Sponsor

Memaparkan catatan dengan label BTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BTN. Papar semua catatan

Sabtu, 19 April 2014

INFO!! Orang Muda Perlu Memahami Dasar Kerajaan Sebelum Bantah! - @RazaliIbrahim #BTN



KUALA LUMPUR: Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.

Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.

"Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.

"Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class," katanya.

Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.

Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.

Khamis, 10 April 2014

INFO!! #BTN Pusat Provokasi Perkauman Negara? @RazaliIbrahim


Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak. 

"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Razali berkata, kerajaan mengambil serius dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita (BTN) tidak pernah membangkitkan semangat benci membenci, bersakit-sakit hati dalam kalangan peserta.

"Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut, tidak pernah kita membezakan peserta atas asas politik dan kepentingan peribadi," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa bagi mengembalikan kecemerlangan BTN dalam menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotisme rakyat.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu berapakah perbelanjaan untuk aktiviti BTN serta kriteria untuk memilih penceramah dan pensyarah dalam program itu, Razali berkata setakat ini kerajaan membelanjakan sekitar RM30 juta setahun.

Beliau berkata, pada tahun 2011 kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, pada tahun 2012 (RM27.5 juta) dan pada tahun 2013 (RM26.4 juta).

"Bagi penceramah pula kita lihat kepada latar belakang peserta yang terbabit dalam program yang dianjurkan kerana kita (BTN) ada banyak program yang berbeza dan ada kumpulan sasarnya termasuk daripada mahasiswa, pemimpin masyarkat, kepimpinan korporat, kakitangan awam dan mereka yang ingin ke luar negara," katanya. - BERNAMA


McTheory:
Masa Anwar pegang dulu lagi teruk.. buat rekrut untuk diri sendiri..

Sabtu, 26 Disember 2009

ISU: Kerajaan akan tambah BTN lagi?

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina lebih banyak kem, selain menambah pengambilan tenaga penggerak dalam usaha meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata dengan 1,500 tenaga penggerak termasuk 500 pegawai yang bertugas di 22 kem BTN dan 40 kem swasta, hanya 500,000 individu yang mengikuti kursus dan seminar BTN setiap tahun.

Katanya, jumlah sebenar yang mengikuti kursus BTN di kem hanya separuh daripada bilangan itu kerana bakinya hanya mengikuti seminar yang diadakan di beberapa lokasi lain.

“Jika kerajaan memutuskan untuk melebarkan BTN dan melihat ia keperluan, mungkin lebih ramai boleh mengikuti kursus termasuk berupaya memastikan semua bakal mahasiswa berbuat demikian sebelum memulakan pengajian di universiti.

“Buat masa ini, BTN berdepan dengan kekangan tempat dan tenaga penggerak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan semua bakal mahasiswa dihantar mengikuti kursus BTN sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan kursus itu jadi prasyarat bagi mereka yang diterima sebagai kakitangan kerajaan serta peminjam pelbagai skim yang disediakan kerajaan. sambung baca di ahmadmaslan.blogspot.com (Ketua Penerangan UMNO Malaysia)

MctHeory: Satu tamparan hebat, kepada penentang-penentang BTN, terutamanya kepada Lim Kit Siang! Teruskan usaha tersebut kami menyokong 100℅.

Khamis, 3 Disember 2009

Kenapa Pakatan Rakyat Mempolitikkan BTN?

Biro Tata negara (BTN) di tubuhkan pada tahun 1974, tujuan penubuhan BTN hanyalah untuk memgukuhkan perpaduan antara kaum dan menambahkan semangat cintakan negara. Kursus-kursus yang di sediakan oleh para pelatih dan pengajar hanyalah memfokuskan terhadap kerjasama berpasukan, kekuatan mental dan semangat kerjasama antara kaum. Saya sendiri pernah mengikuti kursus ini semasa di IPT dulu. Seingat saya, tak pernah di sebut nama-nama parti politik atau di suruh kami membenci mana-mana individu. BTN juga mengajar kita rakyat Malaysia kena bertegang teguh terhadap rukun negara. Ini termasuklah mentaati pemerintah negara iaitu Agong dan Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim juga salah satu pengasas yang menukar nama BTN dan di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri semasa jadi TPM dulu. Sekarang, heboh di perkatakan oleh DAP dan PKR berkenaan dengan BTN yang menghasut rakyat supaya membenci pembangkang. Kononnya segala modus pengajaran dan latihan di BTN hanyalah untuk megekalkan kuasa UMNO.

P/s: Apa yang di perkatakan oleh puak-puak pakatan rosak ni memang pelik, bagaikan takut bayang-bayang sendiri. Patutnya suruh je Lim kit siang dan pemimpin pakatan yang lain pergi kursus tu, supaya keluar nanti menjadi insan yang berguna dan berjiwa patriotik, barula cintakan negara dengan semangat 1Malaysia. huhu. .