Rabu, 4 Jun 2014

HOT!! Cadbury Sahkan Sememangnya Coklatnya Halal!! @CadburyMY

Betul ke halal ni?

Kenyataan media dari pihak Cadbury Malaysia.



Jakim juga sudah mengesahkannya.. betul ke?


JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari mengesahkan bahawa dua produk Cadbury yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi bebas daripada unsur haram itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas contoh produk tang diambik dari kilang pengeluar.

Katanya, ia membabitkan kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang akhbar tergempar, semalam.

Cerita ni boleh sambung baca pada LINK bawah ni, untuk mengetahui cerita sebenar..

6 ulasan:

Jakimtipu berkata...

Dalam JAKIM tu 99% Ostad Pro-PAS dan PR. Puak ni ego sombong dan tak boleh disentuh. SOP mereka buat ujian makmal pun tak betul mereka nak pertikai KKM yang memang dlm bidang tu.

JAKIM ni pusat ternak ostad ostazah PAS, jadi jenis PAS ni bukan boleh harap dan percaya. Tambah2 kalau melibatkan WANG.

Elok audit dulu JAKIM, SOP halal mereka sebelum cakap apa2. Siapa yg duk audit JAKIM selama ini? Apakah ostad2 PAS haram dlm JAKIM ni maksoom? bebas kesalahan sehingga terjadi kes ini masih nak salahkan KKM.

Sepatutnya siasat semua sample. Man aboleh ambil dikilang semata2 krn pengguna akan beli coklat tu di kedai atau pasaraya bukan di kilang. So siapa nk jamin halal selepas keluar dr kilang?

Bodoh JAKIM ni.. belagak sombong lepas tu panik nak salahkan org lain. Bila dengar radio IKIM.fm bukan main ostad2 JAKIM ini mengutuk Krjn, menyindir org itu org ini. seolah2 mereka tu ahli syurga maksum.. so skrg Tuhan bg ujian, jaga makanan halal pun FAILED.. ckp je pandai.

Tanpa Nama berkata...

Setuju..jakim tempat rekrut pas.

Tanpa Nama berkata...

Amat menghairankan dan memalukan bagi satu badan yg mengeluarkan sijil halal tidak mempunyai makmal dan expertise sendiri untuk menentukan halal haramnya sesuatu product. Islam itu ad-din, bukan setakat ajar ugama dan keluar hukum saja. Patutnya JAKIM kena ada team scientistnya sendiri. Memalukan umat Islam saja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dalam Jakiiim pun 99% Ostad Pro-PAS dan PR tak bleh buat apa. Kerana ia dipimpin oleh amano.

SEbenarnya tak sampai 99%. Kerana Pro-PAS dan PR tak bleh sampai level pengarah dan seumpamanya. Kena potong nama awal2 la kalau nak sampai level tinggi.

Jabatan Islam pun bukan ada kuasa sangat. SEbab tu masalah soSIAL banyak sangat kat negara ni.

Tanpa Nama berkata...

Alasan semua ini..bila dapat tanggungjawab,xdapat laksana..salahkan umno..sebenarnya hampa yang xboleh buat kerja..sebab sibuk atur majlis ceramah,berebut2 nk ceramah dan akad nikah sebab masuk duit..haha itulah minda org jakim dan main hari ini..sebab apa?didikan yang songsang,menghasilkan buah yang masam..

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nk selesai masalah sosial..hampa ust2 jakim yg berebut crmh tu,pergi ceramah hentam kerajaan,bukan ceramah mendidik dan mentarbiah ummah..bila mulut ust pun macam longkang,mulut org awam mcm kumbahan najis,mau salah sapa? Ulama kata "ulama ini umpama garam,yg menyedapkan makanan'..jd..yg rosak masyarakat sebb rosak ust2 jakim duk ajar masyarakat dlm ceramah2 politik kamu la..didikan pada fb2 kamu,kelas2 kamu dll.