Follow by Email

Hari Festival Belia!

Post Terbaru!!

Kempen Selamatkan Kedah!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Ahad, 26 Ogos 2012

TUDIAA!! Penyokong Sanggup Potong 'ANU' Kalau Pasukan Kedah Layak Suku Akhir Piala Malaysia!!



Tudiaa.. sampai macam tu sekali penghinaan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah. Sampai ada penyokong yang sanggup Potong 'ANU' nya sendiri kalau pasukan Kedah layak masuk ke suku akhir! Kalau dah sampai macam tu sekali, maknanya memang dah putus harapan la.

Mana ada orang yang berani mempertaruhkan 'ANU'nya kalau dia tak yakin. Lagi satu, ia satu penghinaan besar terhadap pasukan Bola Sepak Kedah. Sejak Pas memerintah Kedah, pengurusan pasukan bola sepak telah dipolitikan oleh kerajaan negeri. Ramai tokoh-tokoh lama telah disingkirkan dan digantikan dengan orang baru yang sememangnya dari parti Pas.

Kalau yang digantikan tu pandai buat kerja takpa la jugak. Mereka hanya pandai bercakap dari bertindak. Cakap berapi-api, namun tindakan 'nothing' kosong! Habuk pun tarak.

Akhirnya yang jadi mangsa ialah Pasukan Bola Sepak Kedah. Sudah la tersingkir ke Liga Perdana, dalam pertandingan Piala Malaysia ni pula, Kedah hanya kalah berturut-turut tanpa melawan, dengan pasukan-pasukan bawahan pun Kedah dibelasah teruk.

Akibatnya penyokong menunjukkan kemarahan, dengan membaling mercun kedalam padang pada perlawanan Kedah menentang ATM. Menyebabkan dua penyokong telah ditangkap atas kesalahan tersebut.

Jika keadaan sebegini berterusan, Mc rasa, perkara lain yang lebih teruk akan terjadi. Penyokong dah bosan dengan sikap acuh tak acuh pihak pengurusan. Pemain import yang dipilih pun bermasalah dan lembik.. mengabihkan duit rakyat saja!! Kalau pilih pemain import pun gagal, apa lagi nak diharapkan jaga pasukan bola!! puihh!

Mc sekalu blogger dan peminat sukan nombor satu negeri Kedah ni pun turut berasa kecewa. Sampai bila la kita nak tengok pasukan bola sepak Kedah kita jadi macam ni. Sampai tukar kerajaan negeri kot? he he.. mungkin.. mungkin.. he he..


McTheory:
Nak tukar pengurusan, kena tukar kerajaan negeri.. baru bolehh!!

0 Komen Pembaca:

Kempen Selamatkan Kedah!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review