UMNO Selangor akan menganjurkan satu perhimpunan khas 'mendesak Pas Selangor keluar dari Pakatan' bertempat di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini. Perhimpunan dijadual esok! maklumat diterima dari sms.
Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.
"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini.
MctHeory: Wahh. .adakah ini satu lagi wayang gambar mainan Pas? Jika betul ini rancangan UMNO untuk jatuhkan Pakatan Rakyat Selangor, kita tunggu dan lihat.
Cuma maklumat ini disampaikan oleh Raja Petra, tukang sampai pun orang yang tidak boleh dipercayai. lagi satu perkara bagaimana agaknya Pas sempat menyiasat sms itu dari UMNO dalam masa 1malam sahaja? hebat betul. Guna FBI agaknya. heh. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan