Isnin, 7 Disember 2009

Kekuatan UMNO adalah wang?

 Hari ni harakah atau haprakdaily menulis berkenaan ucapan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang Ust. Pas Muhammad Khalid abd. Hadi yang mengatakan kekuatan UMNO cuma bergantung kepada wang untuk meraih sokongan rakyat. Manakala Pas pula di gambarkan (kononnya) sebagai parti islam yang suci dan ahlinya yang setia pada parti di sebabkan kekuatan agama.

MctHeory: aku ni bukanlah ustaz atau ilmuan Islam, tapi apa yang Muhd. Khalid ni cakap, rasa macam kelakar je la. Kekuatan UMNO dengan lebih 4 juta ahli berdaftar, kalau semuanya nak di beri duit maka bankrup la UMNO, semuala orang UMNO kaya-kaya. Kita semua tak payah kerja, masuk UMNO confirm kaya, dah bagi duit la katakan. Semangat UMNO lain, UMNO tak perlu paksa orang dengan mengguna dan memperalatkan agama supaya setia dengan parti. UMNO tak melarang dan mengikat ahli-ahlinya yang ingin menyertai parti lain dengan adanya perjanjian baiah talak la sumpah laknat la. UMNO juga tak mengunakan ayat-ayat Al-Quran untuk berpolitik dan mengeluarkan fatwa-fatwa syok sendiri seperti Pok Nik.

Manakala Pas pula:

Kononnya ahli Pas setia di sebabkan kekuatan agama, dan perjuangan pas yang suci. tapi kenapakan wujudnya, baiah talak tiga @ sumpah laknat, sering menakutkan penyokongnya dengan fatwa yang bukan-bukan, seperti sokong UMNO masuk neraka, selalu mengunakan ayat Al-Quran untuk menyakinkan penyokongnya kadangkala ayat di salah guna untuk kegunaan sendiri. Jika betul Pas parti Islam, kenapa pemimpin Pas banyak yang salah guna kuasa, termasuk ulama pas tersohor nik aziz. Sebenarnya Pas dengan UMNO tiada bezanya, kedua-duanya parti politik. UMNO di tubuh dengan semangat Melayu islam demi negara .Cuma Pas terlalu menunjuk baik dan berpura-pura, sedangkan dalamannya penuh dengan kotoran. Pas bukan parti agama, dan sangat jauh dari Islam. Jangan katakan Pas itu Islam, kerana Pas bukan Islam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu PAS bukan Islam. abis tu, amno adalah kapir la ye tak?

Tanpa Nama berkata...

amno dengki dgn pas sbb pas lbih bgus dri amno. melayu yg myokong amno tk lain cma nk kan duit je. mcm blogger2 upahan ni la.