Selasa, 23 Jun 2015

Laksana 'Ops Hippo' Cegah Lori Lebih Muatan



Pada tarikh 20/06/2015 yang lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melakukan operasi yang dipanggil 'Ops Hippo' untuk menangkap lori-lori yang lebih muatan dari sepatutnya. Ini kerana, SPAD sering menerima laporan awam bahawa ada diantara pemandu lori yang memandu dengan membawa lebih muatan, ini boleh mengundang bahaya pada orang lain.

Disebabkan perkara tersebut, SPAD bersama 13 anggota dan seorang pegawai turun di lokasi sekitar Puchong untuk membuat ops tergempar.


Dalam ops tersebut SPAD telah berjaya menangkap 9 buah lori dengan pelbagai kesalahan.

Jumlah Kesalahan,
a. 09 x Membawa Muatan Melebihi Had Yang Dibenarkan.
b. 06 x Membawa Muatan Melebihi Paras Ketinggian Panel Sisi.
c. 01 x Gagal Kemukakan Permit Kenderaan Yang Sah Semasa Diperiksa.
d. 02 x Gagal Kemukakan Salinan Lesen Pengendali dan Permit Perkhidmatan Semasa Diperiksa.

(Total=18 Kesalahan)

Dalam operasi tersebut, sebanyak 9 buah lori ditimbang. Lokasi penimbangan di Taman Meranti Jaya, Puchong. Semua lori ditimbang menggunakan Mesin Timbang Mudah Alih SPAD. Untuk memastikan bahawa lori-lori tersebut tidak melebihi muatan yang dibenarkan.

Peratusan lebih muatan tertinggi adalah 154.10% manakala peratusan lebih muatan terendah adalah 63.96%.



Mengikut maklumat daripada SPAD, operasi yang dilakukan berjalan lancar. Walaupun ada lori yang ditahan melakukan kesalahan, namun ia tidak seperti yang kita jangka.

Operasi sebegini harus kerap dilakukan, kerana ia boleh mencegah dari pemandu lori melakukan kesalahan, sekaligus tindakan lebih muatan ini turut membahayakan orang ramai, sebab itu ia perlu dicegah dengan lebih kerap.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah SPAD ni hanya fokus kpd. lebih muatan kerana aku heran, maslah lebih kritikal ialah, selama ni lori-lori dan bas-bas INDUSTRI-TAMAK boleh pula bebas "zig-zag" kat lorong-lorong laju terutamanya di lebuhraya, melebihi had laju sampai disyaki punca utama penyebab kemalangan jlnraya yg. amat BUAS, yg. disyaki asyik MENGORBANkan majoriti mangsa disyaki dari umat Islam/Melayu; hampir harian! Mana Menteri utk melawat depa, terutamanya mangsa-mangsa dari org. MISKIN, terutamanya penunggang MOTOSIKAL?! Begitu juga, tidak cukup lampu BESAR dan BANYAK, dan penghalang di belakang lori utk. memberi cukup amaran dari jauh kpd. pengguna lain (teramsuk apabila berhenti sewenangnya di tepi jln.). Dan juga lori-lori serta bas-bas yg. sengaja MEMECUT bila pengguna lain mahu memotong disebabkan pemandu lori/byas idsyaki GANGSTA atau KHAYAL dgn. DADAH (untuk berjaga malam terutamanya)/ARAK - sepatutnya setiap pemandu lori/bas disiasat fizikal serta rekod jenayah untuk mengesan GABNGSTA serta pengguna dadah/arak!

Kerana Kem-amat-BANGANG yg. diterajui si MCAcing-KEPARAT tu tak dak buat undg-undg amat KETAT utk. memastikan lori/bas INDUSTRI hanya di lorong perlahan - kerana disyaki takut mengurangkan KEUNTUNGAN pd. PEMILIK/PENGUSAHA INDUSTRI-TAMAK bas-bas/lori-lori - yg. di- MONOPOLI siapa? Kita boleh agak! Biaq rakyat terutamanya umat Islam/Melayu, terus MERANA akibat KEBUASAN lori-lori/bas-bas-INDUSTRI-LAJU-amat BUAS yg. seolah mengamalkan "laws of the jungle"!

Nek Tempoyak.

Tanpa Nama berkata...

"Membawa Muatan Melebihi Paras Ketinggian Panel Sisi."

Tak tahu yang ini satu kesalahan...minta SPAD menjenguk BKE dan Jabatan Pulau Pinang. Setiap hari banyak lori tanah yang menyalahi undang2.

Kerajaan patut cari duit dari syarikat yang menyalahi undang2. Bukannya rakyat yang patuh undang2.