ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam. |
Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.
Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.
Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.
“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.
Namun alhamdulillah semuanya selamat kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang mandi ketika itu.
Semua mangsa diselamatkan oleh pihak bomba untuk keluar dari air terjun berkenaan.
1 ulasan:
SYUKUR ALHAMDULILLAH keluarga Islam/Melayu kita ini selamat!
Makcik Sambal Belacan.
Catat Ulasan