Khamis, 19 Jun 2014

HOT!! Lagi Peringatan Pada @cmLimGuanEng Jangan Campur Urusan #Kedah!! #HanyaDiKedah




Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah? Itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.

Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf.

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta.



Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat.

Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail memberi peringatan supaya menghentikan gelagat 'kiasu' yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri.

Sikap 'kiasu' Guan Eng dilihat semakin menjadi-jadi sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan cadangan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

"Sejak itu, nampak sangat dia (Guan Eng) tidak senang duduk. Saya sendiri pun tak faham sebab apa dia jadi begitu kalau bukan kerana 'kiasu'. Orang 'kiasu' ni memang macam tu, tak boleh tengok orang senang. Dalam kata lain, dia cemburu atau iri hati.

"Sebab itu dia bantah kita bawa permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim," katanya.

Istilah 'kiasu' mengikut dialek Hokkien bermaksud takut kalah.

Ku Abdul Rahman berkata, cadangan Kedah mahu bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim sama sekali tidak akan menjejaskan Pulau Pinang yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

"Ini kerana mengikut kajian, LTABL akan capai tahap tepu atau kapasiti maksimum dalam tempoh dua tahun lagi dan jumlah kargo pula kian menurun setiap tahun. Ertinya zon utara memerlukan sebuah lapangan antarabangsa yang baru.

"Persoalannya di mana?

Dengan keadaan lalu lintas yang begitu sesak di Pulau Pinang walaupun sudah ada jambatan kedua dan masalah tanah yang terhad, kita kira yang paling sesuai adalah di Kulim.

Walaupun dia (Guan Eng) sebut Pulau Pinang paling banyak dapat FDI (Foreign Direct Investment atau Pelaburan Langsung Asing) tahun lalu, apa salahnya kalau kita nak majukan Kulim?.

"Kita sudah ada Taman Teknologi Tinggi di Kulim yang kita boleh tawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelabur dengan adanya lapangan terbang antarabangsa. Ini usaha kita, apa pula masalah dia?," katanya.

Ku Abdul Rahman berkata, pencapaianekonomi Kedah pada masa ini juga sudah mengatasi Pulau Pinang berdasarkan jumlah pelaburan pada suku pertama 2014 di mana negeri itu berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4 bilion di bawah Sarawak yang mendapat pelaburan RM7.3 bilion.

"Pulau Pinang hanya berada di tempat kelima dengan pelaburan RM831 juta, apa yang dia nak angkat diri sangat?," katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang juga tidak seharusnya berasa terancam jika cadangan pembinaan lapangan terbang itu direalisasikan kerana LTABL akan kekal dengan kedudukan sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri itu.

"Pelancong asing memang ramai ke Pulau Pinang dan tak akan terjejas. Saya yakin," katanya.

Mengenai lokasi, Ku Abdul Rahman berkata, nampak jelas sikap 'kiasu' Guan Eng yang menuntut LTABL dinaik taraf termasuk penambahan landasan malah bersedia menambak laut untuk mengatasi masalah tapak yang terhad.

"Mengapa perlu tambak laut sedangkan kita di Kedah tidak ada masalah itu. Tambak laut memerlukan kos lebih tinggi sedangkan manfaat penggunaannya mungkin hanya meningkat sedikit.

Di Kulim, tak perlu semua itu (tambak laut) sedangkan kita akan dapat lapangan terbang baru yang boleh memangkin peningkatan ekonomi berlipat kali ganda bagi zon utara termasuk Pulau Pinang sendiri.

"Soal tapak kita tak ada masalah kerana kita ada ladang kelapa sawit seluas lebih 6,000 hektar untuk tujuan itu. Tak perlu tambak laut yang boleh menjejaskan alam sekitar," tegasnya.

Katanya, Guan Eng tidak perlu masuk campur apa lagi meletak syarat kerana soal kelulusan bukan di tangan beliau tetapi Kerajaan Pusat.

"Apa perlu dia sebut pasal syarat? Itu menunjukkan dia takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kita bukan nak berlawan dengan dia pun. Kita fikirkan kepentingan negara, bukan Kedah semata-mata macam dia yang hanya fikir hal Pulau Pinang.

"Kita yakin lapangan terbang baru ini boleh bawa manfaat besar bukan kepada Kedah saja tetapi Perak dan Pulau Pinang ," katanya. Ku Abdul Rahman turut menempelak sikap Guan Eng yang menurut beliau, bukan daripada jenis jiran yang baik.

"Kalau dia jiran yang baik, dia tak akan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Kita nak bawa kebaikan kepada rakyat, mengapa dia nak bantah?

Dia lupakah selama ini kita (Kedah) sudah banyak berkorban untuk dia, korbankan hasil balak kita untuk jaga empangan pastikan dapat terus hantar air ke Pulau Pinang.

"Mereka tak bayar pun sedangkan di negeri lain, semua kena bayar. Pahang hantar ke Selangor kena bayar, Melaka pun bayar kepada Johor. Singapura juga bayar kepada Johor," tegasnya.

Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

3 ulasan:

Awanama berkata...

Tak habih2 berangan orang Melayu Kedah ni. Tapi yang semakin cangih bukan Melayu, tapi bangsa lain yg dituduhnya penceroboh.

Tengok kedai makan Melayu dah le. Berapa je yg tingal dan maju. Yang makin maju.... kedai mammak, kfc, mcd dan lain2 kedai bukan Melayu. Kedai Melayu kat kawasan Melayu baru bleh hidup.

Generasi Melayu dulu ramai kat Alor Setar. Generasi sekarang terpaksa lari ke Sungai Petani atau Jitra.

Generasi Melayu Kulim dulu dan sekarang bolehlah lagi tinggal kat situ sebab rumah 5-10 tahun lepas masih murah. Lepas ni generasi seterusnya nampak gaya kena lari ke Baling pulak la... Emmmm...

Itupun tuduh orang tak sedar diri... Lawak bomoh betullah....

Awanama berkata...

hang ni pekak ka apa.. dlu Alor Setar banyak Cina la Melayu yg banyak.. Cina lari pi SP.. Jitra Melayu ramai.. yg melayu sikit di Penang lari mai Sbrg Prai..

jgn duk pemuhong kalau taktau... sbb tu dliu KUIN di zaman BN bina di Alor Setar nk bg ramai anak2 Melayu berada di Alor Setar..tp PAS bongok dn bodoh pi ubah ke tempat lain..

Awanama berkata...

Anon 10.40. Banyak sikit bukan kita tengok kat diri orang tu. Kita tengok kat hak milik tanah orang tu.

Berapa banyak rumah baru naik atas tanah Melayu dah bertukar hak milik? Melayu beli pun rumah teres 1 tingkat atau flet je. Tu pun ada yg dah mula jual sebab tak mampu bayo.

Kalau tengok kat orang Melayu sendiri, memang ramai kat pekan. Tapi ramai jadi penagih dan peragut termasuk peragut duit rakyat.

Betul Cina lari pi SP? Kalu betul sah Melayu generasi seterusnya kena lari ke Baling join Melayu Kulim.

Tolong fahamkan erti GENERASI SETERUSNYA.

Bang ko masih di alam mimpike??? Melayu ramai lari dari pulau pinang tu zaman bee end lerrrrr. PAKATAN bru berapa tahun je perintah.

Kah2 jangan sebut kes KUIN ler. Semua cerita kroni bee end je yg buat serabut dulu. Nak buat universiti kat Alor Setar? Banyak duit hampa nak maintain di situ?
Tu universiti kroni bee end pun dah nak bankrap hampa memang tak sedarka?

Kalau betul be end baik sangat, dah lama Melayu Kedah tak ramai miskin macam sekarang. Time brimmmm, beratur punya panjang untuk belanja setahun katanya....

Ehhh... bekas pee em kesayangan juga yg kata golongan tak cerdik tak join bee nd.