Memaparkan catatan dengan label uber n grab car. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uber n grab car. Papar semua catatan
Sabtu, 21 November 2015
Pemandu Teksi Berdemo Bukan Sebab Politik?
Ada masalah dapat diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan berdemokah? Kenapa perlu berdemo jika mahu masalah diselesaikan? Sudah tentu tujuan berdemo atau berhimpun ini mempunyai motif tertentu yang berkaitan dengan politik.
Pendapat ini turut dikongsi oleh Pengerusi Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Mohd Syahrir Abdul Aziz, 60. beliau sendiri percaya perhimpunan ini berkaitan dengan politik, sebab itu ramai pemandu teksi tak menyertainya.
“Perhimpunan hari ini dilihat berunsur politik kerana kita (pemandu teksi) hanya berurusan dengan kerajaan serta agensi terlibat dan bukannya wakil pembangkang.
“Saya lihat ini tidak akan selesaikan masalah malah memburukkan lagi keadaan kerana mereka (peserta) perlu menggunakan saluran betul untuk bersuara dan bukannya melalui demonstrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan penganjur perhimpunan menyerahkan menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang di Parlimen tempohari.
Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.
Dalam yang sama, pihak Polis telah mengenal pasti pihak penganjur yang terlibat dalam Perhimpunan Aman Warga Teksi yang diadakan di Padang Merbok.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon menegaskan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berkenaan.
“Undang-undang sedia ada jelas menyatakan pihak penganjur perlu mendapat kelulusan daripada tuan punya tempat berkenaan untuk menjalankan sesuatu aktiviti di sana."
Malah polis takkan teragak-agak akan mengambil tindakan kepada pihak yang membuat kacau itu.
"Kami akan ambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang yang ada memandangkan setakat ini penganjur masih gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan di sana,” katanya lagi kepada pemberita.
Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal suasana sepanjang perhimpunan itu, beliau berkata ianya mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sana dan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
“Kami mempunyai jumlah yang cukup untuk mengawal keadaan perhimpunan termasuklah trafik berhampiran lokasi acara itu,” katanya.
Beliau ditanya sama ada perhimpunan itu boleh menjejaskan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. Law berkata acara berkenaan tidak menganggu perjalanan persidangan itu kerana ia hanya bertumpu di Padang Merbok.
Isnin, 19 Oktober 2015
GrabCar&Uber Tetap Salah Jika Tidak Mempunyai Lesen Perkhimatan! - SPAD
Malaysia dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah menetapkan bahawa teksi untuk membawa penumpang (orang awam) perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu. Jika gagal berbuat demikian, bermakna mereka sudah menyalahi undang-undang.
Sebelum ini pun Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pernah mengatakan bahawa perkhidmatan UBER dibenarkan beroperasi. Dibenarkan, namun ianya bersyarat, syaratnya perlulah mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang.
Ini kerana, SPAD mahu kesemua pengangkutan awam, mempunyai rekod dan boleh dikawal oleh mereka. Hal ini juga sangat berkait rapat dengan soal keselamatan penumpang.
Jika SPAD membiarkan, UBER dan Grabcar terus menguasai jalan-jalanraya. Takut-takut, ianya turut menyebabkan pemandu teksi yang mempunyai lesen sah terjejas sumber pencarian mereka.
Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif SPAD,
Ketua Pengarah Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah
Beliau berkata "badan berkuasa itu melipatgandakan usaha membanteras kenderaan sedemikian yang menawarkan khidmat pemandu persendirian menerusi telefon pintar kerana ia perkhidmatan teksi haram".
Biarpun mereka (grabcar&uber) ini diiktiraf di banyak negara di dunia, namun tindakan UBER dan GrabCar yang menyalahi undang-undang tetap tidak terkecuali dari dikenakan tindakan dibawah Akta Pengangkutan Awan Darat (APAD).
"Usaha ini juga selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan taraf perkhidmatan teksi di negara ini" katanya lagi.
Kesalahan ini disabit di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mana jika disabit kesalahan boleh didenda RM 10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat yang melakukan kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 100,000.
Langgan:
Ulasan (Atom)



