Sponsor

Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2012

INFO!! Wajib Umat Islam Berbuka Puasa Ketika Di Siang Hari?!



Dubai: Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam. 

Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari. 
Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan. 

Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka. 

Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas. 

Ikut negara paling hampir 

Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan. 

Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam. 

Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam. 

Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur. 

Pendapat cara berbuka 

Katanya perkara itu dijelaskan dalam Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga maghrib.” 

Bagi negara atau bandaraya di mana waktu siang atau malam mereka adalah 24 jam, Dr Mashael berkata, ada dua pendapat mengenainya. Pertama seperti yang diterangkan dalam ayat suci itu manakala kedua mengikut waktu berpuasa Tanah Suci Makkah dan Madinah. 

Ia berbeza dengan penduduk di Buenos Aires, Sydney dan Cape Town yang paling pendek tempoh berpuasa iaitu 12 jam manakala di Comodoro Rivadavi, Argentina, tempoh berpuasa adalah 11 jam.  - Agensi

Di Malaysia walaupun hanya lebih kurang 14 jam. Namun masih ramai umat Islam yang tak berpuasa. Malah ada yang berbangga apabila tidak berpuasa. Semoga Allah memberi rahmat kepada golongan-golongan seperti ini.


McTheory:
Kat Malaysia pun ada berbuka waktu siang, tapi kat kedai mamak la.. he he..

Khamis, 2 September 2010

PUAK-PUAK TAK PUASA DI ALOQ SETAQ KEDAH! Haprak punya orang!

gambar zoom jauh

ALOR SETAR - Jam baru menunjukkan 1 tengah hari namun, gerai makanan nasi berlauk berhampiran pasar Kampung Berjaya bagaikan sudah mahu masuk waktu berbuka puasa apabila dikerumuni pembeli.

Tinjauan mendapati bukan sahaja satu gerai yang dibuka sebelum jam tiga petang, malah empat warung dibuka dengan menjual makanan berlauk dan minuman.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 52, berkata, sebelum masuk Ramadan peniaga makanan itu hanya menjual pada waktu malam sahaja.

“Dahulu mereka jual minuman, nasi lemak dan kuih sahaja, namun bila puasa mereka jual nasi berlauk dan minuman sebelum jam 3 iaitu waktu yang dilarang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Saya malu melihat perkara ini berlaku, tambahan pula pada hari Jumaat apabila saya lihat mereka beli makanan sewaktu pergi dan pulang daripada solat Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat berkata, peniaga mula menjalankan perniagaan mereka pada jam 12.30 tengah hari dan dijual secara terbuka.

Seorang lagi pengadu, Roshidi Halim, 25, berkata, golongan pembeli yang terdiri daripada semua peringkat umur itu sering memakai topi keledar sewaktu membeli makanan sebelum waktu yang ditetapkan.

Menurutnya, dia yang sering melalui kawasan itu, malu dengan sikap peniaga dan pembeli yang tidak segan silu berada di situ.

“Sebelum ini hanya satu warung sahaja yang dibuka namun saya lihat makin hari bagaikan ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ pula apabila banyak warung yang dibuka di kawasan berhampiran.

“Tidak salah sekiranya mereka ingin berniaga namun janganlah menjual sebelum waktu yang ditetapkan kerana ini memberi peluang mudah kepada mereka yang tidak berpuasa membeli makanan,” katanya.

Roshidi berkata, diharapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) dan MBAS dapat mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berlarutan.

Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, peniaga diharapkan tidak melanggar syarat yang ditetapkan MBAS.

Menurutnya, tindakan yang lebih tegas akan diambil oleh MBAS sekiranya peniaga yang sama masih menjalankan penjualan makanan dan minuman sebelum jam 3 petang.

“MBAS amat kesal dengan tindakan peniaga yang masih ingkar dengan arahan dan kali ini MBAS akan mengambil tindakan denda lebih daripada RM300 iaitu denda yang ditetapkan.

“Tidak mustahil MBAS akan mengenakan tindakan denda RM1,000 kepada peniaga yang degil selepas arahan pertama diberikan kepada mereka,” katanya. - Sinar

P/s: he he. . kata Pas takkan tak puasa kot. Kawasan tu pun kawasan kuat Pas tue. Takkan la orang Pas tak puasa noo..

MctHeory:
Tangkap bawak naik kereta mayat ja puak macam ni.