Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pau 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pau 2013. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

HOT! Perwakilan UMNO Kedah Hentam Putrajaya Soal Harga Barang Naik! #PAU2013 #HanyaDiKedah



Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Othman dari Jerlun.

Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, tetapi kenapa harga berkenaan perlu naik.

Pembangkang jelas melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya. Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya dan bersedia menjawab segala isu berkenaan malah tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.

"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas. "Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat,"  katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Betul kata Othman Aziz, rakyat semakin tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Dari bulan 5 hingga sekarang, sekurang-kurangnya 3 harga barangan asas dah naik. Belum lagi kira makanan yang naik harga akibat kenaikan petro tempohari.

Kalau kerajaan sekarang meneruskan pengurusan kewangan yang sebegini, nescaya PRU ke 14. BN akan jadi pembangkang. Syabas pada perwakilan Kedah yang berani bersuara demi rakyat!


McTheory:
Pandai juga Tok Man Aziz sebut media sosial ek.. ingatkan takdak orang baca. he he..