Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pjs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pjs. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Julai 2010

ROADSHOW GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DI PETALING JAYA SELATAN.


Hadirin yang datang terdiri dari berbilang bangsa.

Datuk Salamon Salamat berceramah!

Warga PJS memenuhi ruang dewan, hingga keluar.

Tak banyak gambar yang Mc ambil, sebab Mc lebih tumpukan kepada maklumat ceramah yang cuba disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah. Mc pasti akan ada blogger lain yang akan paparkan gambar Roadshow di PJS ini.

Kita cerita tentang hadirin dulu, semasa Mc sampai lebih kurang pukul 9.15, dewan sudah pun penuh. Ceramah belum bermula, hadirin kebanyakkannya Melayu dan India, cina ada la seorang dua. Kebanyakan yang hadir ni dari golongan veteran. Anak muda remaja ada, tapi dok belakang-belakang. Malu kot, sebab tu dok belakang-belakang. Anak dara pun Mc tak nampak, cuma yang banyak mak dara ada la. he he he. . .

Sememangnya UMNO PJS seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengumpulkan seramai mungkin ahli UMNO dan komponen BN untuk hadir memberi sokongan kepada RoadShow ini. Pada mulanya ceramah ini nampak berjaya pada pandangan mata Mc. Cuma isi ceramah agak kurang padat. Kurang 'Umph' kata orang. Ada yang tak kena.

Penceramah seperti Ezam dan Zahid Md Arip tidak hadir sama untuk menambah 'perasa' yang sepatutnya ada didalam ceramah semalam. Sudah tentu kawasan PJS ini kawasan kuat Pas. Sepatutnya isi ceramah ini perlu padat dan mudah difahami oleh semua hadirin. Ini tidak, sesetengah isu yang dikupas tidak habis. Ada kepala ekor tak ada, ada ekor, badan pula hilang. Maknanya, orang yang datang mendengar ceramah itu tidak akan faham 'APA MASALAH' sebenar kerajaan Selangor sekarang.

Kebanyakan hadirin yang datang dengar ceramah ini ialah makcik pakcik dan golongan yang agak veteran. Sudah pasti mereka perlukan input yang lebih untuk memudahkan kefahaman mereka. Mungkin Mc faham kerana Mc sudah tahu cerita mengenai hal ehwal kerajaan Selangor sekarang, tetapi hadirin yang lain? Terpinga-pinga.. lalu keluar meninggalkan dewan kerana bosan mendengar ceramah.

RoadShow yang sepatutnya 'GAH' ini dilihat hampir gagal mencapai matlamatnya di PJS. Tempat lain Mc tak tahu la. Jumlah hadirin yang hadir dah bagus, kalau ceramah Pas pun sekitar 250 orang je di PJS dan UMNO pula dapat mengumpulkan lebih 500 orang. Itu petanda rakyat dah mula ambil berat dengan UMNO. Rakyat sudah mahu mengetahui apa masalah sebenarnya kerajaan Selangor sekarang.

Bukan Mc kata penceramah tak bagus, tapi cuma tak cukup 'perasa' bagi mengegarkan lagi dewan semalam. Perihal Anwar pun kurang diceritakan, isu panas-panas pun agak kurang. Isu yang dimainkan isu pasir, KSSB, Kroni si Junah, Khalid gagap pun kurang, Azmin pun kurang dan isu duit simpanan kerajaan Selangor. Dalam ceramah sebegini, sepatutnya mereka diberi input dan point yang tidak akan dapat dalam media yang lain. Maknanya, berikan cerita dari lain selain dari media yang ada.

Mc rasa, Road Show kat PJS ni patut dibuat semula. Banyak hadirin yang menunggu penceramah berapi seperti Zahid dan Ezam. Tunggu punya tunggu, akhirnya pulang hampa. Ceramah selesai lebih kurang pukul 11.35. Ada tiga penceramah semalam, Megat Zulkarnain, Datuk Salamon Selamat dan seorang lagi Mc tak kenal. Agak baru pada pandangan mata Mc.

P/s: Puak Pas pun ada semalam, dok jauh nun hujung dikedai kopi hujung padang sana. Sibuk nak dengar juga. heh!

MctHeory:
Gelombang Selamatkan Selangor ni, sepatutnya kena lebih gegar dari biasa.

Jumaat, 30 Julai 2010

LIVE: DARI PJS! ROADSHOW SELAMATKAN SELANGOR!

Mc pun baru sampai kat dewan ni. Mula-mula tadi hujan. Sekarang ni dah redha. Boleh tahan juga orang datang. Melayu, cina dan india, semua bercampur aduk. Dewan boleh masuk agak-agak dalam 300 orang, tapi dewan dah penuh Mc pun dok kat luar ni. Kalau campur luar dalam, lebih kurang 400 atau 500 orang kot. Tak sempat nak kira. he he he. .

Ceramah pun baru mula mukadimah. .nanti habis Mc ulas balik. .

MctHeory:
Kalau macam ni, PJS ada harapan dapat balik.

Isnin, 12 Julai 2010

UMNO PJS BERPECAH? BANYAK MASALAHNYA!




Semalam Pemangku Ketua UMNO PJS telah mengakui bahawa ada pepecahan didalam UMNO PJS. Ucapan pengakuan Datuk Hanipuddin dibuat didepan 300 perwakilan yang menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian tersebut.

Pemangku ketua Umno Petaling Jaya Selatan Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik mengakui masih wujudnya pepecahan ahlinya di peringkat akar umbi di bahagian tersebut. "Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu hari ini.

Lebih 300 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut yang oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Musa Aman yang juga ketua menteri Sabah.

Menurut Hanipuddin, perpaduan sesama ahli umno penting untuk mewujudkan satu pasukan yang disegani bagi merampas semula negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita jangan saling benci-membenci dan hasad dengki sesama kita.

"Sakit hati, dengki dan dendam perlu dibuang jauh-jauh untuk kita rapatkan barisan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Menurutnya sebelum pilihan raya umum lalu, Umno dan BN menguasai parliman Petaling Jaya Selatan dan DUN Taman Medan. Sebelum tersungkur ditangan PKR pada PRU yang lepas. Pasal apa tersungkur? Nanti kita cerita.

Untuk makluman pembaca, selepas Datuk Zahar Hashim (bekas ketua UMNO PJS) dan konco-konconya keluar UMNO PJS dan menyertai Pas. UMNO PJS ni dah macam hilang hala tuju. Aktiviti pun tak banyak, mungkin sistem organisasi PJS dah terjejas disebabkan banyak orang kuatnya yang dah keluar. Datuk Zahar ni pun keluar UMNO dulu disebabkan peruntukkan juga. Almaklumlahh.. dulu dok dapat peruntukkan banyak, bila kalah je terus kena potong dapat sikit. Tak puas hati terus keluar parti.

Itu cerita lepas dah kalah. Masa sebelum kalah, UMNO dan BN kat PJS mana ada buat kerja. Jaga rakyat? Banyak benda yang mereka tak buat, turun padang? Ada la kot sekali sekala. Sebab tu bila kalah mereka rasa bersalah sangat. Sebagai denda, kena la potong peruntukkan. Ramai sangat orang tak puas hati dengan UMNO PJS masa dulu, tapi kita nak kata apa? Kita orang bawah, bak mentimun dengan durian, gelek kena, digelek pun kena.

Ingatkan bila dah kalah, UMNO PJS nak susun strategi nak bangun balik. Tapi sampai sekarang tak nampak 'rupa' jalan UMNO PJS nak bangun. Nak salah siapa?. Mungkinkah pemimpin cawangan yang terpilih takut nak dekati rakyat? Maklumlah kat Taman Medan, Taman Manja sekarang ni ramai sangat penyokong sakai Pas, takut kena hentak ke apa ke. Kalau takut kenapa la pegang jawatan atau masih sibuk dengan 'bisnes' masing-masing?

Kalau macam ni la, jangan harap PJS nak dapat balik kat UMNO. Bermimpi aje la.. Hmm.. Kang taip lebih-lebih kena 'sound' pula. Mc cuma menegur, bukan nak menghentam, supaya UMNO PJS bangun dan susunkan strategi untuk mendampingi rakyat, bukan biarkan rakyat tertanya-tanya, apakah UMNO masih wujud di Petaling Jaya Selatan atau hanya tinggal papan tanda saja.

Sumber Bernama

MctHeory:
Marah-marah sayang namanya!