Isnin, 25 Januari 2010
ANWAR IBRAHIM: ZULKIFLI MELAMPAU BATAS! ZULKIFLI PKR AKAN DIPECAT?
Kita semua tahu bahawa ahli parlimen PKR dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin telah membuat laporan Polis kepada Khalid James Samad ahli Parlimen Shah Alam, berkenaan menghina institusi Islam dinegara ini dan khususnya di Selangor berikutan kenyataan Khalid terhadap enakmen agama Selangor supaya dipinda.
Khalid sebelum ini pernah mengegarkan umat Islam di Malaysia dengan berucap didalam gereja dan menyokong keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan 'Kalimah Allah' digunakan oleh majalah Kristian Herald dan orang bukan Islam. Akibat dari perbuatannya itu, ramai umat Islam telah bangun menentang keputusan mahkamah dan sekaligus menuduh Khalid sebagai pembelot pada agama Islam.
Rentetan dari peristiwa itu, Khalid sekali lagi membuat kenyataan yang kontroversi apabila Khalid meminta kerajaan meminda enakmen agama Selangor, bagi membolehkan penggunaan 'kalimah Allah' dan perkataan yang terlarang lainnya digunakan oleh orang bukan Islam. Akibat daripada perbuatan itu, Zulkifli Noordin telah membuat satu laporan Polis kepada Khalid James.
Kita semua tahu bahawa Zulkifli Noordin adalah ahli parlimen PKR, mengikut prinsip parti PKR yang memperjuangkan demokrasi, tindakan Zulkifli Noordin ini adalah salah dan bertentangan. Zulkifli Noordin mungkin telah menempah padah jika beliau masih lagi menjadi ahli PKR. Semalam pemberita telah menyoal Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim berkenaan dengan peristiwa itu, ini jawapan Brader Anwar.
"Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi", Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain. Anwar juga berkata dia telah lama bertahan dengan Zulkifli Noordin dan selepas ini pasti dia akan ambil tindakan.
Paling tak boleh tahan. kaki ampu Brader Anwar, si Zaid Mabuk ni Penyelaras Pakatan Rakyat, mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat. Sebagai tukang ampu Anwar, Zaid ni seperti biasa melakukan tugasnya dengan menjilat apa saja kata Anwar dan sambil membatu apikan dirinya menyuruh Anwar memecat Zulkifli.
Zaid juga memberi amaran bahawa "imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi, Jika tidak 'Middle Malaysia' orang akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.
Khalid James Samad pula kata Zulkifli, umpama ahli parlimen pembangkang yang sesat. Sepatutnya sebagai pembangkang, Zulkifli kena menyokong dan berpendirian seperti pembangkang bukan menentang prinsip pembangkang. Pakatan Rakyat, menurut Khalid, adalah menyokong demokrasi beragama dan Zulkifli sepatutnya mengikut, bukan menentang. Kini boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan Rakyat menyokong apa yang diperkatakan oleh Khalid dan menghentam zulkifli. Masyallahh..
Adakah rakyat sudah nampak perangai sebenar orang-orang Melayu dalam PKR, individu yang mempertahankan Islam, mereka kutuk dan lanyak cukup-cukup. Khalid james tu, mereka sanjung mengatakan dia ni pejuang demokrasi tersohor. Punya la buruk perangai mereka ni. Kita tengok apa pula pendapat Pas?
Wakil Pas kata "Sebagai kerajaan (Selangor) yang beramanah, kita tidak boleh cakap selesa atau tidak selesa (terhadap enakmen tersebut). Kita pakai apa yang ada. "Tetapi kalau ada desakan minta dipinda, kita pindalah. Kalau tidak, kita kena berfikiran sebagai sebuah kerajaan," kata Roslan Shahir yang juga bekas setiausaha akhbar presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Nampak sangatla Puak-puak Pas ni menyokong Khalid dan Anwar. Mana berani nak membantah kang kena pulak sekeh dengan Brader Anwar. Dap? tak payah nak tanya atau kaji, buang masa je. Dap lagi la suka, kalau hal ni berlanjutan pun dia suka sebab, Malaysia kacau bilau, melayu lawan melayu, melayu makin lemah, Dap boleh take over.
Pada umat Islam Malaysia yang baca blog Mc ni. Mc harap, semua dah buka mata berkenaan perangai buruk umat Islam yang tak berapa sedar dia Islam di dalam Pakatan Haram ni. Selepas berlakunya peristiwa-peristiwa sebegini, kita sudah sedar. Siapakah yang akan menjaga kita dan memperjuangkan agama kita, dan siapa yang dah siap sedia nak gadai agama. Harap pembaca semua faham la ye.
MctHeory:
Bila UMNO memperjuangkan Melayu Islam. Ramai yang kata UMNO rasis. Kalau UMNO tak perjuangkan Islam dan Melayu, nak harap siapa lagi?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
AMENO KAPIAQ!
Mc,
Heheehe, Khalid JAMES Samad.. memang semua tu keturunan haram jadah perosak agama. PAS, Anwar, Zaid mabuk
AntiHipokrit,
biasa la manusia macam diorang ni memang hanya penting kuasa!
Woi Anon 14:26
kalau Umno kafir, bapak ko pun kafir la. bodoh betul!
din kajang
Setuju dengan Anti haipokrit !!
Begitu juga YB gila Glamour tu..tidak ada kesudahannya..tengoklah lakunan mereka selepas ini !!
dgr2 nti ada sesi pelok cium stlekan prob ni. tul ker?? deiii ~ kita tgh tgok wayang tamil ke haper? agaggagaga
>>___<<
Catat Ulasan