Jumaat, 13 Jun 2014

HOT!! 3 Menteri Besar Harapan Rakyat Malaysia? #HanyaDiKedah

3 Menteri Besar harapan rakyat?

KERJA menteri besar (MB) tidak terlepas daripada dipantau rakyat sebagaimana mereka melihat kuman menggunakan mikroskop. Lazimnya mereka dikait pelbagai tuduhan liar tidak berasas. Mereka dipersalahkan terlebih dulu sebelum muncul fakta kes.

Selain Selangor, MB mewakili negeri kecil juga tidak terkecuali. Gara-gara masalah membabitkan kolam renang di sukan Sukma tempoh hari, tempiasnya turut terkena MBnya, Azlan Man.

Setakat ini yang teruk kena belasah ialah Abdul Khalid Ibrahim. Ini kerana harapan tinggi rakyat terhadapnya selaku MB mentadbir sebuah negeri penting seperti Selangor. Ia kemudian mendorong Anwar Ibrahim mahukan jawatan itu cuma keputusan mahkamah tinggi yang tidak memihaknya.

Kes Abdul Khalid agak klasik kerana ia satu-satunya MB yang mewakili PKR. Berbanding Abdul Khalid, tokoh jauh lebih layak menjadi MB ialah Azmin Ali tetapi malangnya dipinggirkan.

Mantan MB Kelantan tak banyak buat sesuatu yang signifikan namun lebih bernasib baik daripada penggantinya. Ini kerana rakyat Kelantan mahukan ulama berbanding teknokrat. Bagi mereka, kemajuan tidak harus diukur dengan berapa tingginya bangunan dan sebagainya.

Keadaan di Terengganu lain pula. Isu Ahmad Said digantikan dengan Ahmad Razif Abdul Rahman, Adun Seberang Takir gara-gara prestasi BN dalam PRU13. Jika bukan kerana dua kerusi memihak BN, hari ini Paa sudah pun kembali memerintah.

Kedudukan di Pahang dan Negeri Sembilan terus menarik perhatian kerana sebelumnya terdapat spekulasi kedua-dua MB itu bakal diganti. Melaka pula, sejak Idris Harun dilantik ke jawatan Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam tidak ada masalah.

Sedang semua negeri dibayangi pelbagai masalah tiga MB yang secara relatifnya masih muda menjadi perhatian umum. Yang dimaksudkan ialah Mukhriz Mahathir (Kedah), Khaled Nordin (Johor) dan Dr Zambry Abd Kadir (Perak).

Khaled baru terbabit dalam kontroversi apabila kerajaan negeri meluluskan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). Ia memberi kuasa Sultan Johor dalam hal berhubung perumahan dan tanah di negeri itu. Namun Majlis DiRaja Johor dalam kenyataan menyangkal Tuanku akan campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran seperti digembar-gemburkan media pembangkang.

Khaled dilihat mempunyai sebab menyokong penglibatan Sultan Johor terutama dalam isu pemilikan hartanah dan rumah rakyat. Selama ini orang asing selain membolot kekayaan di Johor pada masa sama menjadikan negeri ini sebahagian daripada padang permainan.

Andaian jika golongan pegawai kanan boleh dibeli kita yakin dengan kemasukan pihak istana, keadilan dapat ditegakkan. Khaled mengambil pendekatan pro aktif dan bukannya membodek Tuanku. Reformasi yang bakal berlaku di negeri itu akan memanfaatkan rakyat Johor.

Di Kedah, kedudukan Mukhriz jauh lebih selamat. Dia diterima baik Umno, Pas mahupun rakyat atas pagar. Kerana faktor Mukhrizlah maka dalam PRU13, BN Kedah kembali memerintah.

Laluan Dr Zambry tidak seperti dirintis Mukhriz kerana tokoh ini sentiasa dibayangi krisis kejatuhan kerajaan PR Perak yang berusia 11 bulan pada 2009.

Sejak awal pentadbirannya, tiada kata-kata baik kedengaran. Ia dituduh terlibat menjatuhkan kerajaan PR secara tidak demokratik. Dalam sidang Dun Perak pun ada wakil DAP secara terbuka menyebut “kerajaan haram... rampasan kuasa.”

Sejak awal lagi, bukanlah kerja mudah menarik semula sokongan pengundi Melayu serta mereka yang di atas pagar. Sebagai pemimpin beliau tidak terIepas daripada dikritik. Isu terbaru mengenai Dr Zambry dituduh hilang masa PRK Teluk Intan manakala kelopongan itu terpaksa diisi tokoh-tokoh lain.

Yang mengkritiknya terlupa menjelang hari pembuangan undi pada 31 Mei, Almarhum Sultan Azlan mangkat. Beliau berulang alik dari Ipoh ke KL sebelum turun ke Teluk Intan. Selesai majlis tahlil di Istana Bukit Chandan dan sampai saja di Teluk Intan, orang lain sudah diulit mimpi.

Setakat ini tiga MB ini dikenal pasti sebagai pemimpin harapan rakyat atau pemimpin masa depan. Mereka tidak akan kekal di sini selamanya kerana tugas ini bersifat sementara menunggu ditarik pula ke pusat.

Mereka tak ubah seperti putera mahkota yang dipersiapkan supaya suatu masa nanti bila berlaku peralihan kuasa ia berjalan dengan baik dan terurus.

Sama ada mereka berjaya melalui dugaan politik, ia adalah takdir ketentuan Ilahi. Mereka hanya merancang tetapi di tangan rakyatlah sama ada masa depan mereka cerah ataupun sebaliknya.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat em bee dr bee end ni boleh mengharap je ler. Yang dok nampak tak denye berjuang ikhlas untuk agama kecuali untuk tumpang nama.

Walaupun mereka boleh berubah, tapi asal bawah bee end memang susah nak jadi realiti.

Mereka ni kalau betul ikhlas kena letak jawatan join Pakatan.

Lihat em bee Pakatan yang sudah terbukti kebanyakannya bersederhana. Mereka pun bekerja keras ke serata tempat dan tiada kepentingan peribadi. Pemimpin Islamnya walaupun ada salah silap tapi bab agama nombor satu.

SentiasaPanas berkata...

Politik.. seperti biasa kotor dan menjijikkan..

Tanpa Nama berkata...

beserdahana la kalo guan eng tukar keta ikut suke je...nik aziz pn mewah gak keta beso nye...tu ke sederhana...

Tanpa Nama berkata...

PAKATAN HARAM JADAH NI CKP PASAL UGAMA MEMANG NO SATU TAPI SEMUA HAMPEH.KAKI LIWAT KAKI MAEN BINI ORANG MENUTUH DLM HOTEL TAYANG SEPENDA. KAKI SIS CREAM DLM JAMBAN MAEN CINA DOL MCM2 ADA. YG BAGI KAUNSELING BINI ORANG DLM BILEK PUKUL TIHA PAGI PUN ADA. MCM2 USTAZ ADA.
KALAU PASAL RASUSH PULAK LAGI HEBAT. BARU PEMILIHAN PARTY DAH HURUHARA ANGKARA RASUAH SAMPAI MENGAMOK2.
MUNAFIK SEMUA.

Tanpa Nama berkata...


Ada lagi bro. Dari tua kutuk sampai budak2 semua sama. Tu yg ada budak2 rasuah ais kream pd pensyarah.
Nama pun pakatan haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

macai masuk lagi.. macai PASngok..
syok sendiri laaa.. xdak sapa nk heran PR akan lenyap xlama lagi. Sokong BN!

Tanpa Nama berkata...

Malang nya bab maki hamun pon
no 1....
islam no 1 tu ko sorang je perasan..

Tanpa Nama berkata...

Em bee Pakatan guna kereta beso utk kegunaan rasmi. Kalu dia guna perodua, lagi cepat bee end jatuh.

Beb, penyokong Pakatan pun tak nak pemimpin sakit belakang naik kereta kecik kesana kemari.

Itu pun setakat kereta je beso, tak de ler naik jet suka2.

Pemimpin Pakatan berbaloi utk dijaga.

Mereka tak rasuah. Kalau ada pun peringkat bawah je. Yang ada dalam hati mereka kasih sayang pada bee end.

Tanpa Nama berkata...

NAK CKP UGAMA NO SATU KUNON. PEMIMPIN SIAPA UG KENA PENJARA KES LIWAT TUKANG BANCOH KOPI ? TAKYAH TANYA LAGI AR PSAL DTEBAR BINI. ADIK ANGKAT. DLM LIBRARY KT UMAH HARI JUMAAT. PAS TU G SOLAT KT MESJID PULAK.
PEGI INDON BAGI CERAMAH UGAMA.
PAKATAN HARAM JADAH APA NI ? ? ?

Tanpa Nama berkata...

Bab rogol pon no 1 dlm donia...
mana boleh pecah rekod
35 lawan 1 beb...hanya negeri pakatan saja yg pegang rekod ni..
islam la sangat...

Tanpa Nama berkata...

Ko mabok ke apa..

Tanpa Nama berkata...


SAPA KATA YG DLM PAKATAN HARAM TU UG RASUAH PERINGKAT BAWAH MCM KAM ? ? ? KALAU PERINGKAT BAWAH TAPAK KAKI MCM KAMU AMEK RASUAH MASA PEMILIJAN PARTY YG ULOK SAPA ? ? ?AKU MALAS NAK CAKAP. MALU. YG ATAS TAPAK KAKI LAGI DAHSYAT RASUAH. TAK PAYAH CKP SATU SATU. YG BARU NI AFA LAPURAN POLIS PD NYONYA SELEWENG DUIT PARTY RM 117K TU AMENDE BEB ? ? ?
YG NAEK JET PEGI SABAH SERAWAK SAPA BEB ? ? ? EH. . .MALU AR CKP TAKDA FAKTA. HENTAM KEROMO.
BEB LU MUNSFIK KA ATAU KAFIR HARBI ? ? ?

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.50. Kalau ko percaya hukum dunia bab liwat ni, tak bleh buat ape ler sebab ko mungkin tak faham hukum Islam sebenar. InsyaAllah ko akan sedar satu hari nanti bila anak2 ko diberi petunjuk.

Dah ramai anak muda skong Pakatan walaupun mak bapak mereka bee end tau.

Cerita jenayah kat negeri pakatan memang mungkin strategi baru parti yang berkawan dengan syaitan. Jenayah bukan kat situ ja. Satu negara ada masalah. Pokoknya siapa YANG MEMEGANG KUASA PENUH YG BERTANGGUNGJAWAB MENGATASI MASALAH. bEE ND LAH.

Berapa banyak pemimpin pakatan ada duit nak rasuah. Rasuah datang dari luar ler yg nak hancurkan pakatan... Lagipun dah banyak kes rasuah cuba di kaitkan dengan Pakatan.

Namun satu pun tak lekat walaupun menggunakan kanta paling besar nak mengesannya.

Yg dah banyak lekat kes tapi tak bersalah dari bee end lah. Projek rugi juta2, hantu yang curi.....

Nak pakai fakta? Betul gak kata bekas pee em kata yang cerdik dah join Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

DAH RAMAI ANAK MUDA DOKONG PAKATAN ? ANAK MUDA MCM KETURUNAN LU AR.
PADAN TELUK INTAN BARU NI DAP MENANG. DAPST NO 2.
TAPI SEKARANG MALAYSIA PSKATAN PERENTAH DLM MIMPI JE AR YE.
KO TAK PEGI SEMBAHYANG JUMAAT KE ? OH AKU LUPA LU BOLEH SEMBAHYANG TEPI TIANG JE KAN. SORY LA. SAH LU KAPIR HARBI.

Tanpa Nama berkata...


Tak usah mimpilah macai pakatan haram jadah yg tak lama lagi bersepah.
Kah kah kah. . .

Tanpa Nama berkata...


FUCK U BASS MUSIC

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang muda balik kampung hari tu. Dah tentu Dyana menang.

Tapi bagus gak kalah. Bior lebih lali geng bee end dengan penipuan. Lagi banyak bee end menipu lagi senang sikit Pakatan menang pru nih.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan boleh perintah dlm mimpi je la...

Tanpa Nama berkata...

Peliwat Rakyat keja nya angan2 kosong ja la...
tak apa...berangan free tak kena bayar....

Tanpa Nama berkata...


Kalau. . .kalau. . . Kalau. ....

KALAU AKU KAYAAAA. . . . . .

Kah. . . .kah. . . .kah . . .

Tanpa Nama berkata...


Tapi bagus gak kalah. . .

PADAN MUKA AKU. . .

Dah kalah. . .kalah ar.