Heboh diperkatakan mengenai kehilangan enjin jet F-5E. Ramai yang tanpa punca dan sebab, terus menerus menyalahkan kerajaan punca kecuaian kehilangan enjin jet tersebut.
Pihak pembangkang, pemimpin ataupun blogger-bloggers pengampu anuwar, sudah mentafsirkan sendiri cara kehilangan dan sebab musabab hilang dengan tanpa usul periksa.
Mahfuz Omar, paling lantang dalam membawa hal ini ke Parlimen, sambil disokong oleh beruk-beruk pembangkang yang lain.
Apakah kita tahu punca dan jalan cerita sehingga kita mentafsirkannya sendiri?, adakah adil kita menghentam orang yang kita sendiri tidak tahu kesalahannya, sama ada dia salah atau tidak?
Jika kes ini, kes pembangkang, maka ditutup, ditelan disembunyikan terus dari pengetahuan umum. Walhal kes ini masih lagi di siasat oleh undang-undang tentera dan sekarang dalam campur tangan Polis, kementerian dan peguan negara.
Tahukah anda bahawa tentera tidak tertakluk dibawah undang-undang perlembagaan. Tentera ada undang-undang sendiri dan mereka hanya berpandukan kepada undang-undang mereka.
Segala penyiasatan mengenai enjin yang hilang ini adalah dibawah siasatan tentera dan mereka berhak merahsiakan daripada umum walaupun daripada menteri sendiri. Cuma bila kes penting seperti ini, kementerian ada hak untuk ambil alih penyiasatan.
Segala kekecohan ini berpunca daripada orang dalam tentera dan kementerian sendiri (tak perlu dinyatakan nama disini).
Bukan aku nak membela yang salah, cuma aku nak terangkan kepada pembaca semua, kenapa dan untuk apa TUDM menyembunyikan kes ini dari umum dan siapa yang harus kita persalahkan.
Sepatutnya kita mempersalahkan individu yang ditugaskan menjaga enjin terbabit. Dipercayai kehilangan enjin ini melibatkan penyeludup antarabangsa yang bekerja sama dengan penderhaka negara dan konco-konconya.
Segala perancang penyeludupan ini telah dirancang rapi, sehinggakan ada pihak atasan TUDM yang terlibat, pihak itu yang sepatutnya mencegah, tapi boleh terbabit dalam kes ini.
Orang-orang inilah yang patut kita hentam, bukannya main hentam pemimpin negara membabi buta.
Untuk keterangan Kronologi lebih terperinci sila rujuk ke blog TheUnspinners.
MctHeory: Kes ini serius, melibatkan wang negara iaitu wang rakyat, kita beri sokongan supaya kerajaan dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat dan pintar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan