Khamis, 2 September 2010

PUAK-PUAK TAK PUASA DI ALOQ SETAQ KEDAH! Haprak punya orang!

gambar zoom jauh

ALOR SETAR - Jam baru menunjukkan 1 tengah hari namun, gerai makanan nasi berlauk berhampiran pasar Kampung Berjaya bagaikan sudah mahu masuk waktu berbuka puasa apabila dikerumuni pembeli.

Tinjauan mendapati bukan sahaja satu gerai yang dibuka sebelum jam tiga petang, malah empat warung dibuka dengan menjual makanan berlauk dan minuman.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 52, berkata, sebelum masuk Ramadan peniaga makanan itu hanya menjual pada waktu malam sahaja.

“Dahulu mereka jual minuman, nasi lemak dan kuih sahaja, namun bila puasa mereka jual nasi berlauk dan minuman sebelum jam 3 iaitu waktu yang dilarang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Saya malu melihat perkara ini berlaku, tambahan pula pada hari Jumaat apabila saya lihat mereka beli makanan sewaktu pergi dan pulang daripada solat Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat berkata, peniaga mula menjalankan perniagaan mereka pada jam 12.30 tengah hari dan dijual secara terbuka.

Seorang lagi pengadu, Roshidi Halim, 25, berkata, golongan pembeli yang terdiri daripada semua peringkat umur itu sering memakai topi keledar sewaktu membeli makanan sebelum waktu yang ditetapkan.

Menurutnya, dia yang sering melalui kawasan itu, malu dengan sikap peniaga dan pembeli yang tidak segan silu berada di situ.

“Sebelum ini hanya satu warung sahaja yang dibuka namun saya lihat makin hari bagaikan ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ pula apabila banyak warung yang dibuka di kawasan berhampiran.

“Tidak salah sekiranya mereka ingin berniaga namun janganlah menjual sebelum waktu yang ditetapkan kerana ini memberi peluang mudah kepada mereka yang tidak berpuasa membeli makanan,” katanya.

Roshidi berkata, diharapkan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) dan MBAS dapat mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berlarutan.

Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, peniaga diharapkan tidak melanggar syarat yang ditetapkan MBAS.

Menurutnya, tindakan yang lebih tegas akan diambil oleh MBAS sekiranya peniaga yang sama masih menjalankan penjualan makanan dan minuman sebelum jam 3 petang.

“MBAS amat kesal dengan tindakan peniaga yang masih ingkar dengan arahan dan kali ini MBAS akan mengambil tindakan denda lebih daripada RM300 iaitu denda yang ditetapkan.

“Tidak mustahil MBAS akan mengenakan tindakan denda RM1,000 kepada peniaga yang degil selepas arahan pertama diberikan kepada mereka,” katanya. - Sinar

P/s: he he. . kata Pas takkan tak puasa kot. Kawasan tu pun kawasan kuat Pas tue. Takkan la orang Pas tak puasa noo..

MctHeory:
Tangkap bawak naik kereta mayat ja puak macam ni.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ORANG2 PAS SEMUANYA PUASA DAN PENUH DGN TARBIYAH MULIA...TAK DE MASALAH..YG TAK PUASA TU PELESIT2 UMNO JER!!!

ALAH, SEMUA ISU NAK KUTUK PAS...APA LAH KO..

KO TENGOK TAK BERITA SEMALAM, MASUK SURAT KABAR LAGI, BAHAWA PEMANGKU SULTAN PERAK YM RAJA NAZRIN SHAH MALU DAN MARAH SERTA KECEWA DGN SAMPAH2 DI IPOH...KERAJAAN NEGERI PERAK TU PR KE ATAU BN? APA KERAJAAN ZAMRY TAK TERBAU KE SAMPAH TU, ATAU ZAMRY BAU SAMPAH TU MACAM WANGI JER!!!

PERAK SKRG DI BAWAH SAPA? PR KE ATAU BN?...TAK MALU KE ZAMRY!!! NEGERI DIA PENUH SAMPAH..SEBAB DIA ASYK2 NAK POLITIK JER...
MALU LAH WOIT!!!

Tanpa Nama berkata...

Kelantan bawah PAS 20 tahun melambak-lambak sampah hang tak terbau pulak noooooooooooooooooooooooooo.....

Tanpa Nama berkata...

apasal puak pas nie macam kelam kabut tuduh orang umno tak puasa.....entah-entah dia salah sorang dalam gambar tu kot..he he he

Tanpa Nama berkata...

MANE LA VAN JENAZAH X SAMPAI2 LG NIHHHH ADOIYAIIII

Tanpa Nama berkata...

SUDAH LA LOK REID!..KAT KEDAH PUN KES BUANG SAMPAH KAT KAW PERUMAHAN PENDUDUK SKET ARI DLU APE CITER? TU SEME SI ZIZAN PUNYE HAL GAK. LAST2 DAH KENE JERGAH DGN PABLIK BARU TEHEGEH2 NK BERSIHKAN?..PIRAHHH MABOKK KEHKEHKEH >|D

Tanpa Nama berkata...

19:07

KALAU DI KEDAH TU WALAU SAMPAH BYK PUN NAMUN BILA MEDIA DTG BUAT LIPUTAN, MAKA DGN PANTAS KERAJAAN RAKYAT YG PRIHATIN MEMBERSIHKANNYA, KERANA YG TAK BUAT KEJE BUKAN KERAJAAN RAKYAT PRIHATIN TAPI MAJLIS TEMPATAN JER...SEMUA OK DAH...RAKYAT PUN GEMBIRA DGN KECEKAPAN KERAJAAN RAKYAT PRIHATIN...

TAPI DI IPOH, BUKAN SAHAJA MEDIA DATANG TAPI KEBAWAH DULI YM RAJA NAZRIN SHA TERPAKSA MENCEMAR DULI TURUN KE TEMPAT BUSUK TU. MALUNYA TAK TERKIRA SI ZAMRY KERANA YM RAJA MUDA PULAK YANG SELESAIKAN MASALAH SAMPAH...MANA NAK TARUK MUKA MAMAK NIH!! SUDAH LAH TU BAGINDA YM RAJA NAZRIN KESEORANGAN PULAK HANYA DITEMANI OLH SUK DAN YDP MAJLIS TEMPATAN...KENAPA SI MAMAK ZAMRY TAK IRINGI BAGINDA?

ALANGKAH MALUNYA...SOAL SAMPAH PUN TERPAKSA ISTANA CAMPUR TGN, USAHKAN MASALAH RAKYAT....

TAK BERMARUAH SUNGGUH..!!!