Sponsor

Memaparkan catatan dengan label wan azizah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wan azizah. Papar semua catatan

Sabtu, 27 April 2013

TUDIAA!! Gambar Wan Azizah Dipeluk Jantan Lain? #TolakPR



Mc sebenarnya terkedu juga bila lihat gambar kat bawah ni, siapa agaknya gerangan yang sedang dipeluk tu? Amboih la, sampai macam tu sekali pelukkannya.. ishh laa..


Tau la tugas pengawal peribadi, memastikan individu dijaga sentiasa berada dalam keadaan selamat. Seperti suaminya, Wan Azizah juga dikawal  ketat sewaktu bergerak di khalayak ramai.

Lagipun, tiada langsung faedah mengganggu gugat keselamatan Wan Azizah ni. Umum akur, dia bukan pemimpin berpengaruh besar di Malaysia.

Justeru, jika gambar wanita di bawah itu ialah Wan Azizah, rasanya dia tidak perlu dikawal terlalu ketat sehingga mencetuskan prasangka.

Perlu ada ruang menjamin keselesaan di antara pengawal peribadi bertugas dan Datin Seri Wan Azizah. Khuatir, nanti dia sukar untuk bernafas.

Apapun, saya percaya, kejadian dirakamkan itu tidak disengajakan.


"Bagilah ruang sikit, janganlah dok rapat sangat"

McTheory:
Sayang lagi Anwar kat Wan Azizah noo.. he he..

Ahad, 21 Oktober 2012

TUDIAA!! Amboih Kak Wan Mahai Nampak Beg Tangan!!


Setiap kali puak-puak PKR samada melalui cybertrooper atau SAMM atau ABU atau apa lagi NGO tak berdaftar mencari salah Datin Seri Rosmah, entah apa-apa yang diungkit.

Cincin orang punya pun dikatakan Rosmah punya. Baju dan pakaian diungkit. Barang kemas yang tak berjenama dikatakan barang mahal. Beg tangan pun nak dijadikan isu.

Hai ... shopping kan adalah fitrah tuhan atas jantina wanita. Itu pun diungkit.

Baiklah masa Wan Azizah jadi isteri Timbalan Perdana Menteri tu pakai beg Chanel. Lihat contoh model di atas.


Berapa ribu agaknya Kak Wan beli? Oh ... tak beli, orang hadiah? Baik ... siapa hadiah? Kenapa dia hadiah? Ada apa-apa sebabkah dia beri hadiah?

Mahu lagi panjang cerita, boleh kita godeh gambar-gambar lain untuk cari pakaian Zegna Dato Seri. Satu set berapa ribu? Berapa set ada?

Keluar penjara boleh beli rumah RM7 juta. Rumah Damansara jual berapa dapat? Cukupkah untuk bina rumah Segambut.

Nak ungkit, boleh kita lawan ungkit.

The Unspinners

Jumaat, 20 Mei 2011

KASI PANAS!! ANWAR DAN WAN AZIZAH DI CABAR!! - Ezam


KUALA LUMPUR Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

•Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

•Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

•Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

•Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara

Seterusnya baca SINI

Jumaat, 6 Mei 2011

WAN AZIZAH DAN ANWAR BAKAL BERPISAH?? Kisah Nurul Izzah


Beberapa orang teman AMK sudahpun bertemu dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di sebuah tempat di Bangsar Village baru-baru ini. Pertemuan ini adalah pertemuan biasa, kaedah Izzah dalam memastikan dia tidak terlepas pandang kepada kawan-kawan lama yang selalu menyokongnya di Lembah Pantai. Rakan-rakan AMK inilah yang setia bersama Izzah dalam hujan dan panas. Dalam susah dan senang. Dalam suasana tenang atau gawat.

Kepada ramai rakan-rakan PKR yang masih muda; PKR bukan lagi soal Anwar dan Kak Wan sahaja. Mereka mahu Izzah diberikan peranan yang lebih besar dan mampu menjadi ‘torch-bearer’ kepada perjuangan PKR. Izzah banyak berterima kasih – dan menganggap rakan-rakan sukarelawan PKR Lembah Pantai inilah yang menjadi sumber kekuatannya dalam parti. Memang kumpulan ini tidak memegang jawatan dalam parti. Mereka lebih mudah memainkan peranan sebagai pembantu luar.

Dalam pertemuan kecil itu, seorang rakan lama Izzah menanyakan soalan yang agak sensitif. Apakah Izzah tidak risau dengan tersebarnya video seks pada ketika ini? Izzah mengakui dia risau. Izzah lebih risau bahawa ‘rakaman’ tersebut akan merosakkan hubungan ayah dan ibunya. Izzah tidak pernah pun mengatakan insiden tersebut adalah suatu FITNAH JAHAT, KONSPIRASI UMNO dan sebagainya. Izzah selalu refer kepada video tersebut sebagai ‘rakaman’. Tak tahu kenapa. Malahan, Izzah selalu mengingatkan kawan-kawan bahawa sebagai manusia biasa – kita biasa sahaja melakukan kesilapan. Kita lemah. Kita selalu terpesong dengan dosa dan noda. Kawan-kawan terpaku dengan kenyataan Izzah. Apa maksud TERSIRAT Izzah?

Nak tahu kenapa? klik SINI

McTheory:
he he he.. suspen.. ke? 

Rabu, 4 Mei 2011

SIDANG MEDIA TERGEMPAR WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH!! apa cer.. ni?


Sidang Media Datin Seri Wan Azizah dan Yb Nurul Izzah
Tarikh  : 4 May 2011
Jam      : 2 Petang
Tempat : Ibu Pejabat PKR di Tropicana


Isu: Menjawap Fitnah Tuduhan Video Seks terhadap Dato Seri Anwar Bin Ibrahim dan menunjukkan Jam Tangan Omega. Semua di jemput Hadir.

Mc taknak komen apa-apa, tak adil jika kita membuat andaian tentang apa yang mereka akan cakapkan. Menunjukkan Jam Omega tu yang pelik sikit. Setelah sekian mana bertanya, baru kini tergerak hati nak tunjuk? Origenal kah? Atau Fake mari.. heh..

McTheory:
Kita lihat siapa yang kena..

KASI PANAS!! CERITA MENARIK LAKONAN SEDIH WAN AZIZAH!! - Hanafiah Man


McTheory:
Tengok ler sendiri.. he he he.. betapa keldainya Wan Azizah..

Rabu, 20 April 2011

OMEGA HANGUS!! ANWAR PERNAH DISERANG DENGAN PARANG OLEH BAPA WAN AZIZAH?


Lelaki ini satu ketika dahulu pernah merayu kepada Anwar agar mengembalikan anak beliau yang dibawa lari ke Siam untuk melangsungkan pernikahan. Lelaki ini pernah menyumpah tindakan Anwar yang merampas anak puterinya tanpa izin beliau dan isterinya pada ketika itu. Malah lelaki ini lebih mengetahui keperibadian Anwar yang sangat bongkak dan ego untuk mendapatkan anak beliau sebagai seorang isteri. Wan Ismail hari ini kembali menanggung keperitan anak beliau, terpaksa menyokong Wan Azizah mengambilkira kezaliman yang telah dilakukan oleh Anwar ke atas Wan Azizah. Namun, jauh di sudut hatinya, jika masa boleh kembali berputar ke belakang, sudah lama beliau bertegas melarang anak puterinya bersama2 dengan Anwar.

sambung baca SINI

McTheory:
Dramatik benar, percintaan diorang, sampai berparang-parang.. heh!

Isnin, 11 April 2011

AZIZAH TAHU SISI GELAP ANWAR!! - Ezam



Senator Ezam Mohd Nor mengesahkan bahawa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetahui kegiatan sisi gelap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sengaja menutup mulut supaya tidak diketahui umum.
Kenyataan itu dinyatakan oleh Ezam ketika diwawancara ChannelOne1TV ketika bertanyakan petikan buku “Malaysia Without Malay”, SH Alattas, JB News Media Network, 2009 yang menyentuh berkenaan perkara tersebut.

Dalam bab ” What Wan Azizah Told Ezam ..?”, buku itu, SH Alattas bertanyakan Ezam, benarkah dakwaan yang mengatakan beliau telah diarahkan Azizah untuk menyiasat aktiviti Anwar di rumahnya semasa ketiadaan isterinya itu. Seterusnya sambung baca klik sini

Nampaknya Azizah bersubahat membohongi rakyat untuk menjaga air mukanya dan Anwar. Betapa kejinya perempuan ini apabila masih sanggup bersama peliwat dan pelanggan pelacur. Hmm.. Masyallah..

P/s: isteri ke apa ni?

Mctheory:
Dengar kata mereka ni tidur bilik asing-asing.. benar kah?

Jumaat, 8 April 2011

CERITA MENARIK TENTANG WAN AZIZAH!! ada apa dengan Wan Azizah?

perempuan ni pandai berlakon air mata!!




Selepas saja sidang media kontroversi penafian Wan Azizah mengenai video Anwar dan terkantoinya Wan Azizah dikhalayak ramai apabila dia gugup untuk menjawab soalan mengenai jam Omega Anwar. Rakyat Malaysia umumnya telah mengetahui bahawa Wan Azizah ini bukanlah seorang perempuan yang baik (seperti dilihat). Imejnya yang bertudung, mungkin hanya untuk menonjolkan imej baiknya dimata penyokong serta ahli PKR yang lainnya.

Ini kerana sejarah lalu mengajar kita, apabila Wan Azizah sering dipergunakan Anwar untuk menagih simpati dan kasihan dari rakyat Malaysia. Bermulanya penubuhan parti KeADILan, hinggalah wujud gabungan PRM dan KeADILan menjadi PKR. Wan Azizah juga pandai berlakon, mewujudkan sandiwara semasa Anwar di penjara hinggalah Anwar dibebaskan.

Masih ingat dengan kisah Anwar dicucuk HIV? Anwar disuntik arsenik? Siapa yang menghebohkan semua ini kalau bukan Wan Azizah. Kisah itu sudah lepas 10 tahun pun, tapi Anwar masih lagi sehat, hidup bahagia. Siap boleh balun amoi lagi. Lakonan demi lakonan untuk mencari sokongan politik demi Anwar, amatlah menjengkelkan. Mungkin rakyat Malaysia terpaku dan terlupa mengenai apa yang telah Wan Azizah lakukan untuk Anwar. Tapi masih ramai yang sudah sedar mengenai topeng imej solehah yang dipakai oleh Wan Azizah. Hinggakan suami meliwat dan berzina pun, masih lagi dibela.. Masyallah..

Klik sini untuk baca cerita yang lebih menarik mengenai Wan Azizah dan Anwar al-Juburit.

P/s: Wan Azizah dah pergi Sarawak untuk berkempen..

Mctheory:
Dengar kata ceramahnya hanya dihadiri seramai 15 orang je.. betul ke? kah kah kah..

Rabu, 23 Februari 2011

GAYA HIDUP MEWAH ANWAR DAN AZIZAH DI PERTIKAIKAN!!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.

NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailBagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.


sumber sini.

P/s: mahalnya beli baju.. gila shopping betul ni..

Mctheory:
Dok kata orang boros, depa pun sama boros jugak!!