Isnin, 28 Disember 2009

POLITIK: Pemuda Pas buat aduan polis!




Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam.

Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi - Malaysiakini

Betul ke mereka ni bukan ahli Pas? Habis tu mana datangnya orang-orang ini?

Mengikut Blog TheUnspinners, mereka-mereka ini adalah orang upahan. Semua orang PAS terlibat dan takda muka orang UMNO. Nampak gaya perarakan ini dipercayai dibuat oleh puak-puak PKR untuk membantu puak Erdogan tapi sengaja disalahkan UMNO Selangor. Penyerahan memorandum begini akan kelihatan usaha untuk meletakkan tekanan ke atas PAS dan dikaitkan dengan Hasan Ali.

MctHeory: baru tadi kita bincang mengenai drama-drama politk pembangkang, ini dah muncul satu lagi drama. Memang PKR amat hebat dalam melaga-lagakan orang. Balik-balik UMNO juga yang kena, buat la laporan polis, boleh juga kita tau siapa dalang disebalik ni. Orang UMNO tunggu PRU13 je, untuk rampas balik Selangor!

Tiada ulasan: