Memaparkan catatan dengan label saman ekor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saman ekor. Papar semua catatan
Khamis, 3 Mac 2011
LAGI BERITA GEMBIRA DARI KERAJAAN!!
PUTRAJAYA Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.
''Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu.
''Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur hendak bayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir.
Kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenaraihitam pesalah juga terpaksa ditangguhkan.
Sepanjang tempoh tersebut hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.
Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.
''Mereka yang melakukan kesalahan perlulah menjelaskan saman masing-masing sepanjang tempoh 10 hari yang telah diberikan ini jika tidak mahu disenaraihitamkan," katanya.
Katanya, proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. - Utusan
P/s: haa.. kali ni cepat-cepatlah pergi bayar.. jangan buat kerja last minit..
Mctheory:
Pesan untuk diri sendiri juga ni.. heh!
Rabu, 29 September 2010
SAMAN EKOR!! DATO SERI NAJIB DENGARKAHLAH RAYUAN DARI SUARA RAKYAT!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni Mc membuka bicara mengenai saman ekor. Beberapa bulan yang lepas ada pihak dinegara kita yang kecoh untuk menghapuskan senarai hitam dari saman ekor ini. Malah Dr Khir mantan MB Selangor ada menulis diblognya mengenai perkara ini,
1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?
2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.
3. Saya percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan rakyat.
4. Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereja yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah mendapati telah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.
5. Masalah bertambah serius apabila mereka yang disaman tidak mengetahui saman tersebut sehingga beberapa bulan dan ada juga yang memakan masa beberapa tahun. Ini bukan sahaja menyebabkan ia tertunggak malah menafikan peluang pembelaan. Jika kesalahan enam bulan lalu, baru diketahui hari ini, bagaimanakah mereka yang disaman mahu mempertahankan diri? Saya dapati ada juga yang hanya mengetahui mempunyai saman ekor yang dilakukan pada tahun lalu atau beberapa tahun lalu.
6. Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di sebatang jalan di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.
7. Maka untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta ini terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguatkuasa kerja senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.
8. Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin mendesak agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.
[Sesiapa yang mempunyai masalah saman ekor dan yang bersimpati dengan mereka yang disaman dengan cara ini diharap dapat memberi komen atau rayuan secara bersopan di bawah ini agar dapat saya hantar kepada YAB Perdana Menteri. Mereka yang ada saman ekor dan berharap kerajaan menghapuskannya hendaklah menyertakan Nama dan Nombor kereta (nama boleh dikecualikan jika rasa terganggu dengan pendedahan dalam ruang siber ini) serta sedikit nota atau rayuan.]
9. Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.
10. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.
11. Saya tidak menafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan memandu dengan terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat 50 km sejam dan ke atas melebihi had laju yang ditetapkan. Malangnya ini tidak diambil kira oleh mekanisme saman ekor.
12. Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan. Sambung baca disini.
p/s: Sebenarnya saman ekor ini baik, tapi mungkin ia boleh diperhalusi lagi untuk tidak membebankan rakyat.
Mctheory:
sendiri pun pernah kena beberapa kali. Tapi dah bayar dah!
Langgan:
Catatan (Atom)

