Jumaat, 24 September 2010

CERITA MENARIK MENGENAI NURUL IZZAH!


Mc baru je lepas baca berita si Puteri Reformasi (Nurul Izzah) nak bertanding Naib Presiden PKR. Sebenarnya bila teringatkan Nurul Izzah ni, Mc teringat satu kisah agak kelakar semasa Mc masih lagi belajar. Peristiwa tu berlaku semasa zaman reformasi la, lebih kurang tahun 1998 kalau tak salah Mc.

Ceritanya macam ni,

Pada rakyat Malaysia yang lahirnya pada  awal 1980an (keatas) pasti masih ingat negara kita ditimpa musibah akibat pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM semasa itu (pemecatan tahun 1998). Kata orang kalau nak kenal diri seseorang, cubalah bagi dia marah, sebab yang marah itu adalah dirinya sebenar. Peristiwa ini terjadi apabila Anwar dan penyokongnya mengamuk kerana Anwar dipecat dan dituduh dengan pelbagai tuduhan mengenai kes salah laku dan liwat.

Habis bandaraya Kuala Lumpur menjadi tempat amuk puak Anwar ni. Habis rosak kemudahan awam dan kedai-kedai dipecahkan oleh puak beruk reformasi ni. Jika kita sayangkan negara, kita takkan sanggup buat begitu, kalau nak tahu, inilah rupa Anwar yang sebenarnya, sanggup rosakkan negara, demi untuk mencapai cita-citanya.

Buka balik kisah Nurul Izzah,

Mc teremosi pula bila mengingatkan zaman reformasi yang amat memalukan negara. Semasa zaman reformasi, Nurul Izzah ni anak dara lagi. Kalau tak silap Mc, Nurul Izzah masih lagi belajar dan berumur 19 tahun kot. Kiranya bergetah giler la ni. Dengan mukanya yang ala-ala 'chinese look' tu membuatkan ramai remaja melayu 'angau'kan Nurul Izzah ni dulu.

Mc semasa zaman reformasi tu, tak kisah sangat pasal politik, walaupun Mc ahli UMNO tapi Mc lebih menumpukan kepada pelajaran. Tapi Mc tetap peminat setia negarawan Tun Dr Mahathir la..hinggalah sekarang.

IPTA yang Mc belajar tu menjadi tempat puak reformasi mencari sokongan. Banyak risalah-risalah haram yang diletakkan disurau, masjid dan parking kereta/motor. Semuanya risalah mengapi-apikan pelajar supaya menyokong Anwar Ibrahim yang kononnya teraniaya.

Tak ramai pun yang terpengaruh dengan risalah-risalah macam tu. Takde apa kebenda pun. Yang membuatkan pelajar lelaki terpengaruh ialah Nurul Izzah.

Ada satu hari tu kawan Mc dapat risalah yang mengatakan Nurul Izzah akan turun berceramah kat TTDI Jaya. Habis la heboh dikalangan budak-budak melayu bila Nurul Izzah nak turun berceramah. Termasuklah rakan-rakan serumah sewa dengan Mc la. Dalam rumah sewa Mc ada 10 orang (rumah sewa kami besar ada 4 bilik). Cuma 3 orang je yang penyokong tegar pembangkang, yang 7 lagi semuanya penyokong kerajaan (BN la tu,) tapi bila dengar Nurul Izzah nak bagi ceramah, semua kelam kabut bersiap nak pergi ceramah parti keADILan (PKR). Termasuklah Mc sekali. he he..

Bila kitaorang sampai je kat tempat ceramah, fuu.. punyalah ramai manusia yang pergi ceramah keADILan ni. Sesak! sampai nak berjalan ketapak ceramah pun susah. Dalam banyak-banyak tu, Mc tengok ramai remaja melayu yang pergi ke ceramah tu. Orang tua-tua tak banyak pun.

Ceramah pun bermula, ada satu makhluk kurus pakai spek (cermin mata) naik pentas. Tian Chua kalau tak salah Mc la. Dia umumkan bahawa Nurul Izzah tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan. Maka digantikannya dengan penceramah yang lain.

Nak tahu apa jadi selepas tue??

Terdengar bunyi kuat


LLLLLLAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

Perasaan hampa dan kecewa dari lelaki-lelaki bengap berharap nak lihat Nurul Izzah (termasuklah Mc jugak jadi benggap). Selepas tu kawasan ceramah jadi luas semula, kerana ramai remaja lelaki yang terus balik disebabkan kecewa tak dapat tengok Nurul Izzah berceramah. Bukan sikit yang balik, hampir kesemua (remaja lelaki) pelajar yang datang disebabkan nak tengok Nurul Izzah je.

Kiranya semua remaja dan pemuda melayu yang datang, terpengaruh (akibat angau) dengan Nurul Izzah la. Pandai betul Anwar gunakan anaknya untuk memancing sokongan dari pemuda melayu (termasuklah remaja dan pelajar). Kiranya Anwar ni memang suka gunakan keluarganya untuk tarik sokongan rakyat.

Isterinya diajar untuk buat muka kesian untuk tarik simpati ibu-ibu.

Nurul Izzah pulak dipancing untuk tarik perhatian jejaka-jejaka melayu.

Anwar?? Khas untuk lelaki main belakang dan Melayu,cina, india yang otaknya tiga suku!!

Sedarlah wahai rakyat Malaysia kerana Anwar memang suka menipu!!

Tamatlah cerita yang kami kena tipu!.

P/s: Bila teringatkan kisah ni, rasa macam kelakar pulak.. he he..

MctHeory:
Nurul Izzah pun dah kahwin, dah tak laku nak buat pancing orang lagi.

5 ulasan:

ISAC berkata...

Bahaye bro....

Kang ko jadi macam Saiful....

Ular Menyusur Akar berkata...

Bro, minta izin nak paste kat blog saya. Buat-buat isi rumah saya yang masih kosong, he, he.

agbr47: Ada hikmah di sebalik cerita.

Budak kampuang berkata...

Betul bro. Saya pernah tanya kawan saya kenapa pergi ceramah keadilan masa tu. Alasan dia nak tengok dan jumpa izzah. Bukan main bangga dapat duduk sebelah izzah masa minum.

memang lawak....

baranak ampek den nanti juo....hahahahaha

Awanama berkata...

itilah namanya aura....tak macam puteri umno tu...

Awanama berkata...

Padan muke ko mc,pantang nampak dahi licin,trus angau.tobat2la no.