Sponsor

Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2014

HOT! Video Bukti Nurul Izzah 'Ceraikan' Suaminya!


Nak tau cerita sebenar? Tengok video kat bawah laa..




Minta untuk diberikan ruang peribadi? ha ha ha.. dia kacau peribadi orang takpa pulak. Bila kena muka sendiri.. tau pulak nak mengelabah! pui..

Khamis, 23 Januari 2014

#HOT! Benarkah Nurul Izzah Bercerai?


Betul ke berita bawah ni?

Sumber The Star

Tersebar khabar angin bahawa Nurul Izzah anak kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim bercerai.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Harap tuan punya diri boleh memberi penjelasan..

McTheory:
Sebelum ni ada cerita yang mengatakan Izzah ada skandal.. betul ka?

Selasa, 24 September 2013

INFO! Nurul Izzah Sokong TV3?


Tak sangka pulak TV3 boleh interview si Nurul Izzah. Malah paling tak sangka, Nurul Izzah pun boleh terima interview dari TV3. Kata BOIKOT.. he he.. apa raa..


Radio Head? Metallica? Dasat juga si Nurul Izzah ni. Kenapa dalam UMNO takdak orang macam Nurul Izzah ni? Apa yang tak kena dengan parti kita? Anti orang muda? Nak orang tua berkuasa sampai mampus? Macam tu?

Bukan nak puji Nurul Izzah, tapi kita kena kaji kenapa orang muda dalam UMNO tak menonjol. Tentu ada halangan atau orang yang tak suka benda macam tu berlaku. Betul?

McTheory:
UMNO perlu perubahan.. Berani Berubah!

Rabu, 12 Jun 2013

PANASS!! Bala Bakal Menimpa Nurul Izzah!!


Nampak gaya Nurul Izzah bakal kehilangan kerusi parlimennya.

Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik.

Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.

Petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.

Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik.

BN tak payah nak bising buat demo untuk bantahan. Cukup mengunakan jalan demokrasi. Sedangkan kalau diikutkan, PR lagi banyak buat salah dari BN!

Jumaat, 31 Mei 2013

PANASS!! Nurul Izzah Dakwa Di Dera Sebelum Di Lepaskan!! #TolakPR


 Semalam Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada media.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."

Kemudian Nurul Izzah mendakwa, selama dia ditahan, dia tidak diberi makan. Ishh.. kejam betul Kerajaan Negeri Sabah ni!

Tapi betul ke dia tak diberi makan?

Gambar kat bawah tu, gambar Nurul Izzah dibilik tahanan. Bukan ada KFC ke depan dia tu? Itu bukan makanan ke? Bab makan pun nak menipu ke Izzah? Alahaii.. taktik cari simpati, anak, mak, bapak semua sama!

Kenapa Nurul Izzah dilarang memasuki Sabah?

AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.


Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata.
- Tun Faisal

McTheory:
Mereka tak pernah faham pasal apa pun..

Rabu, 3 April 2013

PANASS!! Nurul Izzah Di 'BAHAN' Penyokong Lembah Pantai Sendiri!! #MPmalas #TolakPR


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. (SUMBER)

McTheory:
kah kah kah.. lawak-lawak..

Ahad, 15 April 2012

GEMPAR!! Nurul Izzah Bikin Malu Puak Pakatan Haram!!



Inilah yang diluahkan oleh blogger Pakatan yang malu dengan kepala kepala mahasewel yang berdegil mahu meneruskan jugak demo ni.Kekuatan sokongan buat Adam adli hanya 300 orang sahaja.tak sampai 1%pun dari jumlah keseluruhan mahasiswa..Aku pun bekas mahasiswa jugak.tapi takdak lah nak jadi bodoh kayu macam depa ni..Baca entri dari suara pakatan rakyat di bawah

Selasa, 28 Februari 2012

PANASS!! Nurul Izzah Kena TUMBUK??



Foto aksi dimana Nurul Izzah menunjuk raut wajahnya bila ditumbuk oleh brader berbaju merah di sebuah kedai kopi dalam daerah Parlimen Paya Besar, Lepar 1 , Pahang.

Rupanya kedatangan Nurul Izzah disana secara mengejut sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung bila Nurul Izzah mula berpolitik kedai kopi.

Jom lihat foto-foto yang memperlihatkan reaksi takut dan muka benggang Nurul Izzah. Geli hati dengan mimek muka Nik Nazmi seakan memperli cerita Nurul Izzah…hua hua hua

Sambung baca SINI

Selasa, 6 Disember 2011

KASI PANAS!! NURUL IZZAH SANGGUP BERBIKINI UNTUK JUAL ARAK??

dah tabiat nak mampus gamaknya..


Apa hal si Nurul Izzah anak kesayangan Anwar ni tiba-tiba pulak dok sibuk promote wine? Dah takdak modal lain ke nak pancing undi?

Pakaian saja bertudung, tapi sanggup mempromosikan apa yang tidak patut dipromotekan oleh seseorang yang beragama Islam.

Rabu, 18 Mei 2011

GEMPAR!! NURUL IZZAH DAH JUMPA JAM OMEGA ANWAR???!!!


Haaa?? Terkejut?? Tengok muka Izzah senyum semacam je. Betul ke dah jumpa? Kat mana dia jumpa? Kat dalam laci ke? Peti besi ke? Atau bawah lipatan kain-kain baju? Atau hanya beli kat Petaling Street je? Nak tau apa cerita, klik SINI.

Bila dah KLIK tu jangan marah Mc ye.. gurau-gurau je.

McTheory:
Kalaulah dah jumpa.. he he he..

Rabu, 4 Mei 2011

SIDANG MEDIA TERGEMPAR WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH!! apa cer.. ni?


Sidang Media Datin Seri Wan Azizah dan Yb Nurul Izzah
Tarikh  : 4 May 2011
Jam      : 2 Petang
Tempat : Ibu Pejabat PKR di Tropicana


Isu: Menjawap Fitnah Tuduhan Video Seks terhadap Dato Seri Anwar Bin Ibrahim dan menunjukkan Jam Tangan Omega. Semua di jemput Hadir.

Mc taknak komen apa-apa, tak adil jika kita membuat andaian tentang apa yang mereka akan cakapkan. Menunjukkan Jam Omega tu yang pelik sikit. Setelah sekian mana bertanya, baru kini tergerak hati nak tunjuk? Origenal kah? Atau Fake mari.. heh..

McTheory:
Kita lihat siapa yang kena..

Khamis, 28 April 2011

NURUL IZZAH TAK PERCAYA ANWAR PUNYA BESAR MACAM TU!!


Keldaian Daily melaporkan Nurul Izzah anak Anwar, tidak percaya bahawa individu dalam video terbabit adalah Papanya si Anwar Ibrahim. Kenapa masih tidak percaya? Atas alasan apa Nurul Izzah mempertikaikannya?

Rupanya masih tak sama kah?

Bentuk badan lain dari lain kah?

Rambutnya lebih pendek dari biasakah?

Atau

Punainya lebih sehat dari biasa? he he he.. ehh, itu kena tanya Wan Azizah. Nik Nazmi, Johari bedul, Sam ketot taknak komen ke pasal pendedahan punai Anwar semalam?

Korangkan pernah tengok Anwar berbogel, mesti korang tahu, yang dia punya tut tu panjang mana, dan origenal ka tak.. he he..

Jangan cakap banyak, suruh saja si Anwar bersumpah dan tunjukkan jam Omega (kalau ada la)

Kita tutup Kes..

Pada yang belum lihat video seks Anwar part 1 dan part 2 klik sini

P/s: Asyik menafikan, tapi buktinya.. yelek! (tak ada)

McTheory:
Kebenaran sudah muncul!!..

Isnin, 18 Oktober 2010

KENAPA NURUL IZZAH TERGESA-GESA BERKAHWIN?? Ada Something ke?


Nurul Izzah berkahwin pada tahun 2003 dan pada ketika itu dia baru berusia 23 tahun.

Ketika itu juga dia masih lagi belajar di Uniten Bangi. Manakala bapanya masih berada di dalam penjara kerana kesalahan meliwat.

Meliwat membawa erti seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur seorang lelaki lain.

Perbuatan ini amat di keji dalam Islam dan Nabi sendiri pun tidak mengaku manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu sebagai umatnya.

Bagi orang melayu pula jika ada anak-anak mereka nak berkahwin apatah lagi anak perempuan dan kenduri perkahwinan kali pertama, kebiasaannya majlis tersebut dilakukan ketika keluarga berada dalam keadaan yang damai dan tenteram.

Tetapi tidak bagi Nurul Izzah dan keluarganya. Ianya diadakan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan ketika keluarganya penuh dengan masalah. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak ditutup dan pernikahan perlu dilakukan dengan segera.

Keluarganya penuh masalah ketika itu, bapanya dalam penjara, ibunya hidup tertekan dengan masalah keluarga dan masalah politik . Nurul Izzah sendiri pun ketika itu masih lagi belajar.

Kenapa terlalu tergesa-gesa ?

Kepada rakyat Malaysia pula kami ingin berpesan, jangan nilai buah di dalam melalui kulitnya di luar.

Sumber Selangor Daily

Sebenarnya masa Nurul Izzah kawin ni, Mc pun ada dengar cerita2 mengenai 'ada isi'. Tapi ia hanya khabar angin. Cuma bila difikirkan kembali, khabar angin tersebut ada benarnya..

Siapa tahu??

P/s: Hanya Allah yang mengetahuinya..

Mctheory:
Tak semestinya rupa cantik, perangai pun cantik... ye tak??

Isnin, 27 September 2010

LAGI CERITA MENARIK MENGENAI NURUL IZZAH!!


Oleh Satu Hala

Ketika Satu Hala membuka salah satu laman web kegemaran Satu Hala, mybloghub.my, ternampak satu link ke blog bertajuk Melayu Baru....ingatkan apa pasal dia cerita mengenai Nurul Izzah....

Terkejut jugak bila baca kisahnya...walaupun ia agak simple, tetapi ia membuka persoalan......Nurrul Izzah dan jadi macam bapak dia ke....pelobi makan komisyen.

Ia berkaitan dengan tindakan Nurul Izzah yang nyata sekali boleh menimbulkan keraguan yang amat munasabah di jiwa sesiapa sahaja.

Baru ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang juga anak kepada peliwat terkenal negara, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan dalam sebuah portal berita (Free Malaysia Today) mempersoalkan pemberian kontrak untuk satu sistem mengurangkan kesalahan jalan raya dan kemalangan yang dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES).

Sistem ini antaranya melibatkan pemasangan kamera pengesan kelajuan dan kesalahan seperti tidak mematuhi lampu isyarat yang sudah digunakan di banyak negara dan terbukti berkesan mengurangkan kadar kemalangan serta mengurangkan kematian.

Rasanya dari segi keperluan untuk negara memiliki sistem yang terbukti mengurangkang kadar kemalangan di seluruh dunia adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan.

Melihat kepada kadar kemalangan di negara ini yakni 18 kematian untuk setiap 100,000 kenderaan (yang tertinggi di dunia), apa sahaja teknologi yang boleh membantu mengurangkan kadar itu perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya.

Dalam ini, rasanya Kementerian Pengangkutan sudah melakukan yang terbaik.....

Satu Hala yang kurang berpuas hati dengan sikap Nurul dalam kenyataannya kepada portal itu turut telah melakukan penyelidikan sendiri....

Kalau tak silap, kementerian menerima 7 permohonan untuk menyediakan AES di negara ini.

Akhirnya dua syarikat yang memiliki latar belakang, pengalaman dan nama yang disegani dalam pengendalian AES di seluruh dunia terpilih.

Normallah bila ada yang menang sesuatu kontrak...maka akan ada juga yang kalah.....rasanya itu adat dalam semua pertandingan....ada kalah ada menang.

Dan secara rasional....bila sudah kalah tu...buatlah cara kalah....janganlah kecoh sangat beb.

Namun, syarikat yang kalah, Tess Capital Sdn Bhd tidak dapat menerima hakikat ia gagal dalam usaha merebut kontrak tersebut.....

Dan inilah satu sikap yang sangat menyakitkan hati dan perlu dibanteras dalam negara ini sekarang.....hampir nak menjadi satu trend....bila kalah dalam pembidaan....terus pergi jumpa Ahli Parlimen pembangkang dan kata berlaku rasuah dan sebagainya....tanpa ada bukti tetapi lebih kepada rasa geram dan ingin balas dendam sahaja selalunya.

Dalam kes ini, Tess Capital telah pergi bertemu Nurul Izzah.....dan membuat pelbagai macam tuduhan.

Lepas itu buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).....meminta suruhanjaya itu menyiasat (dengar kata Tess Capital memang takda bukti melainkan aduan berdasarkan persepsinya sendiri).

Tess Capital punya alasan...ia syarikat tempatan maka ia harus diberikan keutamaan.....fuck u la broooo....

Ini macam kalu...kerajaan kena umumkan satu dasar baru...orang luar jangan datang Malaysia...kita mahu barangan tempatan sahaja....FDI dan pemindahan teknologi tidak diperlukan, walaupun syarikat tempatan tidak berkemampuan, kita tetap mahukan yang tempatan sahaja..................................(dua syarikat yang menang tender itu katanya bersetuju melakukan pemindahan teknologi ke negara ini).

Dan yang menjadi persoalan...entah berapa banyak Tess Capital janji nak bagi komisyen agaknya...Nurul Izzah terus melompat menyokong syarikat berkenaan tanpa menyedari (atau buat-buat tak sedar) hakikat sebenar melibatkan syarikat itu.

Sebenarnya Tess Capital bukanlah syarikat tempatan mana pun sangat.

Memang ia didaftar dan dimiliki rakyat Malaysia, tetapi teknologi yang dimilikinya adalah melalui sebuah syarikat yang gagal teruk dari Australia yang dinamakan Poltech.

Tess Capital ambil alih syarikat berkenaan...kemudian melalak kata ia syarikat tempatan yang harus diberikan keutamaan........ayoyo deyyyy!

Poltech untuk pengetahuan semua...gagal dengan begitu teruk sekali di Australia dan menyebabkan kerajaan negeri Victoria membayar RM26 juta dollar Australia dalam bentuk pampasan dan denda yang terpaksa diabaikan.

Poltech adalah sebuah syarikat yang sakit laaaaaa Nurul Izzah oiiiii.....lebih kurang sama sakit macam kepala kau yang dengar cerita baru-baru ini mengajak Tun Mahathir berdebat......bodoh ke apa perempuan ni?

Dan yang paling Satu Hala tak faham ialah cara Nurul Izzah bercakap dalam hal ini....dia mempersoalkan mengapa Tess Capital tak dapat kontrak itu....dia sebut nama syarikat itu berulang-ulang bila mempertahankannya.....

Perlukah dia sebut nama syarikat itu? Kenapa tidak dia mempersoalkan bagi pihak syarikat-syarikat lain yang turut gagal....dengar kata 7 syarikat membida kontrak tersebut yang mengambil masa 5 tahun bagi melalui proses penilaian sebelum diputuskan.....(5 tahun beb...bukan 5 hari).

Bila Nurul Izzah mempertahankan sebuah syarikat secara terbuka.....nampak sangat dia melobi bagi pihak syarikat itu....iyelah, nak bertanding Naib Presiden PKR mungkin banyak pakai duit kot.....inilah cara nak himpun modal sendiri.

Jadi, takkan dia tolong Tess Capital free aje kan....hmmmmm....fikirkanlah lojiknya.

Kalau Tess Capital buat aduan pada SPRM untuk menyiasat cara pengendalian kontrak itu....rasanya syarikat-syarikat lain pun perlu buat aduan agar menyisat Nurul Izzah...sama ada dia menerima habuan atau komisyen bagi pihak Tess Capital.....ieylah kerana dia mempertahankan Tess Capital secara terbuka.....

Hanya kerana dia muda dan bertudung....jangan ingat dia naif ke apa....jangan lupa....ini anak perempuan Anwar Ibrahim.....orang kata anak ular jangan dibela sebab inilah....bila besar dia akan tetap mematuk bisanya....

Bapak borek anak rintik.....Anwar dulu pun kaki komisyen...sekarang anak dia pun buat benda yang sama.....begitu nyata sekali.

Sumber Malaysia Instinct

MctHeory:
Nak buat macam mana dah DNA pun sama! he he he..

Jumaat, 24 September 2010

CERITA MENARIK MENGENAI NURUL IZZAH!


Mc baru je lepas baca berita si Puteri Reformasi (Nurul Izzah) nak bertanding Naib Presiden PKR. Sebenarnya bila teringatkan Nurul Izzah ni, Mc teringat satu kisah agak kelakar semasa Mc masih lagi belajar. Peristiwa tu berlaku semasa zaman reformasi la, lebih kurang tahun 1998 kalau tak salah Mc.

Ceritanya macam ni,

Pada rakyat Malaysia yang lahirnya pada  awal 1980an (keatas) pasti masih ingat negara kita ditimpa musibah akibat pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM semasa itu (pemecatan tahun 1998). Kata orang kalau nak kenal diri seseorang, cubalah bagi dia marah, sebab yang marah itu adalah dirinya sebenar. Peristiwa ini terjadi apabila Anwar dan penyokongnya mengamuk kerana Anwar dipecat dan dituduh dengan pelbagai tuduhan mengenai kes salah laku dan liwat.

Habis bandaraya Kuala Lumpur menjadi tempat amuk puak Anwar ni. Habis rosak kemudahan awam dan kedai-kedai dipecahkan oleh puak beruk reformasi ni. Jika kita sayangkan negara, kita takkan sanggup buat begitu, kalau nak tahu, inilah rupa Anwar yang sebenarnya, sanggup rosakkan negara, demi untuk mencapai cita-citanya.

Buka balik kisah Nurul Izzah,

Mc teremosi pula bila mengingatkan zaman reformasi yang amat memalukan negara. Semasa zaman reformasi, Nurul Izzah ni anak dara lagi. Kalau tak silap Mc, Nurul Izzah masih lagi belajar dan berumur 19 tahun kot. Kiranya bergetah giler la ni. Dengan mukanya yang ala-ala 'chinese look' tu membuatkan ramai remaja melayu 'angau'kan Nurul Izzah ni dulu.

Mc semasa zaman reformasi tu, tak kisah sangat pasal politik, walaupun Mc ahli UMNO tapi Mc lebih menumpukan kepada pelajaran. Tapi Mc tetap peminat setia negarawan Tun Dr Mahathir la..hinggalah sekarang.

IPTA yang Mc belajar tu menjadi tempat puak reformasi mencari sokongan. Banyak risalah-risalah haram yang diletakkan disurau, masjid dan parking kereta/motor. Semuanya risalah mengapi-apikan pelajar supaya menyokong Anwar Ibrahim yang kononnya teraniaya.

Tak ramai pun yang terpengaruh dengan risalah-risalah macam tu. Takde apa kebenda pun. Yang membuatkan pelajar lelaki terpengaruh ialah Nurul Izzah.

Ada satu hari tu kawan Mc dapat risalah yang mengatakan Nurul Izzah akan turun berceramah kat TTDI Jaya. Habis la heboh dikalangan budak-budak melayu bila Nurul Izzah nak turun berceramah. Termasuklah rakan-rakan serumah sewa dengan Mc la. Dalam rumah sewa Mc ada 10 orang (rumah sewa kami besar ada 4 bilik). Cuma 3 orang je yang penyokong tegar pembangkang, yang 7 lagi semuanya penyokong kerajaan (BN la tu,) tapi bila dengar Nurul Izzah nak bagi ceramah, semua kelam kabut bersiap nak pergi ceramah parti keADILan (PKR). Termasuklah Mc sekali. he he..

Bila kitaorang sampai je kat tempat ceramah, fuu.. punyalah ramai manusia yang pergi ceramah keADILan ni. Sesak! sampai nak berjalan ketapak ceramah pun susah. Dalam banyak-banyak tu, Mc tengok ramai remaja melayu yang pergi ke ceramah tu. Orang tua-tua tak banyak pun.

Ceramah pun bermula, ada satu makhluk kurus pakai spek (cermin mata) naik pentas. Tian Chua kalau tak salah Mc la. Dia umumkan bahawa Nurul Izzah tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan. Maka digantikannya dengan penceramah yang lain.

Nak tahu apa jadi selepas tue??

Terdengar bunyi kuat


LLLLLLAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

Perasaan hampa dan kecewa dari lelaki-lelaki bengap berharap nak lihat Nurul Izzah (termasuklah Mc jugak jadi benggap). Selepas tu kawasan ceramah jadi luas semula, kerana ramai remaja lelaki yang terus balik disebabkan kecewa tak dapat tengok Nurul Izzah berceramah. Bukan sikit yang balik, hampir kesemua (remaja lelaki) pelajar yang datang disebabkan nak tengok Nurul Izzah je.

Kiranya semua remaja dan pemuda melayu yang datang, terpengaruh (akibat angau) dengan Nurul Izzah la. Pandai betul Anwar gunakan anaknya untuk memancing sokongan dari pemuda melayu (termasuklah remaja dan pelajar). Kiranya Anwar ni memang suka gunakan keluarganya untuk tarik sokongan rakyat.

Isterinya diajar untuk buat muka kesian untuk tarik simpati ibu-ibu.

Nurul Izzah pulak dipancing untuk tarik perhatian jejaka-jejaka melayu.

Anwar?? Khas untuk lelaki main belakang dan Melayu,cina, india yang otaknya tiga suku!!

Sedarlah wahai rakyat Malaysia kerana Anwar memang suka menipu!!

Tamatlah cerita yang kami kena tipu!.

P/s: Bila teringatkan kisah ni, rasa macam kelakar pulak.. he he..

MctHeory:
Nurul Izzah pun dah kahwin, dah tak laku nak buat pancing orang lagi.

Selasa, 24 Ogos 2010

PANAS! NURUL IZZAH BAKAL MENJADI PENGANTI ANWAR?

Nurul Izzah pernah dikaderkan di SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa. SAIS merupakan pengkalan Paul Wolfowitz yang memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi pensyarah pelawat di situ. Foto, Nurul Izzah ditemani suaminya Raja Shahril dan sahabat-sahabat Anwar dalam IIIT, Hisham Altalib (kiri) dan Jamal Barzinji (kanan) semasa konvokesyen Nurul Izzah di SAIS.

Nurul Izzah mewarisi tokoh kepimpinan bapanya Anwar Ibrahim dalam falsafah pluralisme dalam agama.
Ini jelas apabila Anwar menghantar Izzah untuk membuat kunjungan ke Universitas Paramadina Indonesia. Universitas Paramadina merupakan pusat pembelajaran Pluralisme yang paling efektif di asia tenggara. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

Diberitakan bahawa Izzah berbincang dengan Anies Baswedan yang merupakan rektor universiti berkenaan.

Anis Baswedan dipercayai sedang direkrut oleh Amerika Syarikat untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan di Indonesia.

Apakah pertemuan ini bermaksud Nurul Izzah mahu membuat institusi pluralisme di Malaysia sama seperti Universitas Paramadina?? Atau apakah ini petanda bahawa pemikiran Pluralisme merupakan ancaman baru yang berterusan walaupun hayat politik Anwar telah tamat tempoh di Malaysia ??

Sepertimana yang telah diketahui bahawa "Pluralisme" merupakan fahaman yang paling disukai dan disokong oleh Amerika untuk dilaksanakan di mana-mana negara Islam. Pluralisme disenaraikan sebagai perkara wajib yang harus disebarkan dalam agenda demokrasi Amerikanisasi untuk menguasai dunia Islam.

Melalui fahaman Pluralisme ini, akar-akar fundamental agama akan lesap yang akan memudahkan gerakan "Project The New American Century" berjalan dengan lancar untuk menjajah dunia.

Agama Islam merupakan ancaman kepada barat kerana mengandungi jihad yang menghalang terlaksananya empayar barat dalam era globalisasi ini. Melalui Pluralisme, konsep Jihad akan dimatikan yang akan menyebabkan penjajahan baru bermula. Inilah Projek Amerika masa kini yang meletakkan Pluralisme sebagai elemen penting dalam "Hidden Agenda"

Apakah kes liwat Anwar menunjukkan bahawa Anwar dinilai akan mati karier politiknya?? Tidak!!! Kerana politik dan falsafah pluralisme ini akan bertukar tangan kepada Nurul Izzah dalam agenda pluralismenya di Malaysia..

Jikalau melihat cara dan perwatakan Anwar yang menghantar anaknya belajar di University Geogetown dan menghantar Nurul Izzah berjumpa dengan Anis Baswedan jelas menunjukkan bahawa pewaris sebenar Anwar dalam politik dan juga meneruskan agenda barat di Malaysia tidak lain tidak bukan adalah Nurul Izzah.

Nurul Izzah merupakan postgraduate master dalam International Relations from John Hopkins University. University ini kerap kali mengadakan forum yang bersangkut paut dengan fahaman Pluralisme.

Nurul Izzah juga telah diberi biasiswa penuh oleh golongan neo-con perisikan Amerika untuk menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University. Ini samalah seperti bapanya Anwar yang merupakan bekas pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins.

Kesinambungan fahaman Pluralisme masih panjang lagi kerana Izzah hampir hampir menghabiskan falsafah Pluralisme agama setelah berjumpa dengan orang-orang penting pluralisme di Indonesia dan juga di Amerika. Klik di sini.

Secara Kesimpulannya, perjalanan untuk menentang Anwar masih panjang kerana ia bersambung ketikamana Nurul Izzah akan mewarisi kepimpinan PKR yang akan terus berjuang dalam falsafah liberalisme dan pluralisme yang akan menghancurkan sendi-sendi agama Islam agama rasmi di Malaysia.

Teruskan berjuang!!!!!

Sumber Emang AIDC

MctHeory:
Nampaknya legasi Anwar tidak berakhir bersamanya, bakal disambung oleh anaknya pulak. Adehh laa..