Sponsor

Memaparkan catatan dengan label team media kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label team media kedah. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

HOT INFO! Ikrar Team Media Kedah Menyokong Sesiapa Jua Calon PM @NajibRazak!! #PRU13


Mc mewakili sahabat-sahabat dalam Team Media Kedah sudah berikrar akan menyokong sesiapa jua calon Barisan Nasional di Kedah, hatta di seluruh Malaysia. Kami setia pada parti, kami orang parti dan bukan orang pada mana-mana pemimpin. Kami tak peduli siapa calon yang dipilih oleh DS Najib Razak, kami akan berikan sokongan 1000%  dan berjanji akan memenangkan beliau.

Sokongan kami kepada parti tidak berbelah bagi, ikrar kami pada Ulul Amri pimpinan parti tidak pernah kami ingkar dan persiakan. Malah kami berjanji akan membongkarkan parasit parti yang cuba untuk sabotaj calon BN yang telah dipilih oleh pimpinan parti.

Kita telah berjuang selama 4 tahun di alam maya, menepis fitnah dan menyerang pembangkang. Tiba masa untuk peperangan sebenar, tunjukan kekuatan, tunjukan segala senjata yang kita ada.

Kami juga berharap rakan blogger dan troopers Kedah yang lain akan mengikut jejak langkah kami ini. Perlu diingat PRU 13 kali ini bukan perkara mudah dan main-main, ia menentukan nasib rakyat Malaysia samaada kita hancur ditangan pengkhianat negara, atau kita terus maju kehadapan.

Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Kami Team Media Kedah melapor diri untuk Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!



Isnin, 18 Februari 2013

PENDEDAHAN BERANI!! Siapa Sebenarnya Disebalik Team Media Kedah!! #TMK #TukarKedah


Semalam Mc ada menerima sms dari Duke, salah seorang blogger TMK yang banyak mendedahkan perbuatan buruk pentadbiran Pas Kedah. Dari sms Duke tu, dia bagitau blogger Pas sudah mendedahkan identitinya.

Terkejut jugalah Mc, macam mana geng blogger Pas yang diketuai oleh Zulkifli Yahaya boleh mengetahui identiti Duke. Mc pun buka laptop dan masuk ke blog Pas Kedah yang penuh sawang sebab takdak orang nak baca tu.

Bila Mc baca, yang terkejut tadi sudah hilang kejutannya. Jadi, disini Mc nak buat pengakuan ikhlas dari Mc. Memang benar individu yang blogger Pas Kedah dedahkan itu adalah Duke. Tidak lain tidak bukan itu memang Duke yang sebenar.

Oleh itu hangpa jangan siasat lagi. teruih pi tangkap budak tu, sebab budak tu adalah Duke!! ha ha ha..

Untuk tidak menghampakan blogger Pas Kedah dan juga blogger Pakatan yang lain. Mc nak dedahkan identiti sebenar blogger-blogger TMK yang selama ini menjadi igauan ngeri kepada pentadbiran Kerajaan Pas Kedah.

Hangpa tak payah cari lagi, mai sini aku nak dedah!! jeng jeng jeng..

TMK diasaskan oleh Mc sendiri, yang digelar McTheory, kami ni bukan orang politik. Kami takdak kepentingan dalam politik ni. Perjuangan kami hanyalah mahu memastikan Agama, Bangsa dan Tanah Air kami terbela dan dijaga untuk generasi masa akan datang.

Tapi disebabkan blogger Pas Kedah nak sangat tahu identiti kami,

Nak tengok gambar sebenar McTheory, tengok kat bawah,

TADAAAA!!
Ishh.. lain macam saja muka aku ni.. buruk semacam saja pun. Bukan, ini bukan aku. Ini budak skema mana, taktau. Cuba tengok kat bawah pula,

Yeahh inilah McTheory
Haa.. ni lah muka aku yang sebenar, botak, hensem, putih, macho dan lain-lain lagi. Kalau tak percaya boleh rujuk MySpace aku kat SINI. he he he.. Aku tak tipu, tu la gambar aku, McTheory. Kalau jumpa tepi jalan, jangan lupa tegur, kalau aku tak reti cakap bahasa melayu tu, maknanya aku saja berlakon. Mana tau takut kantoi dengan puak cai Pakatan ni.

Meh aku nak tunjuk gambar Duke pulak, hangpa jangan terkejut,

Wekkk..
Haa... inilah wajah Duke yang sebenar, gambar ni aku tangkap semalam. Muka dia macam tu sebab dia tension gila, identiti dia dah dibongkar oleh puak Pas Kedah ni. ha ha ha.. macam hensem tak?

Kita sambung dengan pendedahan siapa pula Pisau Kedah, tengok gambar kat bawah tu,

aiyo tambhi!!
Pisau Kedah ni, kalau dia tak buat blog. Dia kerja kat kedai Nashmir Nasi Kandar kat Simpang Kola, Aloq Staq. Amacam, hensem? Dia bukan terer buat video saja, kalau tebaq roti canai. Sekali tebaq, siap lapan keping! he he.. Kalau nak cari pelakon tamil, sila hubungi Pisau Kedah ok.

Lepas tu Mc nak perkenalkan pula dengan Medan Tempur Kedah, atau MTK. Salah seorang blogger Kuala Kedah yang banyak dok kerja kaji selidik. Muka memang tak hensem, tapi hati dia baik. ha ha..

Tension noo...
Dah tengok MTK, kita sambung pula dengan Kamera Kupang, tu gambar dia kat bawah ni,

Kesian kann.. nampak kuruih bebenor. Inilah akibatnya bila dok kat Baling. Ayaq kotoq, nak minum susah, last sekali jadi macam ni la akibat dia. Ni kalau tak makan hari ni, esok GOL la tu. ha ha ha..

Lepas Kamera Kupang, Mc perkenalkan pula dengan facebookers TMK yang paling diBENCI oleh Pas Kedah. Aktivis UMNO Pekan Naka,

Ni diaa..

Siap pakai baju superman tu, nilah muka Aktivis UMNO Pekan Naka yang sebenar. Yang tersebar selalu tu, palsu semata. AUPN mana gemuk, dia slim shady. ha ha ha.. Kalau pi Naka jumpa muka ni, rajin-rajin la tegoq no...

Lepas tu, kita tengok muka Aktivis Pendang Jr.


Jangan terkejut, Pendang Jr ni memang suka buat gimik pelik. Tapi dia tak makan orang. Cuma orang pompuan kena jauh sikit pada dia, bahayaa woo.. he he.

Lepas tu Mc nak dedahkan pula gambar Aiman Rosis, Dahlia B. Lada dan Mulut Hebiaq. Ketiga-tiga gambar tu, ada kat bawah ni.

Ni Aiman Rosis, dia memang suka main gitar..
Ni Dahlia B. Lada, jiwa kacau sikit..
Ni pulak mulut hebiaq, nampak tak betui, tapi dia ok..

Haa.. itulah muka-muka disebalik nama Team Media Kedah. Apa macam puas hati? Dah kenal nooo.. sapa TMK, kalau dah kenal baguih la. Lepas ni tak payah la blogger Pas Kedah nak siasat atau selidik sapa kami lagi, sebab Mc dah dedahkan muka budak-budak TMK ni 

Disebabkan pendedahan oleh blogger Pas Kedah, tiba-tiba TMK jadi popular. ha ha ha..

Bila bergabung, kamilah TMK!! Yeahh..

Pesanan pada blogger Pas Kedah, kalau nak bersaing tu, gentlement la.. dah tau tak boleh fight betul, nak dedahkan identiti la, guna hackers la, upah penyiasat la, serang peribadi la. Macam orang takdak teloq!

Kami blogger TMK ni tau banyak pasal peribadi hangpa, jangan sampai kami pula lupa diri dan bongkar hingga hangpa tinggai teloq kot.

Kami tau Syarikat Padi Mas sapa punya, kereta apa pakai, kilang apa ada, rumah kat mana. Lepas tu sorang lagi, lepas balik haji, bertumbuk dalam pejabat MB, balik rumah susah hati sampai langgar tiang letrik. Dok makan duit haram tebang balak, gaduh habis laki bini mak bapak. Bukan kami taktau semua tu, tapi kami simpan.

Kami ada banyak isu pasal pentadbiran Pas Kedah yang memang teruk!! Tak dapat dibayangkan betapa teruknya Pas Kedah sampai nak meeting PBT pun taktau dan takdak protokol. Sebab tu kami tak minat dengan peribadi, tapii...

Hangpa start main peribadi, gambar bini dengan anak hangpa aku publish dalam ni!! Jangan cabar aku noo. Hangpa tak kenai aku, tapi aku kenai hangpa, ohh lupa pulak, hangpa dah tengok muka aku atas tu. Soo..  jangan main gila dengan kami. ha ha ha..


McTheory:
dah puas hati dengan pendedahan berani ni? ha ha ha...

Rabu, 18 Julai 2012

TUDIAA!! Harakahdaily Fitnah Team Media Kedah dan Dr.Novandri!!


Ini artikel HARAKAHDAILY petik dari blog pencacai Pas Kedah. Link ke artikel ini  boleh dibaca di SINI. Namun Haramkah perlu bertanggung jawab keatas segala tulisannya kerana ia memetik dan meletakkan artikel terbabit di portalnya.

Artikel yang memburukkan nama Team Media Kedah kononnya di latih oleh APCO dan diselia oleh Dr. Novandri adalah satu artikel fitnah terbesar Pas Pusat dan Pas Kedah keatas kami. Mc sekalu Ketua Team Media Kedah berasa begitu terkejut dengan fitnah Harakahdaily keatas TMK.

Malah kami tidak menyangka akan difitnah sebegitu teruk oleh sebuah portal PARTI ISLAM yang kononnya suci lagi murni.

Dalam artikelnya itu, tidak ada yang benar, malah semua yang mereka nyatakan itu adalah palsu dan fitnah belaka dan TMK tidak pernah di LATIH di Janda Baik.

Kami mencabar Pas Pusat dan Pas Kedah untuk sertakan bukti bahawa kami di latih oleh APCO di Janda Baik!! 

Nama saja parti ISLAM, tapi fitnah dan tohmahan adalah makanan harian Pas. Tidak cukup pemimpin kami difitnah, kini Pas mula tercabar dan memfitnah kumpulan blogger dan cybertroopers pula. Keji sungguh perbuatan ini.

Namun kami faham apabila perbuatan fitnah yang keji ini akan dihalalkan oleh Mushitdoll Am Pas, Pok Nik Aziz. Dengan teknik matlamat menghalalkan cara.

Sedangkan dengan SYAITAN pun Pok Nik Aziz sanggup berkawan, apa la sangat dengan fitnah dan cerita palsu macam ni.

Terima kasih Harakahdaily, kerana menguatkan lagi semangat kami untuk terus menentang Pas dan Pakatan Haram.

Malah setiap dari ahli kumpulan kami berjanji, akan bekerja lebih kuat untuk menumbangkan Pas di Kedah dengan apa cara sekalipun mengikut teknik 'matlamat menghalalkan cara' yang diajar oleh Pok Nik Aziz.

Terima Kasih Harakahdaily kerana sangkaan kami memang tepat kerana (sambung baca dibawah)


McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Kamera Kupang, Duke Of UMNO, Aktivis UMNO Pekan Naka, Dahlia B. Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab, Aireen Sweet, Tin Milo Kosong dan beberapa orang lagi ahli kumpulan kami akan berjuang sehabis-habisan sehingga ketitisan darah terakhir untuk memusnahkan Pas Kedah.

Akhir kata,


McTheory:
Tun Faisal kirim salam pada Zulkifli Yahaya (Urusetia Penerangan Kedah paling lekehh)!!

Isnin, 11 Jun 2012

PANASS!! Aduan Rakyat BIKIN Ustaz Azizan Sakit Kepala!! #SaveKedah #JijanBalak


Setelah sekian lamanya Team Media Kedah membongkar isu pembalakkan haram yang dihalalkan oleh Pas, alasan berselindung di sebalik projek ladang sejahtera yang mengakibatkan kerosakkan alam sekitar telah mendapat perhatian Aduan Rakyat..

Minggu lepas mereka turun padang melihat sendiri kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk KG Lata Celak di mukim Kupang Baling.. dan malam ini dengan rasminya keluhan penduduk akan dipaparkan dalam Buletin Utama slot Aduan Rakyat..Jangan lupa saksikan.

Bagi yang ketinggalan mengikuti kisah penduduk Kg Lata Celak boleh klik kat SINISINI dan SINI

Ini adalah bukti kami Team Media Kedah melaporkan perkara yang benar.. dan benar-benar belaka!

Jumaat, 23 Disember 2011

LAA EHH!! PAS KATA UNTUNG BERJUTA, DUIT HABIS PI MANA?

Kerajaan pas Kedah la ni macam terlalu bermegah dengan hasil pendapatan yang depa dapat, depa duk kata depa ni lebih baik setelah mengambil alih tampuk permerintahan dari kerajaan lalu..Tapi kemana wang daripada hasil pendapatan itu di belanjakan???

UNTUNG BALAK DARI 8 JUTA KE 38JUTA
HASIL 2010 RM456.21 juta
SURPLUS 2010 RM22.50 juta
CUKAI TANAH RM104.06 juta
BANTUAN DARI KERAJAAN PUSAT RATUSAN JUTA TAPI BELANJA SIKIT,YANG LEBIHNYA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA
DAN BERJUTA JUTA LAGI,KIRA PUAK PAS NI MEMANG PANDAI BERBISNES LA KOT.

MASUK KAMPUNG DUK PEMUHONG ORANG KAMPUNG, LAST2 ORANG KAMPUNG PULAK KENA PAW DENGAN ALASAN NAK KUTIP DERMA UNTUK TABUNG PAS