Jumaat, 12 April 2013

PANASS!! Pengerusi Dap Johor Kata, Guan Eng Pilih Calon Dap Johor Dalam Keadaan Mabuk! #PRU13 #TolakPR


Mc sebenarnya nak tergelak dengan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang mendakwa setiausaha agung parti Dap, Lim Guan Eng, memilih calon Dap di Johor dalam keadaan mabuk dan tidak waras. Kerana mengikutnya, banyak calon yang tak betul!

Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti, dan salinannya dihantar kepada anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan wakil rakyat parti itu, dia membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti.

Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas.

Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Dr Chen, dalam jawapannya, mencadangkan Guan Eng mengkaji semula calon di Johor bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima semua.

"Malang sekali kerana tidak ada perbincangan apabila DAP memutuskan pembahagian kerusi, berbeza daripada yang dicadangkan oleh jawatankuasa pemilihan negeri," katanya lagi.

Kalau benar seperti yang didakwa oleh Dr Boo, ini bermakna Dap bukan parti yang serius untuk menjaga rakyat. Semuanya dibuat tergesa-gesa dan tangkap muat. Kalau ahli Dap sendiri tak yakin dengan Dap. Macam mana rakyat boleh yakin?

Jangan-jangan, dia perintah Penang pun agaknya sambil mabuk la kot? he he..


McTheory:
Patut la asyik salah saja.. sampai bini pun salah.. he he

2 ulasan:

Awanama berkata...

aiyaa..lia mmg mabuk pun tu..huhuhu

Awanama berkata...

ganu007-terengganunegerku.blogspot.com