI..HAMPA DUK DALAM UNIVERSITI TU TAK BEBAS KE?USUNG AWEK KE SANA KE SINI,SALAH GUNA DUIT PINJAMAN,HISAP BENDA YANG SALAH DI SISI UNDANG UNDANG,KELUAR MALAM2 LEPAK KEDAI MAMAK.MEREMPIT..TU PUN KORANG CAKAP TAK BEBAS LAGI..KALO RASA NAK BEBAS SENANG JA,DUDUK RUMAH,MAKAN TIDOQ..TU PUN KALO MAK BAPAK KORANG TAK BISING LA..




PMK
BUDAK BUDAK SEKARANG NI MAKIN KURANG AJAR.DARI SEKOLAH MENENGAH SAMPAI KE UNIVERSITI.

Tiada ulasan: