Jumaat, 22 Jun 2012

PANASS!! Prestasi Merudum, Penyokong Kedah Mengamuk!! #TukarKedah


Akhirnya penyokong pasukan bola sepak mengamuk dan mahu pengurusan di tukar!! Sememangnya penyokong pasukan Kedah sudah bosan dengan tindak tanduk pengurusan pasukan Kedah yang selalu memberikan banyak alasan apabila pasukan Kedah tewas dalam perlawanan.

Terbaru, jurulatih pasukan Kedah pernah menyalahkan pemain dan penyokong dalam setiap kekalahan pasukan Kedah. Mungkin disebabkan demikian, menyebabkan penyokong pasukan bola sepak Kedah mengamuk!!

ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam Liga Super semakin tidak memberangsangkan selepas berehat hampir sebulan, malah kedudukannya yang kini berada dua tercorot jelas menghampakan perasaan penyokong setia mereka selama ini.


Kalah kepada Kelantan 2-1 pada minggu lalu dan terbaru kepada Johor FC dengan jaringan sama melengkapkan nasib malang Hijau Kuning untuk merekodkan sembilan kekalahan setakat ini.


Terbaru ulasan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas tewas kepada Johor FC Selasa malam lalu membuktikan beliau semakin kehabisan ikhtiar dalam meningkatkan kembali mentaliti dan semangat pemain Hijau Kuning yang semakin hilang punca.


Dibarisi ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Sabree Abu, selain dibantu dua pemain import berpengalaman, Abd Elfatah Safi dari Magribi dan Vedran Gerc dari Croatia, mereka masih belum mampu melakukan sesuatu buat pasukan.


Sama ada salah taktikal, formasi mahupun tidak mengikut arahan, semua itu perlu dilihat kembali untuk memastikan Hijau Kuning terus mampu beraksi dalam Liga Super pada musim depan.


Menyelusuri maklum balas di laman sosial dan blog sukan di seluruh tanah air, rata-rata rakyat Kedah, terutamanya penyokong tegar Hijau Kuning seolah-olah sudah hilang sabar dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka yang dipamerkan pada musim ini.


Malah, ada juga suara-suara yang membayangkan Kedah pasti menjadi calon tepat untuk turun pangkat ke Liga Perdana pada musim depan sekiranya gagal menyaingi pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada pertemuan ke-20 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.


Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah pada masa sama turut menerima desakan daripada peminat agar melakukan sesuatu dalam usaha menyelamatkan maruah sukan kegemaran nombor satu di negeri Jelapang Padi ini.


Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, malah perkembangan berkenaan mampu membuatkan penyokong tidak berminat untuk bertandang ke SDA lagi.


Katanya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membuka mata dan mengambil pendekatan drastik bagi tempoh beberapa baki perlawanan dan harapan untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan masih ada jika bermula dari sekarang.


“Di mana sahaja bila bercakap pasal mutu bola sepak Kedah sudah tidak ada pujian, malah perasaan tidak puas hati diluahkan mereka hari ini dan masing-masing menuntut perubahan dan KFA perlu menyelesaikan segera masalah ini.


“Sebelum ini, sudah ada dua gelombang demonstrasi diadakan peminat untuk mendesak perubahan di peringkat KFA dan kami tidak mahu gelombang ketiga menyusul sekali lagi dalam masa terdekat ini,” katanya. - sinarharian

Mc salah seorang para peminat bola sepak yang hardcore.. Mc juga kecewa dengan prestasi pasukan Kedah. Atas sebab demikian Mc pernah menemubual Datuk Othman Aziz bekas pengurus pasukan Kedah untuk mengenal pasti masalah pasukan Kedah dan janjinya jika UMNO/BN merampas balik Kedah dari tangan kerajaan Pas.




McTheory:
Jom kita KALEH balik la noo...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni fitnah umngok ni!

hangkedee berkata...

Hampas hanya pandai cakap atas pentas ceramah.buat kerja cara Isalam ada la.pelak betul langgau hijau ni.mb tak tau! habis di gadai balak. surau. tanah reserver melayu gadai kepada cina buat girat. Itu fitnah umno atau hampas memang buta perut.

Tanpa Nama berkata...

Pas memang tak boleh pakai nak jaga negara konon, baru jaga bolasepak dah tonggang langgang, sembang pompang- pompang kita ingat peluru hidup, rupanya peluru kosong macam haramjadah. Kalau macam tu lepas pru-13 ni..suruh Azizan balik Yan buat bendang, Mahfuz balik Pokok Sena cari kayu depu dah confirm tak ada bakat nak jadi pemimpin.