Jumaat, 24 September 2010

APABILA MAHKAMAH MALAYSIA BERAT SEBELAH!!!

5 mahasiswa UM lepas, bebas tuduhan lakukan khianat

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan menceroboh dan melakukan khianat dengan petrol ke atas dewan utama fakulti itu pada tahun lalu.

Hakim Rozana Ali Yusof memerintahkan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap kes tersebut.
sekadar hiasan

Tertuduh terdiri daripada Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun, dan Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23. – Utusan

Apa dah jadi ni macam mana mereka ni boleh terlepas???

Tuduhan kepada mereka,

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.

Aduhh.. macam mana boleh terlepas ni?? Patutnya mereka ni kena hukum, supaya mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Sumbat aje budak-budak ni dalam perjara.


Inilah baka-baka hasil didikan Pas dan Pkr. Ini juga hasil dari ajaran dan tarbiah Nik Aziz.


Korang suka la bila ada pemuda-pemuda gila macam ni mengancam keselamatan negara.

MctHeory:
Mahkamah Malaysia betul-betul tak adil. Peliwat dibiarkan berkeliaran, cubaan membunuh pulak boleh terlepas, yang kurang ajar akan bertambah-tambah, arghh.. bosan-bosan.

2 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

sialan!!!

stravi14 berkata...

Takutnya ko kat Big Momma Rosmah..hahaha.

Mahkamah skang ni tak bodoh cam dulu. Hakim tu takut kena seksa kat akhirat kalau wat keputusan berat sebelah cam hakim2 lain suka buat..cam kes altantuya, tak pasal2 2 ekor polis tu kena gantung, tapi si dalang kes (big momma) tu selamba je terlepas, siap leh jadi penasihat x rasmi najib..

Akhirnya kebenaran tersebar sudah.
Puas hati aku. Pegi mampus sama BN dan konco-konconya..