Sponsor

Memaparkan catatan dengan label berita kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita kedah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2016

Ahmad Bashah Mula Jual Tanah Negeri Kedah?


Siapa tak kenal dengan latar belakang Mat Basah ni, yang sememangnya pakar menjual tanah. Kesnya yang berkaitan dengan tanah Tesco Mergong, menjadi igauan ngeri kepada penduduk disekitar.

Mengenai isu Tanah Kuala Ketil dijual kepada Syarikat asing luar negara ini telah dibangkitkan dalam Sidang Dun dan diakui oleh Kerajaan Negeri sendiri. Mengenai isu tanah Langkawi telah diakui MB Kedah sendiri bahawa telah diluluskan secara prinsip dan mohon tanah pertanian ditukar kepada tanah komersial adalah kenyataan MB Kedah dalam akhbar.

Rakyat Kedah kena sedar isu ni. Jangan sampai menang sorak, tanah tergadai. Bumi dipijak milik orang!


Ahad, 20 Disember 2015

Hati-hati Lakonan Hidup Susah Untuk Buat Duit?

gambar sekadar hiasan

Sekarang ni banyak kes viral orang susah dok dirumah usang yang dah hampir nak roboh. Kemudian diselit dengan ayat-ayat sedih kononnya kerajaan dan agensi tak membantu.

Memang tak dinafikan ada mereka yg benar-benar susah. Tapi ada juga yang hanya buat-buat susah.
Bila dihantar orang untuk buat siasatan (untuk beri bantuan), ramai yang kantoi 'berlakon' susah untuk cari simpati dan buat duit. Maklumlah rakyat Malaysiakan pemurah. Bila diVIRAL kata orang susah, ramai yang buat kutipan amal atau derma untuk membantu.

Kes di Sik, kes di Pendang bahkan di Padang Terap, katanya tinggal dirumah bak reban ayam. Tapi pada hakikatnya, menerima bantuan bulanan dari JKM dan mempunyai sebuah rumah PPRT yang telah dibina untuk mereka sekeluarga menetap.

Apa motif mereka tidak tinggal dirumah yang disediakan tu? Apa motif pulak diVIRALkan rumah lama dalam keadaan daif tapi tidak dinyatakan ada rumah baru yg dibina percuma oleh Kerajaan?

Minta, kita penguna media sosial berhati-hati dalam menyebarkan maklumat, kerana tak semestinya apa yang kita lihat disosial media itu betul. Ada mereka yang menyalahgunakan medium ini dan kebaikan hati rakyat Malaysia untuk mencari makan dengan cara yang salah.

Walaupun tak semua, tapi sekarang ianya kerap berlaku.

Kita Prihatin tapi jangan sampai dipergunakan.

Pesanan Ikhlas Dari Warga Prihatin

Khamis, 22 Oktober 2015

HOT! Jerebu di Kedah Cecah Paling Teruk Tahun ini!




ALOR SETAR, SUNGAI PETANI DAN KUAH CECAH IPU LEBIH 200 (Sangat Tidak Sihat)
Pagi ini Indeks Pencemaran Udara mencatatkan pencemaran udara yang tertinggi dalam tahun ini. 3 kawasan bandar di Kedah IPU nya dalam kategori (sangat tidak sihat).




NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

sumber mukhrizmahathirfc.com/

Isnin, 12 Oktober 2015

Anjing Gila! Kedah Tunggu Nasihat Dari Jabatan Veterinar - DS Mukhriz


Kerajaan Negeri Kedah akan mendengar dan mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing dinegeri ini. 

Menurut Menteri Besar Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir  keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing di negeri ini hanya akan dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Keputusan itu adalah penting katanya, justeru apa jua tindakan pembatalan perlu mendapat nasihat daripada JPV dan tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya oleh pihak tidak berkaitan.

Ketika ditanya mengenai Keputusan dan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang berkuatkuasa 15 Sept, selepas tiada kes gigitan anjing gila atau 'rabies' sejak bulan lepas.

Dato Seri Mukhriz berkata, setakat ini, pewartaan wabak anjing gila di Kedah masih berkuatkuasa.

Semalam, Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Okt lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kejadian itu membabitkan 70 anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (empat), Langkawi (empat), Baling (tiga), Yan (satu), Pendang (satu) dan Padang Terap (satu).


SIdang mendia dibuat selepas berlansung majlis Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini di Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok.

Khamis, 17 September 2015

Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim


Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar



Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, September 16, 2015

Dibawah ini keterangan dari Exco Pelaburan negeri Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

ALOR SETAR: Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.

Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan. Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.

"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini. "Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.

Ku Abdul Rahman berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mampu membiayai projek itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pelabur dari China dan Jepun bagi menjayakannya. "Ini projek jangka panjang untuk membantu kerajaan negeri dan sekiranya cadangan pembinaan lapangan terbang itu tidak dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebelum ini, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam pelan pusingan selepas tempoh dua tahun," katanya.  - MukhrizMahathirfc

Ahad, 5 Julai 2015

Kedah Wajibkan 'Solat Jumaat' Dapat Respon Positif


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau kelmarin bahawa, seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang bermula berkuatkuasa pada 1 Jun lalu, 
untuk individu yang tidak sembahyang Jumaat di Kedah dapat maklumbalas yang positif.

Saksikan video sidang media YAB MB Kedah kelmarin yang mengulas isu berkenaan.


Syukur Alhamdulillah.YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau kelmarin bahawa,...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 4 July 2015
http://www.mukhrizmahathirfc.com/ 

Hargai Pengorbanan Anggota PDRM - Mukhriz


Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Alor Setar.

Dalam ucapan YAB kelmarin, YAB menghargai jasa dan pengorbanan anggota PDRM didalam menjaga keamanan negara. YAB juga memuji Polis Kedah kerana berjaya mengurangkan indeks jenayah dalam suku tahun pertama.

Malah dimajlis tersebut, YAB turut menyampaikan sumbangan kepada balu-balu dan anak-anak polis yang kurang upaya.

Saksikan video yang sempat dirakam.



Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 2 July 2015

Selasa, 30 Jun 2015

Sumbangan Pada 5 Golongan Penting Masyarakat Kita


Seramai 1302 orang yang terdiri dari 5 golongan seperti Mudim, Guru Quran sukarela, Juru mandi jenazah, Penggali Kubur dan Bidan dari Daerah Kubang Pasu telah menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Di Masjid Asun, Mukim Binjai, Kubang Pasu.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir telah menyampaikan sumbangan ini. Kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan Islam Negeri Kedah setiap tahun memberi sumbangan kepada 5 golongan wira tak didendang ini.

Dalam majlis ini juga, Dato Seri Haji Mukhriz telah memberi geran tanah kepada beberapa penerima di Daerah Kubang Pasu.

Selesai memberi sumbangan beliau bersama-sama penerima dan orang ramai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjamaah sebelum bergerak ke Masjid Bukhari Alor Setar untuk solat Isyak dan tarawih.




Turut hadir dalam majlis ini adalah Yb Dato Ahmad Zaini Jaafar, Adun Bukit Kayu Hitam , Yb Dato Rawi Hamid dan Yb Aminudin Exco Kerajaan Negeri Kedah


Rabu, 24 Jun 2015

Isu Pemerdagangan Manusia Bukan Isu Remeh - @MukhrizMahathir


Dalam sidang media YAB MB Kedah semalam, beliau memberitahu, seramai 28 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena pada 29 Jun ini.

Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sebanyak 21 jenazah telah di sempurnakan hari ini yang terdiri dari 19 lelaki dan 2 wanita dalam dua liang lahad. Sebanyak 28 lagi jenazah akan dikebumikan pada 29 jun ini.

Kesemua mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjumlah 106 mangsa, ditemui di kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian dalam satu kawasan kubur besar.

Kesemua jenazah ini dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dan dikebumikan secara berperingkat bermula 22 Jun dan dijangka berakhir sebelum raya puasa.

Semasa sidang media, Dato' Seri Mukhriz mahu semua pihak tidak memandang remeh isu ini dan buktinya 106 mayat mangsa sindiket ini ditemui dalam keadaan menyanyat hati.



Sidang media YAB MB semalam selepas pengkebumian 21 jenazah Rohingya di Kg Tualang Pokok Sena
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, June 22, 2015

Selasa, 9 Jun 2015

Ucapan DS Mukhriz Pelancaran Bulan Pelancongan Lagenda Kedah



Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-rata

Yang Berhormat Dato’ Dr Leong Yong Kong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah / Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India Negeri Kedah

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri

Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan
Yang Berusaha Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri,

Dif-Dif Jemputan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Wakil-Wakil Media dan seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T., pada malam ini kita sekali lagi dapat bersama-sama di Tanjung Chali yang bersejarah di Bandaraya Alor Setar, kali ini untuk meraikan satu lagi usaha menobatkan Kedah Darul Aman sebagai tarikan pelancongan yang hebat.

Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah Tahun 2015 Peringkat Negeri ini merupakan satu usaha transformasi komuniti oleh Kerajaan Negeri. Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua dalam Kepulauan Melayu yang mengandungi sejarah menarik yang boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan.

Di antaranya, Pekan Cina dan Pekan Melayu yang hanya dibahagikan dengan satu jalan utama di mana masyarakat majmuk di sini sudah sekian lama hidup dalam suasana aman dan damai. Usaha-usaha pemahaman dan toleransi antara kaum merupakan satu identiti dan budaya yang dapat ditonjolkan kepada komuniti lain.

Selain itu, kawasan ini suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan utama, pusat aktiviti perdagangan di Kedah yang menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat setempat. Program Transformasi Komuniti bertujuan untuk menjadikan Pekan Cina dan Pekan Melayu sebagai tumpuan pelancongan sejarah dan sekali gus menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai Bandar Seni dan Kreatif yang pertama di negeri Kedah.


Program Transformasi Komuniti setempat ini telah mendapat sambutan baik dari golongan belia dan penggiat seni dalam pengenalan bazar seni dan kreatif serta berjaya menarik perhatian orang ramai. Ia telah memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan komuniti.

Buat pertama kalinya program transformasi komuniti ini diperkenalkan kepada masyarakat setempat sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah menerima idea dan konsep berlainan daripada belia dalam pembangunan sesuatu komuniti. Kami amat yakin idea baru seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri kita.

Program ini merupakan langkah kerajaan untuk berganding bahu dengan belia dan sukarelawan demi pembangunan sektor pelancongan negeri Kedah. Transformasi dalam sektor pelancongan amat memerlukan kerjasama komuniti setempat kerana gabungan fikiran yang berbeza dari pelbagai lapisan dapat mencetuskan idea yang luar biasa untuk pembangunan dan kemajuan industri pelancongan.

Tambahan lagi, industri pelancongan pada abad ini bukan sahaja tertumpu kepada tempat-tempat pelancongan sahaja malah ia juga merupakan akiviti yang boleh menyatupadukan masyarakat majmuk dan meningkat perpaduan antara kaum.

Saya juga difahamkan Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini juga mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sama-sama mengindahkan dan menceriakan kawasan pesekitaran Tanjung Chali.

Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu semua demi pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri Kedah. Selain itu, tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kedah, tepat lagi Discover Kedah. Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk sama-sama berusaha menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk datang ke Kedah.

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menggalakkan masyarakat menganjurkan aktiviti yang kreatif dan inovatif,nyang dapat menarik ramai pelancong. Kerajaan juga bersedia untuk menerima sebarang idea dan pandangan daripada masyarakat yang ingin bersama-sama untuk memajukan ekonomi negeri Kedah.

Inilah merupakan semangat “Anak Kedah”, dan saya berharap semua anak kedah sama-sama memberikan sokongan kepada kerajaan pada masa datang serta sokongan padu yang akan dapat membawa kepada keharmonian masyarakat khususnya di negeri Kedah.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi komitmen demi menjayakan program seperti ini.

Saya berharap semua yang hadir pada malam ini dapat menikmati persembahan dan aktiviti-aktiviti yang diaturkan sempena Bulan Pelancongan Lagenda Kedah 2015. THINK TOURISM, TALK TOURISM and ACT TOURISM.

Saya dengan sukacitanya merasmikan Bulan Pelancongan Lagenda Kedah 2015 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'aala Wabarakatuh.

Isnin, 8 Jun 2015

BN Kedah Tunai Janji Bina Rumah - Mukhriz


Kerajaan BN Kedah telah meluluskan dan pembinaan sebanyak 27,081 unit rumah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013. Kejayaan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan salah satu janji PRU-13 lalu.

Kerajaan negeri telah menyasarkan pembinaan 40,000 rumah yang meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013 hingga 2018 dan sejak dari 2013 sejumlah 28,081 unit dicapai dan ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang baik.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran.Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).

Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.

"Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.


BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang," katanya.

Sebelum itu, Dato' Seri Mukhriz telah merasmikan Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS) dan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Taman Tunku Intan Safinaz di Jitra. Taman ini dibina oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Beliau juga berkesempatan melihat rumah contoh dan berpuas hati dengan pembinaan oleh BDB.

Isnin, 1 Jun 2015

Siri 'Mereka' peruntuh Kerajaan Kedah.


Mereka yang sedang meruntuhkan Kerajaan Kedah (sekarang), adalah dari kalangan mereka yang pernah mendapat laba keuntungan Kerajaan BN terdahulu.

Bila Kerajaan BN baru mengubah stail politik.

Ds Mukhriz melakukan perubahan terus dari dasar politik UMNO di Kedah, dengan tidak mengamalkan sistem 'mengasuh, duit tepi dan duit kopi' semua itu tidak dilakukan, malah mengajak kesemua pemimpin Kerajaan didalam organisasi, untuk mengikuti cara beliau.

Sebab itu Kerajaan Kedah antara Kerajaan paling awal menandatangani perjanjian integriti dan menjemput SPRM masuk ke pejabat dan jabatan, utk menunjukkan bahawa Kedah telus.

Disebabkan tindakan jujur sebegini, orang politik lama (bukan semua) yang suka cara lama, tidak berpuashati dengan beliau dan mencari jalan meruntuhkan kerajaan dan parti BN di Kedah.

Dalam perjuangan untuk melakukan kebaikan, bukan semua orang suka. Tapi percayalah, yang baik selalu menang. Janji ikhlas dalam perjuangan nescaya hasilnya Allah SWT lipatgandakan kelak.

Kami akan membuat pendedahan bersiri 'Mereka Peruntuh Kerajaan Kedah' untuk tunjukan pada rakyat Kedah siapa mereka, jika perkara buruk ini tidak dihentikan.

Ahad, 31 Mei 2015

Bila Mukhriz Cerita Tentang Rubber City?


YAB Dato Seri Hj Mukhriz merasmikan ‘Planters Tea Talk’ ‘Rubber City Leading to Nurturing Downstream Industry" di Swiss In Sg Petani anjuran Lembaga Getah Malaysia.

Dalam ucapan YAB MB, Negeri Kedah dan Wilayah Selatan Thailand dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran getah. Maka Kerajaan Negeri Kedah mengambil kelebihan ini dengan mewujudkan satu Bandar raya Getah yang akan menjadi pengeluarutama produk berasaskan getah.

Walaupun tidak dinyatakan dalam RMK 11, Komitmen Kerajaan Pusat begitu positif dalam hal ini. Mungkin ianya akan dinyatakan dalam bajet yang lebih umum.

Dengan wujudnya Bandaraya Getah ini, kerajaan yakin akan dapat menjana ekonomi setempat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kedah, khususnya dan rakyat Malaysia




Ramai yang tertanya berkenaan status perancangan Kedah didalam membangunkan projek Rubber City di Padang Terap dalam...

Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 26 May 2015

Ahad, 24 Mei 2015

Harap Kerajaan Pusat Beri Pertimbang Serius Keatas Airport Kulim - @MukhrizMahathir


Oleh Aril Farhan 

Jerlun, 23 Mei : Kerajaan Kedah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan pembinaan dua buah hospital daerah di Baling dan Pendang serta kelulusan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara di Sik dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata Kedah amat berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan serius terhadap permohonan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ( KXP) yang dijangka memberi impak positif kepada wilayah utara secara keseluruhan.


Beliau berkata selepas merasmikan majlis temuduga kerjaya dan latihan kemahiran di Wisma Umno Jerlun semalam.





Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.

Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini. - MukhrizMahathirfc.com

Khamis, 21 Mei 2015

Kedah Bangun Kawasan Automotif Gurun dan KHTP



Kerajaan Kedah menyasarkan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan kawasan industri automotif di Gurun dikembangkan berikutan kedua-duanya kini menjadi tumpuan utama pelabur, terutama pelabur asing.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kedua-dua kawasan itu ketika ini menjadi daya tarikan kepada pelabur (untuk melabur) ke Kedah, dan usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi komitmen pelabur ke kawasan terbabit.

"Saya lihat setakat ini Kulim Hi-Tech Park menjadi tarikan utama hasil banyak promosi dilakukan di seluruh dunia. Di Gurun pula banyak industri automotif. Sasaran kita kembangkan dua tempat ini," katanya kepada pemberita pada akhir lawatan tiga hari ke Wilayah Mie di sini pada Selasa.

Mukhriz berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan perancangan bagi mewujudkan Bandar Raya Getah, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Taman Teknologi Perubatan.

"Kita harap Jepun dapat bersama dalam program taman teknologi," katanya.

Mukhriz berkata dalam menarik pelabur ke Kedah, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai langkah, termasuk membangunkan taman-taman industri di kawasan strategik yang memberi kelebihan kepada syarikat yang berminat.

"Jika di Bukit Kayu Hitam, ia bersebelahan Selatan Thailand. Jika di Kulim dan Sungai Petani ia dekat dengan (lokasi cadangan pembinaan) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan tak jauh dari pelabuhan, dari landasan kereta api, lebuh raya.

"Itu kelebihan yang boleh kita tawarkan. Ini diharapkan boleh menjadi faktor untuk mereka (pelabur) melabur di Kedah," katanya. - MukhrizMahathirfc.com

Kedah Belajar Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Di Jepun


Kerajaan negeri Kedah mahu mempelajari kaedah pelupusan bahan buangan dan kitar semula yang dilaksanakan di Jepun, terutama di Mie Prefecture yang terbukti berjaya dalam memelihara alam sekitar.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sewaktu kunjungan beliau ke Pusat Kitar Semula Mie, yang menjalankan kerja-kerja pelupusan sampah bagi Mie Prefecture, di sini Isnin, beliau tertarik dengan teknologi yang digunakan.

"Pusat pelupusan sampahnya bersih, takde bau, air pun bersih, malah ada yang dijual (bahan yang boleh dikitar semula). Ia satu industri yang sangat menguntungkan.

Ini perlu Kedah pertimbangkan. Apa yang menarik sampah yang sampai di Mie bukan hanya dari Mie tetapi dari seluruh negara Jepun," katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Gabenor Mie Prefecture, Eikei Suzuki di pejabat gabenor itu di sini Isnin.

Mukhriz berkata beliau telah memohon kepada Suzuki supaya gabenor itu dapat menghantar pakar-pakar dari Mie ke Kedah bagi melihat cara pengurusan bahan buangan di sana dan memberi cadangan teknologi yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal di negeri itu.

"Kita mahu mencontohi apa yang digunakan di sini. Saya dimaklumkan (sewaktu pertemuan dengan Suzuki) bahawa memang sudah ada pelawat dan pegawai Malaysia datang ke sini untuk dilatih dalam soal pengurusan pepejal. Jadi kita harap dapat lakukan perkara yang sama," katanya.

Katanya beliau merasakan perlu dikaji keadaan pengurusan sisa pepejal di Kedah dan dikenal pasti teknologi yang boleh dipindahkan ke Kedah dahulu, sebelum pegawai-pegawai terlibat dilatih.

"Masalah (sampah) itu sama di mana-mana, tetapi menerusi pengurusan yang baik dan teknologi, cara (pengurusan sisa pepejal di Mie) dibuat begitu bersih," katanya.

Sementara itu dalam perjumpaannya dengan Mukhriz, Suzuki berkata pada masa lepas Mie Prefecture mengalami pencemaran air, udara dan tanah tetapi sekarang ia mampu mengatasi masalah berkenaan dan mempunyai penyelesaian untuknya.

"Pusat Kitar Semula Mie adalah salah sebuah yang terbaik dalam negara ini. Sebelum ini, kami menerima 27 pelatih dari Malaysia dan kami bersedia membantu Kedah dalam perkara ini," katanya.

Pusat Kitar Semula Mie diuruskan oleh Kumpulan Daiei Kankyo dan ditubuhkan pada 1980. Ia adalah sebuah daripada pusat kitar semula utama yang mengendalikan pelbagai sisa termasuk daripada sektor komersil.


Khamis, 29 Januari 2015

Kedah Mulakan Pembinaan Rumah di Manik Urai!


Di sidang media Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri Kedah sebentar tadi, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bahawa, Kerajaan negeri Kedah sedang giat menyiapkan kerja pembinaan rumah sementara di Manik Urai.

Kata beliau, sebuah rumah sudah siap didirikan. JKR Kedah yang diamanahkan bagi mengetuai pembinaan tersebut, sedang giat menjalankan kerja, sambil dibantu oleh kontraktor tempatan, sukarelawan Kedah (SUKAM) dan turut membantu sebuah syarikat swasta dari Langkawi, menyumbang simen bagi tujuan pembinaan.

Manakala Jabatan Hutan negeri Kedah juga, menyumbangkan kayu hutan, hasil rampasan mereka untuk membuat papan lapis bagi kegunaan pembinaan rumah. 53 buah rumah akan dibina atas tapak asal rumah penduduk kampung, rumah tersebut berukuran seluas 448 kaki persegi, anggaran kos lebih kurang RM15 ribu, malah ianya (kos) mungkin boleh dikurangkan lagi, kerana ada pihak GLC dari Kedah dan pihak swasta, turut memberi sumbangan bagi mengurangkan kos pembinaan tersebut.

(contoh rumah didalam gambar)

Rumah sementera tersebut pula, dijangka akan siap kesemuanya, didalam tempoh dua bulan (anggaran), bergantung pada proses pembinaannya. Penduduk kampung boleh mengunakan rumah itu dahulu, sementara menunggu rumah kekal yang akan diberi atas ihsan bantuan Kerajaan pusat.

Ternyata usaha murni Kerajaan negeri Kedah, disambutan meriah oleh masyarakat tempatan disana. Malah YAB MB sendiri akan turun sekali lagi di Kampung Karangan, untuk melihat perkembangan positif setelah kerja pemulihan, penambahbaikan dilakukan oleh wakil Kerajaan dan sukarelawan Kedah disana.

www.mukhrizmahathirfc.com

Isnin, 26 Januari 2015

Apa Cerita Menarik Tentang Kedah? Mai Jenguk!!


Promote Page Sahabat

Page menarik untuk kita belek. Seribu satu macam pasai Kedah semua dok ada kat sana. Rugi mampuih tak follow. Dengar nama page tu pun kita tau dia memang cerita pasai Kedah.

Kalau nak tau Cerita Pasai Kedah.. apa kata pi jengok sana la.. jangan lupa LIKE sekali noo.. kalau dak cerita apa keluaq pun kita taktau..

Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..

https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah

Ahad, 25 Januari 2015

Asteroid 2004 BL86 Hampiri Bumi Pada 27 Januari


KUALA LUMPUR: Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter yang menghampiri bumi setiap 200 tahun, akan muncul semula pada 27 Januari ini, pukul 12.20 tengah malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan Jumaat berkata, pada Selasa depan, Asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan.

"Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Januari.

"Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi," menurut kenyataan itu.

Asteroid 2004 BL86 ini telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Januari 2004.

"Penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan bumi sehingga 2027.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada bumi," menurut kenyataan itu.

Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.

"Observatori Negara Langkawi (ONL) akan menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada 27 Januari".

Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, untuk berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia.

Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di webmaster@angkasa.gov.my/ planetariumweb@angkasa.gov.my.