Sponsor

Memaparkan catatan dengan label video ustaz kazim elias. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video ustaz kazim elias. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

INFO! Punca 'Kalimah Allah' di Benarkan di Sabah dan Sarawak! - Ustaz Kazim Elias


Kata-kata Ustaz Kazim..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikut agama mereka"
Al-Baqarah: 120

Berikut adalah sedutan daripada wacana ilmu oleh SF Ustaz Kazim bin Elias yang bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung. MH terjemahkan kembali sebahagiannya dalam bentuk penulisan terutamanya melibatkan penggunaan nama Allah di Sabah dan Sarawak. Insyaallah MH akan kemaskinikan lagi hujah-hujah Ustaz Kazim yang lain dalam siri Wacana Ilmu bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung ini pada masa-masa yang akan datang.

1. Seperti yang kita sedia maklum didalam buku teks sejarah sekolah menengah menerangkan tujuan kedatangan penjajah barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) adalah bertujuan untuk memonopoli perdagangan rempah. Satu persoalan menarik untuk dijawap, apakah orang-orang barat ini penggemar kari aka gulai yang tegar sehinggakan mereka ini ingin memonopoli perdagangan rempah? Setahu dan seingat kita hanya orang-orang Asia sahaja yang tahan dengan rasa pedas terutamanya orang Melayu.

2. Kuasa-kuasa barat pada masa yang sama telah membuka dan menjajah Negara-negara Islam di Afrika, Negara-negara Arab, Pakistan, India dan seluruh Asia Tenggara. Ada pun tujuan sebenar kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara dan Negara-negara Islam adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian supaya orang-orang Islam mengikut agama mereka. Adapun seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 diatas penjajah barat cuba untuk mengajak umat islam hatta untuk yang sekecil-kecil syariat mereka seperti memotong kek pada majlis hari jadi. Itulah tujuan sebenar mereka.

3. Sebagai permulaan dibinanya rumah-rumah ibadat dan diikuti oleh penerampan kebudayaan penjajah. Kesemua ini diasimilasikan sebagai sebahagian daripada kebudayaan masyarakat islam tempatan. Semua ini terjadi disebabkan oleh pepecahan dan kelemahan umat Islam dinegara ini. Kota A Famosa contohnya dibina dari runtuhan dan batu2 nisan orang islam dan lebih dahsyat lagi kota a famosa itu dibina daripada runtuhan pepecahan umat islam di Melaka pada ketika itu.

4. Permulaan pada kerja dakwah agama kristian di tanah jajahan mereka termasuklah di Indoneasia ialah menterjemah kitab2 bible kedalam bahasa tempatan. Gerak kerja kristian Belanda telah menterjemahkan bible kedalam bahasa Indonesia. Ini termasukan perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah pada tahun 1795.

5. Perkara ini terjadi ratusan dahulu dan kalimah Allah didalam bible berbahasa Indonesia telah di asimilasikan dalam kehidupan masyarakat tempatan yang bukan islam sejak ratusan tahun yang terhahulu. Ini merupakan tanda kejayaan orang2 yahudi dan Nasrani megikut jejak langkah mereka.Oleh sebab kita tidak boleh beranggapan bahawa pengguna kalimah Allah didalam bible di Indonesia sebagai sesuatu yang baru. Walhal ianya berlaku ratusan tahun yang dahulu.

6. Usaha ini dirintis pula oleh British di Tanah Melayu apabila mereka berjaya membuka Pulau Pinang dan juga Melaka. Stamford Raffles merupa perintis kepada pertukaran “God” atau “Lord” kepada Allah kedalam bahasa melayu pada awal 1820an. Alhamdulillah usaha Stamford Raffles untuk menterjemahkan bible kedalam bahasa melayu dan seterusnya menggunakan perkataan “God” atau “Lord” kepada kalimah Allah tidak Berjaya. Ini kerana Allah SWT memelihara tanah melayu ini dari segala perancangan jahat.

7. Kejayaan Belanda di Indonesia menterjemahkan bible dalam bahasa Indonesia dan kejayaan mereka menukarkan “God” atau “Lord” kepada Allah telah menarik minat keluarga Brooke yang memerintah Sabah, Sarawak dan Kalimantan (perlu di ingatkan Sabah dan Sarawak pada ketika ini belum lagi menyertai Malaysia untuk merdeka). Keluarga Brooke telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian daripada Indonesia untuk berdakwah di Sabah, Sarawak dan keseluruhan Pulau Borneo. Kitab2 bible dalam bahasa Indonesia telah diajar kepada masyarakat pribumi sabah dan Sarawak. Ini termasuklah perkataan2 “God” dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah juga diajarkan bersama kepada masyarakat disana.Disebabkan sejarah inilah maka perbezaan ini berlaku sehingga sekarang.

8. Dek kerana inilah di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini kerana proses asimilasi telah berlaku kepada mereka sejak dari zaman keluarga Brooke memerintah mereka lagi. Sebelum kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak majority pribumi Sabah Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme yang mana setiap satu daripadanya mempunyai nama tuhan yang tersendiri.

9. Di semenanjung Malaysia orang-orang bukan islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. Bila pertembungan Kalimah Allah ini berlaku pada hari ini alasan penganut kristian di Malaysia bahawa penngunaan kalimah Allah dalam bible di Indonesia dan disabah Sarawak telah lama diguna tidak boleh diguna pakai secara automatiknya.

10. Usaha penjajah barat ini juga berhasil di Mesir. Mereka telah berjaya menterjemahkan bible kedalam bahasa Arab seterusnya menukarkan istilah “God” dan “Lord” didalam bible kepada kalimah Allah. Al-Mukhatdas (Berita Baik) kitab bible dalam bahasa arab di Mesir manakala di Indonesia dikenali sebagai Al-kitab (Berita Baik). Bermula dari muka surat pertama lagi kalimah Allah telah digunakan. Penjajah barat telah cuba sedaya upaya meninggalkan kesan penjajahan mereka di tanah yang mereka jajah. Ini termasuklah menunarkan nama-nama tempat.

11. Berbeza dengan Malaysia kesan-kesan penjajahan ini telah dibuang daripada merdekanya persekutuan Tanah Melayu sedikit demi sedikit. Ini merangkumi nama tempat yang ada di Malaysia dan bermacam-macam lagi.

12. Berbeza dengan Negara2 lain yang mana usaha membuang segala bentuk kesan penjajahan tidak dilakukan. Ini termasuk Indonesia yang mana kalimah Allah yang digunakan dalam bible berbahasa Indonesia tidak dibuang dari bible mereka.

13. Manakala di Mesir, hujah mereka orang-orang bukan islam di mesir telah lama menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Untuk pengetahuan semua, penganut agama kristian ini terbahagi kepada 2, iaitu:

i. Penganut kristian yang mengamalkan fahaman TRINITY, yang mana mereka percaya kepada Tuhan anak, tuhan bapa, tuhan jesus.

ii. Satu lagi kepercayaan agama kristian ini ialah UNITY, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu. Kristian di Mesir adalah terdiri daripada kristian daripada fahaman UNITY. Kristian UNITY ini telah mengkafirkan kristian yang berfahaman TRINITY ini. Dan oleh kerana itu penganut kristian di Mesir ini percaya kepada Allah yang satu. Ini telah menjadi kebiasaan (uruf) atau asimilasi bagi masyarakat mesir.

14. Kristian di Malaysia terdiri dari golongan yang menganut fahaman TRINITY. Jadi adalah amat salah sekiranya penganut fahaman kristian trinity dimalaysia ingin menggunakan Kalimah Allah didalam bible mereka. Ini menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada kita kerana kebiasaannya penganut kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan kalimah Allah didalam kehidupan seharian mereka dan kenapa sekarang mereka sibuk nak menggunakan kalimah Allah?

15. Maksud uruf menurut Imam Ghazali ialah “Sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”. Dalam bahasa mudahnya bermaksud apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat. ialah kebiasaan disesuatu tempat. Contohnya larangan memandu kenderaan di arab Saudi walhal di Malaysia ianya dibenarkan.

16. Dari segi hukumnya penngunaan kalimah Allah ini diistilahkan sebagai perbezaan hukum disebabkan oleh perbezaan keadaan setempat yakni kebiasaan pada sesuatu tempat (Negara). Oleh kerana itu di di Mesir dibenarkan menggunakan kalimah Allah dikalangan masyarakat kristian disana disebab kebiasaan (uruf) mereka disana dan ditambah pula konsep mereka adalah sama dengan menyatakan tuhan itu satu.

17. Manakala di Arab Saudi, Ulamak mengharamkan penggunaan kalimah Allah kerana di sana tidak ada orang bukan Islam (Jikalau ada pun bilangannya amat sedikit 0.1%). Maka Malaysia pun mengambil pendekatan yang sama dengan Arab Saudi, ini kerana majority rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan uruf di Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

18. Di Malaysia, penganut agama kristian yang ingin menggunakan kalimah Allah ini sebenarnya tidak pernah menggunakan bahasa arab dalam percakapan harian mereka, perkataan seharian mereka pun tidak pernah mengunakan perkataan Allah malah penngunaan bahasa melayu mereka juga tidak fasih. Alih-alih mereka ini yang minta untuk penggunaan nama Allah dalam bible mereka. Mereka juga tidak pernah menyebut kalimah Allah sebelum ini.

19. Persoalan yang menarik untuk mereka jawab, berapa ramaikah dikalangan kamu penganut kristian di Malaysia menyebut kalimah Allah dan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab dalam percakapan harian kamu sebelum ini?


Isnin, 15 Julai 2013

INFO! Ceramah Ramadhan Dari Ustaz Kazim Elias!


Dari dok mengumpat, mengutuk dan memfitnah. Baik layan ceramah Ustaz Kazim, lagi bagus kann.. ahh layan saja la.

Ahad, 7 Julai 2013

HOT INFO! Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah Sebab Tekanan Politik?


Betul ke Ustaz Kazim berhenti ceramah sebab tekanan politik? Mc saja kata, nak tau sebab apa tengok la sendiri kat bawah ni..

Jumaat, 14 Jun 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Pun Suka Bermewah-mewah Juga?



Kehebatan seorang penceramah bebas yang pro Pas!!





Tidak susah untuk menilai perilaku dan hati budi seorang Ustaz. Yang mana satu yang boleh jadi ikutan, idola dan contoh tauladan. Tak tahulah mungkin juga Ustaz Azhar Idrus turut memiliki atau membuka Sekolah Pondok atau Sekolah Tahfiz miliknya. Bukan apa, selalu kita melihat Ustaz Kazim Elias amat rajin untuk mencari dana untuk membangunkan Sekolah Tahfiz miliknya, yang beliau bina dan beliau uruskan iaitu Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Tidak sempat Ustaz Kazim Elias untuk bermewah-mewah dengan harta dunia yang sementara. Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias telah menambah aset sekolah Al-Barakah dengan pembelian sebuah bas baru untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Tak mengapalah Ustaz Kazim, pengorbanan anda ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Biarlah tiada motor dan kereta mewah serta isteri muda jelita.





Sedang Azhar Idrus bermewah-mewah, Ustaz Kazim sibuk menjaga anak kariahnya..sumber gambar dari blog CTS.

McTheory:
Bukan nak bandingkan, cuma nak tunjuk kebenaran..

Isnin, 15 April 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Tension Bila Puak Parti Spender Angkat Penzina Sebagai Pemimpin! #TolakPAS


Siapa agaknya yang angkat penzina sebagai pemimpin? Setahu Mc, hanya PKR dan PAS yang masih mengekalkan penzina dalam parti, walaupun ada yang terbukti berkhalwat dan mempunyai video seks, namun mereka masih menyokong tanpa berbelah bagi.

Kalau orang kata BN pun terima Chua Soi Lek sebagai pemimpin, Mc nak bagitau la, Soi Lek pemimpin MCA, bukan Islam. Dalam BN dia bukan ada jawatan apa pun, dah ditolak. BN tak sokong pemimpin tak bermoral ni. BN tak agungkan pemimpin kaki seks, liwat dan skandal sana-sini macam Anwar, Mat Sabu, Ostat Badrul Amin dan terbaru Stopa Ali.

Tapi puak Pakatan pulak, walaupun ada bukti, ada video, sahih dan kena tangkap khalwat siap dengan tuala basah pun masih dok sanjung sebagai pemimpin, apa nak jadi la puak ni! adehh..

Mc takmau ulas panjang, rasanya ulasan dari Ustaz Kazim lebih detail dan kena tepat ke muka cacai ni!


McTheory:
Apa macam cacai, ada bagus ka?

Jumaat, 5 April 2013

PANASS!! Penganut Agama Pas Datang Minta Maaf Kat Ustaz Kazim? #TolakPAS


Bukanlah Mc nak tuduh orang yang dok umpat Ustaz Kazim tu orang Pas. Tapi rasanya itulah yang berlaku sekarang ni. Ustaz Kazim selalu menegur sesiapa saja yang melakukan kesilapan, hatta Ulamak Pas paling tersohor si Nik Aziz tu. Sebab tu ahli Pas tak dapat menerima hakikat tersebut. Bila tak dapat menerima hakikat, dimaki pulak si Ustaz Kazim. Samalah seperti apa yang terjadi kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir dulu.


Alhamdullilah nampaknya orang yang minta maaf pada Ustaz Kazim ni Allah dah buka kan hatinya. Selamatlah dia tak pi jumpa Nik Aziz untuk membersih dosa, kalau tak bukan dosa dia bersih, rasanya makin parahlaa..

McTheory:
Syurkur ahli Pas ada yang makin sedar..

Jumaat, 22 Februari 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Di Maki Penganut Agama Pas!! #PasItuSesat



Sabar la Ustaz, kalau ada seorang mengutuk dan membenci Ustaz, seribu lagi akan membela dan menyukai Ustaz. Ustaz pun tahu perangai puak sebelah sana tu. Depa akan mengutuk siapa saja alim ulamak yang tak menyokong depa.

Ustaz boleh teruskan cara Ustaz, Ustaz punya ceramah memang terbaik. Lebih-lebih lagi Ustaz sekarang ada rancangan di Astro Oasis, ramai pakcik dan makcik tertunggu-tunggu rancangan tu. Hinggakan ada yang berkumpul dikedai kopi untuk layan rancangan Ustaz tu beramai-ramai.

Kalau Ustaz masuk politik, Mc percaya, Ustaz lawan dengan Anwar Ibrahim kat Permatang Pauh pun Ustaz boleh menang. Tapi Mc hormati pendirian Ustaz yang tak mahu membabitkan diri dengan politik. Namun begitu, diharap Ustaz terus menentang kekufuran dan kejahilan. Tegakan agama Allah ini kejalan yang benar.

Rakyat Malaysia perlukan orang macam Ustaz Kazim ini untuk senantiasa menasihati umat Islam di Malaysia. Bukan macam Ustaz Pas, hanya pandai ceramah maki hamun dan fitnah. Langsung tak peduli apa nak jadi masyarakat Islam di Malaysia.

Kepada Ustaz Kazim, Mc dan rakan-rakan sentiasa menyokong perjuangan beliau!

McTheory:
Siapa yang maki Ustaz tu? Meh sini aku nak sekeh!

Isnin, 4 Februari 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Kata Abby Tak Layak Bercakap Soal Agama?


Lihatlah Ustazah Mee Segera Pas ni dah kena bahan dengan Ustaz Kazim. Rasanya pembaca boleh baca apa yang ditulis di poster bawah tu dan tak perlu Mc ulas dengan lebih lanjut.


Untuk lebih jelas, Mc berikan video Ustaz Kazim komen pasal ustazah mee segera ni.


Jumaat, 11 Januari 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Berang Kalimah Allah Hendak Di Gadai Demi Politik!! #KalimahAllah #KL112


Video dibawah adalah penerangan terperinci Ustaz Kazim, mengenai kalimah Allah. Apakah umat Islam perlu pertahankan kalimah Allah, atau biarkan saja kalimah Allah digunakan oleh agama lain.



kat bawah ni penerangan panjang lebar mengenai kalimah Allah. Mc harap, kita umat Islam tolak politik kotor pergunakan agama ini. Pertahankan hak kita!




McTheory:
Kalau Mimbar dan sejadah kita pertahankan, kenapa tidak nama Allah itu sendiri?

Rabu, 9 Januari 2013

PANASS!! Ustaz Kazim Minta Pas Hentikan Perbodoh Rakyat Dengan Isu Hudud!!


Mc taknak cakap apa-apa, layan video Ustaz Kazim tu lagi bagus. Mc harap ada la ahli Pas yang tengok video ni. Buka minda, buka hati, kosongkan minda, buang sifat taksub, insyallah akan tahu kebenarannya!

PANASS!! Ustaz Kazim BIDAS Tun Dr Mahathir Sebab Hudud?



Sebenarnya bukan bidas, Ustaz Kazim berjumpa dengan ayahanda Tun Dr Mahathir, untuk memastikan bahawa betulkah Tun Dr Mahathir menolak hudud! Sebelum kita menghentam atau mengkritik sesuatu pihak, kita perlu confirmkan terlebih dahulu. Ini tidak, main hentam saja.

Layan video ini untuk tahu kebenarannya. Kita tengok apa pulak puak Pakatan nak pusing pasal isu hudud lagi.

Isnin, 17 Disember 2012

TUDIAA!! Ustaz Kazim Kata Pas Sokong Robohkan Sekolah Agama Rakyat!!



Awat la makin lama makin teruk Pas ni. Walaupun video ni dah lama, tapi Mc percaya masih ramai yang belum tengok. Betul kata Ustaz Kazim, yang dok kata orang lain kafir tu, depa yang tak buat apa pun.

Jumaat, 26 Oktober 2012

PANASS!! Ustaz Kazim Elias Skandal Dengan Isteri Orang?


Fitnah jahat terhadap Ustaz Kazim.. teruk dah umat Islam sekarang ni. Tak siasat betui-betui, lepas tu dok buat cerita merata. Apa nak jadi gamaknya?

Untuk pengetahuan semua, orang Pas yang selalu tak puas hati dengan Ustaz Kazim ni, sebab orang Pas kata Ustaz Kazim ni sokong UMNO. Biasala puak Pas ni, kalau memfitnah memang pandai dan hebat!!

Ahad, 5 Ogos 2012

KASI PANASS!! Ustaz Kazim Hentam Pas Pasal Menipu Mengenai Hudud!! #Pasrabut


Patut la orang Pas sekarang ni marah benar dengan Ustaz Kazim. Banyak sangat benda dalam seluar Pas yang Ustaz Kazim bocorkan. Hudud ni sebenarnya promosi basi yang Pas selalu mainkan untuk tarik undi. Mc percaya Pas taknak pun buat hudud. Cuma untuk tarik undi umat Islam di Malaysia dan salahkan kerajaan pusat, isu hudud ini berulang-ulang.

Sedangkan Karpal Singh dengan tegas mewakili Dap menolak hudud, katanya hudud tiada dalam Buku Jingga. Kalau Karpal dah tolak, rasanya Pas mampu lagi tak nak teruskan perjuangan untuk hudud? Atau mereka hanya syok sendiri sambil menipu umat Islam di Malaysia?

McTheory:
Kuasa punya pasal, menipu, membohong dan memfitnah semua Pas halalkan..

Khamis, 26 Julai 2012

HANGAT!! Lepas Ustaz Kazim, Azhar Idrus Pulak Kata Nik Aziz BATAL AKIDAH!!


Mc sengaja mengulangkan artikel semalam.. namun ada video tambahan yang Mc selitkan bersama.. ikuti sampai habis..

Kalau mengikut ilmu, Mc rasa Ustaz Kazim lebih bijak dan tinggi ilmunya berbanding dengan Pok Nik Aziz ni. Namun Ustaz Kazim tak pernah menyuruh orang memanggilnya Tok Guru. Berbanding dengan Pok Nik Aziz, yang mengelarkan dirinya sendiri sebagai Tok Guru, sedangkan pada hakikatnya, Pok Nik Aziz hanyalah seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Rendah.

Dah nama pun guru sekolah rendah, dia punya ilmu pun macam orang sekolah rendah la. Hinggakan Nabi Muhammad pun Pok Nik Aziz hina.


Ada orang pernah tegur Mc, jangan kutuk Pok Nik Aziz, dia tu Ulamak Besar. Benarkah dia Ulama Besar, bagi Mc dia hanya Ulamak Pas!! Ulamak Politik! Malah Pok Nik Aziz telah menghina Nabi Muhammad SAW. Siapa Pok Nik Aziz ni? Tinggi mana darjatnya? Hinggakan Nabi Muhammad pun dia boleh hina? Apakah kita nak biar bila ada orang hina Nabi kita?

Menghina Nabi umpama menghina Islam! Kita marah apabila ada orang hina Nabi kita, Rasul kita, tapi bila orang tua kutuk ni hina Nabi Muhammad, siap ada video lagi. Boleh pula kita biar?

Sampai mati pun Mc takkan maafkan orang tua ni, sebab dia kutuk Nabi Muhammad!!

Itu artikel semalam Mc terbitkan.. dan hari ni Mc bawa pulak video Ustaz Azhar Idrus.. Ustaz pujaan puak Pas. Kali ni Ustaz Azhar pulak yang hentam Nik Aziz, kata Nik Aziz Batal Akidah serta merta!!



McTheory:
Rasulullah pun POTONG bulan, itulah petanda lambang BULAN memang diperlukan!!

Rabu, 25 Julai 2012

PANASS AIHH!! Ustaz Kazim nasihatkan DS Rosmah agar bertudung?!!


Pagi tadi ada satu komen yang mempertikaikan Ustaz Kazim, kenapa tidak nasihatkan DS Rosmah supaya memakai tudung? Pagi tadi punya artikel boleh klik SINI. Dengan video ini.. rasanya dah jelas semuanya kot. tak payah nak sembang jauh lagi la..



McTheory:
Tak pakai tudung, dengan hina Nabi.. mana yang lebih teruk?

PANASS!! Ustaz Kazim Buktikan Bahawa Nik Aziz SESAT!! #Pasrabut


Kalau mengikut ilmu, Mc rasa Ustaz Kazim lebih bijak dan tinggi ilmunya berbanding dengan Pok Nik Aziz ni. Namun Ustaz Kazim tak pernah menyuruh orang memanggilnya Tok Guru. Berbanding dengan Pok Nik Aziz, yang mengelarkan dirinya sendiri sebagai Tok Guru, sedangkan pada hakikatnya, Pok Nik Aziz hanyalah seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Rendah.

Dah nama pun guru sekolah rendah, dia punya ilmu punya macam orang sekolah rendah la. Hinggakan Nabi Muhammad pun Pok Nik Aziz hina.


Ada orang pernah tegur Mc, jangan kutuk Pok Nik Aziz, dia tu Ulamak Besar. Benarkah dia Ulama Besar, bagi Mc dia hanya Ulamak Pas!! Ulamak Politik! Malah Pok Nik Aziz telah menghina Nabi Muhammad SAW. Siapa Pok Nik Aziz ni? Tinggi mana darjatnya? Hinggakan Nabi Muhammad pun dia boleh hina? Apakah kita nak biar bila ada orang hina Nabi kita?

Menghina Nabi umpama menghina Islam! Kita marah apabila ada orang hina Nabi kita, Rasul kita, tapi bila orang tua kutuk ni hina Nabi Muhammad, siap ada video lagi. Boleh pula kita biar?

Sampai mati pun Mc takkan maafkan orang tua ni, sebab dia kutuk Nabi Muhammad!!




P/s: Orang Pas sanggup biarkan Rasulullah diHINA, kerana mereka agungkan orang tua gila ni!!


McTheory:
Rosak dan semakin sesat perjuangan Pas!!

Rabu, 16 Mei 2012

GEMPAR!! Ustaz Kazim cerita Betapa Perit Kehidupan Melayu di Singapura!!


Sayu Mc dengar Ustaz Kazim bercerita mengenai kehidupan Melayu di Singapura. Sedangkan dulu, Singapura itu tanah melayu, dikuasai oleh Orang Islam. Namun sejak 'dijajah' terus oleh kaum lain. Singapura bertukar menjadi mimpi ngeri umat Islam di Malaysia. Mahukah anda Malaysia ini menjadi seperti Singapura?


McTheory:
Mahu merempat di tanah air sendiri?

Sabtu, 5 Mei 2012

TUDIAA!! Video Ini Membuatkan Penganut Pas Lagi Benci Pada Ustaz Kazim Ellias!! #Pasrabut



Ustaz Kazim memang berani. Sebagai seorang penceramah bebas yang tidak berpihak dengan mana-mana parti politik. Seharusnya Pas perlu mendengar apa yang beliau cuba sampaikan. Setiap butir bicara dari Ustaz Kazim adalah benar belaka. Semuanya untuk menyatupadukan Islam dan bangsa Melayu.

Marahnya penganut Pas ni pada Ustaz Kazim, hinggakan vcd, cd atau kaset Ustaz Kazim pun mereka sudah pulaukan untuk dijual kepada orang ramai.

Apakah Pas ingat puak mereka ini ahli syurga yang tidak dapat ditegur oleh sesiapa pun?


McTheory:
Tegar Pas sebenarnya, merosakkan Islam!!