Khamis, 17 September 2015

Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim


Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar



Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, September 16, 2015

Dibawah ini keterangan dari Exco Pelaburan negeri Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

ALOR SETAR: Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.

Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan. Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.

"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini. "Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.

Ku Abdul Rahman berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mampu membiayai projek itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pelabur dari China dan Jepun bagi menjayakannya. "Ini projek jangka panjang untuk membantu kerajaan negeri dan sekiranya cadangan pembinaan lapangan terbang itu tidak dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebelum ini, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam pelan pusingan selepas tempoh dua tahun," katanya.  - MukhrizMahathirfc

1 ulasan:

Awanama berkata...

Cantik...kasi Penang jatuh tersungkur....sombong, angkuh N TOKONG nk rebah...