Terima kasih Tun Dr Mahathir, setelah apa yang Tun perjuangkan kepada kami selama ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang dibesarkan semasa pemerintahan Tun, saya berasa amat selesa dan selamat, selama dibawah pemerintahan Tun.
22 tahun Tun memerintah, negara menghadapi pelbagai cabaran dari segi politik dan ekonomi, tetapi kami sebagai rakyat Malaysia tidak pernah melihat Tun goyah semasa memerintah. Tun tetap tenang. Ketenangan Tun membuatkan rakyat Malaysia yakin dengan Tun.
Tidak pernah kami lupa pada cabaran tahun 1997-1998, cabaran ekonomi bersulam politk negara, terlahirnya secara asli musuh nombor 1 (agak-agak siapa ye?) negara ketika itu.
Semasa itu Tun dikutuk teruk oleh pembangkang, tetapi Tun menepis semua kutukan itu dengan membawa negara kembali kelandasan ekonomi yang betul. Syabas Tun!
Pada tiba Tun hendak meletakkan jawatan, jutaan rakyat Malaysia bersedih ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan baru.
Kesalahan Tun yang paling besar adalah semasa melepaskan jawatan dan memilih Pak lah. Satu kesilapan besar, sangat besar.
Pada mulanya rakyat menghormati permintaan Tun dengan melantik Pak lah. Pak lah disanjung, dengan imej perwatakan 'orang kuat agama'. Lama kelamaan kita semua pun tahu apa kesudahannya, biarla itu cerita lama.
Sekarang Tun sekali lagi dikecam hebat oleh musuh-musuh Tun, buku dajal ciptaan musuh utama Tun bertajuk, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain telah dihasilkan.
Ramai musuh yang bertepuk tangan sambil bersorak, ramai yang percaya bulat-bulat apa yang ditulis (pastinya pembangkang), ada yang mahu Tun di dakwa dan juga disiasat.
Reaksi Tun terhadap buku dajal itu amatlah membanggakan kami. Semangat Tun menghadapi tuduhan membuktikan Tun dipihak yang benar. kami bangga dengan Tun.
Ingat Tun, Tun bukan menghadapi musuh berseorangan, jutaan rakyat Malaysia termasuk kami disini yang menyokong dan mendoakan Tun semoga tabah menghadapi segala tuduhan dan tohmahan jahat.
Akhir kata, Tun seorang hero Melayu Islam, yang amat dikagumi diserata dunia, Tun Dr Mahathir tiada gantinya!
MctHeory: Alhamdullilah, berani kerana benar! takut kerana salah. . Allahhuakbar!!. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan