Sabtu, 26 Disember 2009

ISU: Kerajaan akan tambah BTN lagi?

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina lebih banyak kem, selain menambah pengambilan tenaga penggerak dalam usaha meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata dengan 1,500 tenaga penggerak termasuk 500 pegawai yang bertugas di 22 kem BTN dan 40 kem swasta, hanya 500,000 individu yang mengikuti kursus dan seminar BTN setiap tahun.

Katanya, jumlah sebenar yang mengikuti kursus BTN di kem hanya separuh daripada bilangan itu kerana bakinya hanya mengikuti seminar yang diadakan di beberapa lokasi lain.

“Jika kerajaan memutuskan untuk melebarkan BTN dan melihat ia keperluan, mungkin lebih ramai boleh mengikuti kursus termasuk berupaya memastikan semua bakal mahasiswa berbuat demikian sebelum memulakan pengajian di universiti.

“Buat masa ini, BTN berdepan dengan kekangan tempat dan tenaga penggerak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan semua bakal mahasiswa dihantar mengikuti kursus BTN sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan kursus itu jadi prasyarat bagi mereka yang diterima sebagai kakitangan kerajaan serta peminjam pelbagai skim yang disediakan kerajaan. sambung baca di ahmadmaslan.blogspot.com (Ketua Penerangan UMNO Malaysia)

MctHeory: Satu tamparan hebat, kepada penentang-penentang BTN, terutamanya kepada Lim Kit Siang! Teruskan usaha tersebut kami menyokong 100℅.

Tiada ulasan: