Sponsor

Memaparkan catatan dengan label prk sg limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk sg limau. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

HOT! Dr Sohaimi Maksum dan Hebat, BN Kalah Sebab Sendiri?


Wahh.. sikit punya teruk Mc kena taruk bila tegur pasal calon BN yang kalah di Sungai Limau tempohari. Tapi Mc open, orang nak kutuk Mc dan blog ni pun Mc tak kisah.. cuma jangan maki lebih-lebih, confirm komen kena delete.

 Depa komen kutuk Mc sebab tegur Dr Sohaimi dalam posting kat SINI pun ok. Sebab dah terbukti depa baca blog dan sudi bagi feedback untuk Mc balik tu dah kira hebat. Cuma Mc pelik la ada yang melenting bila Mc kritik sikit Dr Sohaimi tu.

Apa yang Mc kata adalah satu kenyataan yang benar maha benar dan benar belaka. Malah seminggu sebelum mengundi Mc dan rakan-rakan TMK lain bertemu dengan Dr Sohaimi dan 'taruk dia' cukup-cukup sebab tak mesra media dan pengundi.

Perlu di ingat kami TMK hanya jentera yang ingin membantu beliau menang dan jadi YB. Kami takdak kepentingan dan lepas dia menang dan jadi YB pun belum tentu dia akan pandang jentera yang tolong dia selama di PRK. Tapi dia kalah nak buat macam mana kann?

Jadi bila calon pun tak dapat nak tolong diri sendiri, dan kurang mesra macam mana jentera nak tolong?

Mc bukan kritik Dr Sohaimi sebab Mc sokong apa yang BN buat di PRK Sungai Limau seratus peratus. Sapa yang memang pengikut blog ni, akan tau macam mana Mc belasah UMNO dan pemimpin UMNO yang tak betul buat kerja. Sama juga macam Dr Sohaimi, kalau dia benar-benar bagus, Mc takkan komplen. Contoh macam PRK Kuala Besut, calon Abe Ku (Tengku Zaihan) benar-benar mesra dan mudah untuk kita bantu calon macam Abe Ku tu.

Malah Mc sewaktu berjumpa dengan Abe Ku di Sungai Limau, meminta Abe Ku menasihati si Dr Sohaimi supaya lebih ramah mesra. Muka mesti mau senyum.

Banyak cerita yang boleh Mc coret pasal Dr Sohaimi di PRK hari tu, tapi Mc simpan kot-kot la ada manusia penyokong tegar Dr Sohaimi nak cabar Mc suruh londeh kesemua cerita beliau kat blog ni.

Mc tegur untuk kebaikan bukan untuk nak aib. Manalah tau dia dicalonkan balik masa PRU ke 14 nanti. Ini satu teguran yang akan membina diri dia menjadi lebih bersedia dan lebih baik.

Tapi kalau tak boleh kena tegur pun takpa.. kami tak kisah pun..lantaklah apa dia nak buat lepas ni.


P/s: depa siap kutuk blog Mc kata takdak orang baca? hahaha.. takdak orang baca nak risau buat apa betui dak?


McTheory:
Blog Kedah Ke KL tak hebatlahh.. mana ada orang baca blog ni.. hahaha..

Sabtu, 16 November 2013

HOT! Calon BN Dedah Punca Kekalahan di Sungai Limau?



Kelakar pulak Mc dengar Dr Sohaimi calon BN yang kalah di Sungai Limau dok merepek sebab dan punca kekalahan. Orang lain tak bersuara dan salahkan sesiapa sebab malas nak bising. Dia pula beria-ria kononnya buat post mortem punca kekalahan la pulak.

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai,” katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya.

Semua yang dia kata tu betui, tapi ada lagi punca sebenar kekalahan BN di Sungai Limau ialah dia sendiri! Pemilihan calon yang tidak tepat dan dilihat tidak membantu jentera pilihanraya mengakibatkan semua orang lemah semangat.

Macam mana nak menang kalau kita tengok calon sendiri pun serupa takmau menang!

Tak perlu Mc ulas panjang, tanya wartawan dan jentera penerangan UMNO, berapa ramai yang kena maki dengan pengawai calon sendiri dan berapa ramai pula yang komplen tak puas hati dengan calon BN yang tak pandai ambil hati rakyat sekeliling.

Senyum pun malas, salam pun malas.. ada hati nak kritik orang lain. adehh.. dok diam-diam la Dr Sohaimi!

McTheory:
Macam mana nak menang dengan calon macam ni?

Khamis, 7 November 2013

INFO! Pas Menang disebabkan pengundi hantu?


Pelbagai analisis dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan agensi. Malah tak kurang ada yang masih menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.

Disini Mc nak tunjukan analisis yang tidak semua orang tahu. Iaitu pengundi luar kawasan yang membantu memberi kemenangan kepada Pas di Sungai Limau.

Pengundi ini, tinggal kawasan lain, mengundi pula dikawasan lain. Mereka merupakan senjata rahsia Pas di Sungai Limau, kerana kita tidak mempunyai alamat mereka secara tetap, tetapi orangnya wujud dan mengundi pada setiap PRU dan PRK.

Apakah ini yang dipanggil pengundi hantu?

Boleh dipanggil pengundi hantu, tetapi tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak menyalahi undang-undang. Umpama pengundi luar yang kerja diluar, tetapi masih mengundi dikampung halaman.

Berbezanya mereka ini adalah, mereka tinggal disempadan Sungai Limau, malah ada yang sudah lama tinggal ditempat lain, namun data dan alamat masih mengunakan tempat yang asal, walaupun kawasan tersebut sudah tidak lagi wujud.

Pengundi sebegini bahaya, kerana kita tidak dapat kesan mereka dan jentera juga tidak akan sampai kepada mereka. Sudah tentu kita tidak akan dapat menagih undi mereka dan acap kali pilihanraya, undi mereka tetap kepada Pas.

Apa yang Mc nak terangkan disini ialah, kebanyakan kawasan kuat Pas mempunyai pengundi seperti ini. Jika kita mahu menang, kita perlu berdepan dengan pengundi hantu yang menjadi kekuatan Pas.

Di Sungai Limau sekurang-kurangnya ada lebih 2000 pengundi sebegini. Bagaimana kita perlu atasinya? Atau kita juga perlu guna strategi sebegini?

Mc harap pakar-pakar strategi kita tak makan gaji buta! He he..

Isnin, 4 November 2013

TERKINI! Keputusan PRK Sungai Limau! #PrkSgLimau


Sudah tentu ramai orang tertanya-tanya apakah keputusan rasmi PRK Sungai Limau.

Mc akan updatekan keputusan rasmi dan tak rasmi secara berperingkat.

Pukul 4 tadi peratus keluar mengundi baru 80.6% lebih kurang 21,000++

Secara tak rasmi BN mendahului 10 PDM..pada pagi tadi.. petang masih tak dapat sebarang ramalan.

Menang atau kalah.. kita dah buat kerja yang terbaik!

Bagi hind sikit.. jangan bagi tau orang, ada 3 PDM sebelah sana dah kita mendahului!

TERKINI! Provokasi Jentera Pas luar Sangat Melampau! #PrkSgLimau

Pemuda ini diselamatkan oleh pihak polis

Politik damai yang digunakan oleh penduduk di Sungai Limau akhirnya tercemar apabila terjadinya beberapa kes tumbuk menumbuk di kawasan berhampiran pusat mengundi.

Kes pertama di Ulu Sedaka apabila jentera Wanita UMNO bernama Kak Shida ditampar dan ditumbuk sebanyak 3 kali oleh jentera Pas semasa merayu undi.

Kes kedua di Sekolah Kebangsaan Dulang apabila seorang pemuda yang memakai baju biru telah halang untuk mengundi dan dikepung. Terjadinya tolak menolak dan tumbuk menumbuk, akhirnya dileraikan oleh polis yang menjaga dikawasan terbabit.


Video pemuda tempatan di sekat dari membuang undi, provokasi melampau dari jentera luar untuk menghalang pemuda UMNO.

Ahad, 3 November 2013

HOT! Penipuan Azam Samat dah terbongkar! #PrkSgLimau


Mula-mula dulu depa dok sebar gambar Azam dengan Allahyarham Ustaz.. dari blog hingga ke masjid-masjid. Kononnya itu untuk membuktikan si Azam ni 'rapat' dengan Allahyarham Ustaz. Ya laa.. masa mula-mula jadi calon dulu, depa dok kata si Azam ni rapat sangat dengan Allahyarham Ustaz, rupanya dia lagi rapat dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz si Phahrolrazi tu.

Kemudian Utusan Malaysia pun keluarkan kisah


Bila dah kantoi si Azam ni memang sah dua pupu kepada Phahrolrazi dan mereka juga satu team di Pas Jerai untuk menekan Allahyarham Ustaz semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, Pas lagi galak keluarkan gambar calon depa bersama Allahyarham Ustaz dalam blog, dan perbanyakan risalah gambar Azam dan Allahyarham Ustaz dikampung-kampung dan masjid sekitar Sungai Limau.

Sedang mereka asyik menjadikan gambar Azam dan Allahyarham Ustaz sebagai modal utama kempen di Sungai Limau. Tiba-tiba,


Bekas editor Sinar Harian mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh Pas semasa kempen mereka adalah palsu dan dibuat semata-mata untuk berkempen dan menumpang populariti Allahyarham Ustaz.

Bila penipuan mereka terbongkar, malah akar umbi Pas di Sungai Limau sendiri sudah mula mempersoalkan kesahihan gambar tersebut, kemudian Pas Kedah pun mengeluarkan kenyataannya.

Untuk sambung baca klik SINI


Tapi Pas macam biasa la, salah depa walaupun mengaku, depa tetap tuding jari pada pihak ketiga. Akhirnya syarikat yang print dan design risalah pulak yang mereka persalahkan. Sedangkan semua diantara kita tahu, syarikat design hanya mengikut design yang 'tuan punya' tetapkan, ataupun hanya men'cetak' bila tuan punya risalah mempersetujui design yang dibuat oleh syarikat terbabit.

Berdasarkan keadaan tersebut, sudah pasti gambar yang disebarkan itu sememangnya dirancang lebih awal dari pihak Pas. Penafian yang dibuat hanyalah untuk memutar cerita dan menidakkan kesalahan pada diri mereka kepada orang lain.

Esok penduduk Sungai Limau sudah hendak mengundi, dari awal hari berkempen, hinggalah sekarang, tak pernah pula Mc tengok gambar si Azam tu bersama Allahyarham Ustaz. Kalau ada pun gambar program. Kalau nak tengok gambar program, dengan sesiapa pun boleh ambil gambar, sebab Allahyarham Ustaz dulu MB Kedah.

Cabaran untuk keluarkan gambar peribadi diantara Azam bersama Allahyarham Ustaz, tidak disambut oleh pihak Pas. Sedangkan dalam kenyataan media semasa menafikan gambar palsu tu, Pas kata mereka ada banyak gambar Azam bersama Allahyarham Ustaz.

Tetapi hingga ke hari ini, Mc tak nampak satu pun gambar. Apakah benar si Azam ni anak didik Allahyarham Ustaz? Atau hanya pinjam nama Allahyarham Ustaz, untuk menang pilihanraya semata?

Jawapan tu sebenarnya sudah kita tahu, apabila cabaran untuk keluarkan gambar peribadi Azam bersama Allahyarham Ustaz tidak disambut, malah gambar palsu pulak yang diberi. Kalau benda tu betui, takkanlah susah sangat nak keluarkan gambar betul.

Nampak sangat calon Pas kaki menipu! Belum jadi YB dah pandai nak menipu, macam ni orang Sungai Limau nak pilih? Tak payah la, pilih yang terbaik, jangan menyesal lagi. Dah lama dah bawah Pas, bila lagi nak tukar? Berhijrah la kita kepada yang lebih baik!



McTheory:
Undi tu rahsia, ahli Pas pun boleh pangkah BN.. cuba la bila lagi..

HOT! Dosa-dosa Pas Terhadap Allahyarham Ustaz Azizan! #PrkSgLimau


Pas menghantar calon fake superimposenya untuk mengantikan tempat Allahyarham Ustaz pada PRK Sungai Limau. Jika difikir secara waras, Pas tak patut bertanding pun di Sungai Limau atas dosa-dosa yang pernah parti itu lakukan pada Allahyarham Ustaz pada masa-masa akhir pemerintahan Allahyarham di Kedah.

Tekanan yang Pas Pusat berikan pada Allahyarham Ustaz sesungguhnya maha dahsyat! Malah tidak menyokong Allahyarham sebagai seorang Pesuruhjaya negeri yang juga Menteri Besar Kedah.


Video Perancangan Phahrolrazi Jatuhkan Allahyarham Ustaz dan Azam tu dua pupu Phahrolrazi.


Orang Sungai Limau nak ka dua pupu Phahrolrazi jadi wakil hangpa di Sungai Limau ni?

PANASS! Guru Kerajaan Jadi Tukang Kempen Pas Dalam Sekolah dan Kampung! #PrkSgLimau



Memang menyedihkan apabila kepercayaan diberikan kerajaan untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya dibalas dengan pengkhianatan seorang warga pendidik di Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut yang menjalankan gerakan menghasut penduduk dan pemuda setempat bagi membenci kerajaan.


Gerakan tersebut didedahkan sendiri beberapa pemuda setempat yang saya temui, apabila mereka mengakui bahawa segala bahan bercetak membenci kerajaan itu disebarkan oleh guru terbabit. Malah saya turut difahamkan guru tersebut berperanan sebagai dalang kepada beberapa tindakan agresif Pemuda PAS setempat, selain menjadikan rumahnya sebagai markas pengkaderan PAS di kampung tersebut.

Seandainya penjawat awam yang diamanahkan untuk mendidik anak boleh bangsa menyalahgunakan kedudukannya dengan menghasut rakyat memusuhi kerajaan, saya khuatir lebih ramai sebenarnya pengkhianat kini sedang bersembunyi dalam agensi dan pejabat kerajaan.

Sebagai penjawat awam, guru tersebut perlu menyedari bahawa beliau tidak boleh terlibat secara langsung dalam sebarang usaha untuk menghasut dan mengajak orang ramai membenci kerajaan. Tindakan guru tersebut boleh diibaratkan seperti susu diberi, tuba yang dibalas.

Selain guru terbabit, turut dikesan 10 lagi nama golongan pendidik di Kampung Bukit Choras yang turut menyokong pembangkang.

Dalam Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau, Unit Peti Undi (UPU) Bukit Choras dianggap sebagai peti simpanan PAS kerana mempunyai penyokong parti itu yang besar, selain gerakan PAS di dalam kawasan tersebut dianggap radikal berbanding kawasan-kawasan lain dalam DUN Sungai Limau.

Pihak kami sedang mengenal pasti guru-guru yang cuba mengkhianati amanah yang diberikan. Jika mereka terus berbuat demikian, kami tak teragak-agak untuk melaporkan kepada kementerian pelajaran.

McTheory:
perlu ambil tindakan segara, kalau tidak ia akan menjadi semakin teruk!

Sabtu, 2 November 2013

HOT! Propaganda PKR Hina Allahyarham Ustaz Azizan!! #PrkSgLimau


Mana punya mangkuk buat black ops ni? Kalau nak bagi orang marah pun agak-agak la. Apa kesan yang dapat daripada buh kaki patung kemudian letak nama 'kaki ustaz'?

Apa maksud yang cuba depa sampaikan? Takdak orang nak buat kerja gila macam ni kecuali jentera propaganda PKR. Kononnya bagi meraih simpati daripada rakyat Sg Limau, apabila PKR mengambil alih tugas utk mengepalai kempen PRK DUN Sg Limau, terus terpacul replika kaki yang kudung sebelah diletakkan di Kg Gelam dan beberapa buah tempat lagi kononnya dibuat oleh BN bagi menghina arwah Tan Sri Azizan Razak..

Sebenarnya..ini adalah perbuatan JENTERA PROPAGANDA PKR sendiri..PKR memang terkenal dengan tipu helah yang jahat macam ni..BN tak penah buat benda macam ni..ini adalah taktik murahan bagi meraih simpati. Rakyat Sungai Limau bukannya BODOH dan LEKEH untuk diperdayakan dengan taktik murahan sebegini..PR sudah terdesak ketika ini apabila statistik terkini menunjukkan CALON PAS berkemungkinan besar akan tewas dgn majoriti yang kecil pada PRK N20 Sg Limau ini..

Kepada rakyat Sungai Limau khususnya keluarga, saudara mara dan penyokong-penyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Razak lihatlah dengan mata kepala hangpa sendiri, bagaimana org yang hangpa sayangi telah dihina dan diperlakukan dengan sedemikian rupa oleh JENTERA PROPAGANDA PKR, rakyat Sungai Limau WAJIB bangkit untuk pertahankan maruah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada PRK DUN Sungai Limau dengan membuat undi protes kepada PAS dengan memberi undi kepada calon BN hari isnin ini.

EKSKLUSIF! Video Ini Bukti Bahawa Azam Samat Pengkhianat Pas! #PrkSgLimau


Takmau cakap banyak ramai yang dok nafikan hubungan calon Pas si Azam ni dengan Phahrolrazi.

Kita bagi cepat faham, dan diselitkan dengan fakta. 


Harap Sahabat Semua Dapat Sebarkan Video Ini!!

McTheory:
Kita dedah siapa Azam Samat ni..

INFO! Kopiah Pun Jadi Isu Ke? #PrkSgLImau





Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.

Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.

Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.

Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.

Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net

HOT! Pas Derhaka Titah Sultan di Sungai Limau! #PrkSgLimau

Masjid Pas?? Bila Pas buat masjid?

Semalam Mc ada terbaca tentang penyalahgunaan masjid oleh puak Pas, di FB Wan Suhaijie. Walaupun dah berapa kali di titah oleh YDP Agong supaya masjid tidak dijadikan medan politik namun, ada segelintir puak hijau ni degil dan melawan titah.

PAS mempamerkan sikap kurang ajaq dan menderhaka kepada titah Sultan Kedah apabila memperalatkan mimbar masjid..

Dalam khutbah solat jumaat di masjid Sg Dedap semalam, .khatib jemputan yang merupakan macai PAS tidak menggunakan teks khutbah jumaat yg disediakan oleh Majlis Agama Islam Kedah MAIK, sebaliknya menggunakan teks ucapan sendiri yang jelas lagi terang merupakan teks ucapan politik kepartian yang menghasut para jemaah dengan politik kebencian yang melampau..

Malah..paling melampau apabila khatib turut menambah doa kemenangan buat calon pas bagi N20 DUN Sungai Limau, serta memfitnah BN kononnya zalim dan jahat..jelas PAS sudah terdesak apabila mendapati statistik terkini menunjukkan yang rakyat DUN Sungai Limau sudah mahu HIJRAH kepada BN pada PRK kali ini..jadi..sebab itu PAS tidak teragak-agak untuk menderhaka kepada titah Sultan Kedah agar institusi masjid tidak dijadikan medan politik kepartian yang menghasut dan mahu memecahbelahkan ahli kariah..

Harap MAIK dapat mengambil tindakan tegas kepada khatib jemputan yang kurang ajaq ini kerana beliau sudah menderhaka, rakyat Sungai Limau WAJIB menolak parti yang sanggup menderhaka kepada Sultan Kedah. Dulu arwah Tan Sri Azizan Razak dulu merupakan antara orang yang rapat dengan Sultan Kedah..beliau tidak pernah menderhaka sampai ke tahap mcm ini.

Hanya orang seperti Phahrolrazi saja yang suka menderhaka. Sahlah darah penderhaka itu masih terserap dalam calon Pas, hingga ada penyokong Pas yang bertindak mengunakan masjid sebagai pentas meraih sokongan.

McTheory:
Masa untuk orang Sungai Limau berubah! #BeraniHijrah

Jumaat, 1 November 2013

HOT! Keluarga Allahyarham Ustaz Takdak Masalah, Pas Pulak Mengada-gada! #PrkSgLimau


Sejak insiden kenyataan YAB TPM di salah tafsir oleh media pembangkang, Pas mengunakan segala medium yang ada untuk mendesak TPM agar meminta maaf termasuk mempergunakan keluarga Allahyarham ..

Atas rasa penghormatan kepada keluarga Allahyarham, YAB TPM memohon maaf..

Lain pula dengan Pas sehingga kini tidak memohon maaf kepada keluarga Allahyarham kerana mengunakan gambar super impose calon bersama Arwah..

Sebaliknya Pas hanya mencanang ada gambar lain calon bersama arwah..

Pas sepatutnya memohon maaf dulu kepada keluarga Allahyarham sebelum mendesak pihak lain minta maaf kepada keluarga Allahyarham..

Tindakkan Pas mengeksploitasi gambar arwah bersama calon dianggap satu penghinaan kepada keluarga arwah..

Dalam pada itu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah dikatakan sudah memaafkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu untuk menjadi Modal kempen dalam PRK DUN Sg Limau..

Kenyataan Puan Sri Faekah tersebut juga jelas menunjukkan ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk membesar-besarkan isu tersebut seoalah-olah bersikap “TERLEBIH SUDU DARI KUAH”


“Saya maafkan dan percaya kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,”

Muhyiddin sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,”

Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan.

Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,”Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah. “ 

HOT! Bantahan Keras Penyokong Pas Sungai Limau Terhadap Kedatangan Anwar Ibrahim! #PrkSgLimau



Sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila malam tadi Mc ternampak sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau. Itu yang Mc perasan la, sebab kat tempat lain mungkin ada lagi banner seperti itu dinaikkan.

Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.




Tidak sepatutnya Anwar Ibrahim jejak kaki untuk datang berkempen di Sungai Limau. Musuh ketat atau individu yang paling tidak disukai oleh Allahyarham Ustaz itu pernah beberapa kali membuat arahan dengan kuasa ketua umum untuk menjatuhkan pentadbiran Allahyarham.

Contohnya macam kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Tiba-tiba sekarang ni dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Kat bawah ni Mc ada video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.



McTheory:
Kedatangan Anwar membawa rebah?

Khamis, 31 Oktober 2013

HOT! Ustaz Kazim SINDIR Ustazah Mee Segera! #PrkSgLimau



Kata-kata Ustaz Kazim mengenai artis baru pakai tudung dan mengajar agama ni adalah benar. Ramai sangat yang Ustazah dan Ustaz mee segara. Bukan nak pertikaikan dia beralih menjadi lebih baik dan mendekati agama, cuma cara tu kurang sesuai.

Kenapa nak mendekati agama kena masuk parti politik? Bila masuk campur dengan politik itu yang artis baru ni semuanya telah disongsang dan dipergunaan parti tersebut, semata-mata untuk meaih undi.

Bagus ka macam tu?


HOT! Anwar Akan 'Bertazkirah' Dalam Masjid di Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Si Syaitan datangg..

Mc mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim akan datang malam ini ke Sungai Limau. Sehari lebih awal dari tarikh yang dijangka. Malah dia akan singgah beri tazkirah di sebuah masjid yang memang terkenal sebagai kubu kuat Pas. Mc taknak nyatakan dimasjid mana si Anwar beri tazkirah, tetapi AJK masjid tersebut, tidak patut dan tidak perlu membawa insan seperti Anwar untuk beri tazkirah.

Kenapa nak suruh orang politik beri tazkirah? Dah habis ke tok-tok guru yang sepatutnya beri tazkirah kat sana? Dia ni peribadi punya la teruk, skandal jangan cakap la, siap ada video lucah. Itu pun masih nak jemput beri tazkirah dalam masjid.

Mc minta Jabatan Agama Islam Kedah tolong pantau dan halang mangkuk ni dari merosakan keharmonian masjid di Sungai Limau.

Taktau la kalau ada pegawai dari JAIK bersubahat dalam perkara ni.

McTheory:
Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap setan ni..

HOT! Penduduk Sungai Limau TOLAK Mat Sabu dan Din Pudu! #PrkSglimau


Err.. ceramah Pas yang dibuat oleh Mat Sabu dan Din Pudu nampak gagal di Sungai Limau. Hanya berapa kerat saja penduduk Sungai Limau datang ke ceramah mereka semalam. Tengoklah gambar yang Mc tunjukan kat atas tu. Rasanya tak sampai 30 orang ke ceramah mereka.

Kalau tak ramai, macam mana Mat Sabu nak kutip derma guna tin milo. Mungkin disebabkan itu, Mat Sabu kurang berceramah di Sungai Limau. Lagi satu mana ada orang Sungai Limau nak terima penyokong syiah macam Mat Sabu ni.

Betul?

Rabu, 30 Oktober 2013

HOT! Ceramah Popular Pas Gagal di Sungai Limau! #PrkSgLimau


Walaupun menampilkan barisan barisan penceramah yang agak kuat iaitu ketua pemuda Pas pusat, Ketua pemuda Pas Kedah dan Ustaz mee segera Bob Lokman, Pas gagal untuk mengumpul kehadiran yang lebih ramai seperti jangkaan awal.

Hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang hadir, ke ceramah tersebut, langsung tak ada sambutan orang tempatan, yang ada hanya petugas parti atau pun negeri angkat yang menjaga kawasan tersebut.
Kesian pulak tengok gambar kat bawah ni.. he he..





Rasanya penduduk Sungai Limau dah malas nak peduli puak Pas ni. Asyik membohong saja dalam ceramah, lama-lama orang pun naik jemu. Sampai takdak langsung kerajaan benda buat betul, semuanya salah.

Nama saja parti Islam, tapi perangai? Subhanallah.. teruk ya amat.

McTheory:
Orang kampung pun dah tak percaya kat Pas lagi.

Selasa, 29 Oktober 2013

HOT! Haram Anwar Jejak Kaki Ke Sungai Limau! #PrkSgLImau #BeraniHijrah


Tidak sepatutnya Anwar Ibrahim jejak kaki untuk datang berkempen di Sungai Limau. Musuh ketat atau individu yang paling tidak disukai oleh Allahyarham Ustaz itu pernah beberapa kali membuat arahan dengan kuasa ketua umum untuk menjatuhkan pentadbiran Allahyarham.

Contohnya macam kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Tiba-tiba sekarang ni dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Kat bawah ni Mc ada video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.


Isnin, 28 Oktober 2013

HOT! Calon Pas Sokong Syiah? #PrkSgLimau



Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah.

Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan ‘jemaah’ mereka.

Ungkapan ‘YA ALI,’ ‘YA HUSIN’ dan ‘LABAIK YA ZAHRAH’ sememangnya merupakan seruan kaum Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada ‘ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH’. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan ‘YA ALI MADAD’…

Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

Kedahan69