Memaparkan catatan dengan label PR SELANGOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR SELANGOR. Papar semua catatan
Jumaat, 2 Oktober 2015
MP Klang Perguna Pemandu Teksi Untuk Promosi Diri!
Semalam lebih kurang 100 orang pemandu teksi bersama dengan Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Kelana Jaya kira-kira jam 10.15 pagi.
Kononnya MP Klang tersebut, mewakili pemandu teksi yang lain memperjuangkan nasib pemandu teksi yang katanya tertekan apabila sumber pendapatan mereka terganggu setelah wujudkan teksi sapu (Uber&Grab car).
Charles Santiago juga membuat sidang media dihadapan Pejabat dan memberi memorandum kepada SPAD, memorandum yang dikatakan hasil rungutan pemandu teksi sekarang.
Antaranya ialah,
1. Kenaikan harga NGV.
2. Kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi.
3. Teksi-teksi haram menyebabkan mereka kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan).
4. Kebajikan sosial pemandu teksi (insurans untuk kenderaan dan liputan PERKESO).
Penulis faham akan kesusahan pemandu teksi ketika ini dan alasan dan rungutan yang mereka berikan itu. Tetapi adakah MP Klang itu tahu, bahawa kenaikan NGV dan kos GST bukan dibawah kawalan SPAD?
Suka penulis ingatkan bahawa kenaikan harga NGV sebenarnya melibatkan pihak Petronas dan SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kenaikan atau penurunan harga bahan mentah tersebut. Begitu juga dengan isu GST. GST dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, ia merupakan isu negara yang melangkaui bidang kuasa pihak SPAD.
Adakah Charles Santiago tidak tahu bahawa SPAD sentiasa menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi. Walaupun ada ketikanya SPAD diserang hebat oleh penguna perkhidmatan awam ini, namun SPAD sentiasa cuba menjaga kepentingan pemandu teksi dan perkhidmatan awam yang lain.
Buktinya, SPAD menaikan tambang teksi dan kereta sewa, antara 20% hingga 67% berkuatkuasa serta merta sejak Mac 2015 manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6%. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh SPAD berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Semua kenaikan penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi sudahpun diambil kira di dalam semakan kenaikan tambang ini.
Untuk kebajikan sosial pemandu-pemandu teksi yang lain seperti insurans dan PERKESO, penglibatan semua pihak diperlukan dan bukan hanya terhad kepada pihak SPAD sahaja. Penglibatan kesatuan-kesatuan teksi, pihak Kementerian Sumber Manusia, pihak Kementerian Pengangkutan harus duduk semeja untuk menyelesaikan perkara ini.
Berhubung dengan teksi-teksi haram seperti Uber, teksi sapu dan sebagainya, pihak SPAD telah, sedang dan akan memantau serta membuat operasi yang berterusan bagi memastikan kebajikan pemandu-pemandu teksi terbela dan keselamatan orang ramai terjamin dengan tiada teksi haram beroperasi.
Data rekod kesalahan pemandu pengangkutan awam dibawah Seksyen 16 APAD 2010. Ini merupakan jumlah kes yang telah tangani oleh SPAD sejak 2011 diatas kesalahan mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan tanpa lesen Pengendali.
Jumlah Kes 2011 hingga sekarang – 470 kes
Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja – 240 kes
Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula oktober 2014 hingga sekarang – 144 kes mengikut pecahan
UBER-43 Kes
BRABCAR – 97 Kes
Blacklane – 1 kes
Easy Teksi – 3 kes
Status yang menggunakan Apps
NFA – 10 kes
Denda Mahkamah – 13 kes
Kompaun – 9 kes
Proses Mahkamah – 49 kes
Proses Penyiasatan -63 kes
Status Mohon Lucut hak dan kes melibatkan penggunaan Apps – 110 kenderaan
Mohon MP Klang buat penyelidikan dan kajian terlebih dahulu, sebelum mendakwa SPAD tak buat kerja. Tapi kita tahu, dia bukan nak bantu sangat pemandu teksi, tapi hanya mempergunakan mereka demi kepentingan politiknya saja.
Jumaat, 24 April 2015
HOT! Selangor Bakal Tukar Menteri Besar?
Dalam kesibukan menghadapi 2 pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh awal bulan 5 ini. Nampaknya ada satu peristiwa bakal memberi cabaran besar pada Pakatan Rakyat yang semakin jelas kita lihat perpecahan antara mereka terutama didalam Pas.
Khabar angin sejak dua tiga hari lepas mengenai 5 adun PKR yang dikatakan akan keluar parti, dengan tujuan untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Adun PKR, PAS dan Umno. Bagi membolehkan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali menerajui kerajaan.
Walaupun pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak khabar angin itu, namun ia tidak dapat menolak bahawa khabar angin itu yang dilihat bakal menghantui pemerintahan Azmin Ali dan pentadbiran DAP.
5 Adun PKR selangor ini, dikatakan berang dengan kepimpinan Azmin yang lebih memihak kepada Dap, Permusuhan Dap dengan Pas juga menjadi sebab dan agenda utama gerakan itu mahu menukar Menteri Besar dan membuat kerjasama dengan Umno Selangor.
Sebelum ini terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.
Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan.
Mungkin khabar angin ini ada kaitan dengan perjumpaan tersebut. Siapa tahu kann?
Apapun kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi di Selangor.
Rabu, 9 April 2014
HOT!! Perempuan Simpanan Tuntut MB Selangor RM3 juta? #PRselangor
Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.
Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.
Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. Baca Sini
Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?
Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.
Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?
Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.
Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niat untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.
Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.
Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!
Sumber Mc petik dari blog selangorchronicle blog geng Selangor sendiri. Pada mulanya Mc pun tertanya-tanya MB mana yang ada perempuan simpanan. Kalau Guan Eng kita panggil KM, dia pun memang ada geli-geli dengan 'Rainbow' dulu kan cerita ni pernah hangat.
Sekarang ni, muncul pulak cerita MB Selangor ada skandal, malah tuntut rm3 juta!! Cerita ni muncul diwaktu pemilihan PKR. Orang UMNO rasanya taktau kisah apa yang berlaku dalam pejabat MB Selangor, kalau tau pun taklah sedetail orang-orang dalam tu.
Jadi memang benarlah, cerita berkaitan dengan skandal ni, dikeluarkan untuk menjatuhkan seseorang. Kalau dah cerita di Selangor, takkan kisah skandal MB Johor pulak kann?
McTheory:
Kesian si Khalid.. makin serabut jadinya nanti. he he..
Jumaat, 20 Disember 2013
INFO! Antara Kekejaman Kerajaan Kedah dan Kerakyatan Kerajaan Selangor! #HanyadiKedah #KerajaanRakyat
Kerajaan negeri Kedah yang diketuai oleh Dato Paduka Mukhriz sebagai Menteri Besar telah menghapuskan bayaran lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2014. Kemudian Dato Mukhriz juga telah memperuntukan rm10 juta untuk pinjaman usahawan muda, yang kita ketahui antaranya ialah peniaga kecil yang terdiri dari orang melayu.
Berbanding kerajaan negeri Selangor, yang dikatakan lebih mesra rakyat apabila mereka menaikkan kadar caj lesen perniagaan 400% kali ganda yang dilihat sebagai suatu usaha untuk menghapuskan peniaga-peniaga kecil yang majoritinya adalah orang Melayu.
Kenaikan melampau itu seperti tiada asasnya memandangkan kerajaan Selangor mengagung-agungkan slogan mereka "Hasil negeri untuk rakyat". Kononnya merekalah (pakatan haram) jaguh membela nasib dan kebajikan rakyat.
Sekarang apa sudah jadi? Mereka mengatur langkah yang bukan-bukan di saat kerajaan pusat ditekan oleh ramai pihak berikutan kenaikan harga tol baru-baru ini.
Rupa-rupanya kenaikkan harga tol bukannya dari Plus (Kerajaan Pusat), rupanya dari Tol swasta yang beroperasi disekitar negeri Selangor.
Penjelasan lebih detail dibawah,
Hampir semua tol di Lembah Kelang bawah swasta dinaikkan lebih dari rm1.00. Bermakna jika dulu tol rm1.60, dinaikkan sehingga rm2.60. Kalau ulang alik balik kerja, dulu rm1.60 x 2 = rm3.20 kali ni dah rm 5.20.. wow! memang betul-betul kerajaan yang membela rakyat!
Kerajaan Selangor bagi air percuma hanya rm20, tetapi dalam masa 5 hari dia dah ambil balik duit rm20 tu melalui harga baru tol!
Kenaikkan tol dan lesen peniagaan sememangnya membuktikan Selangor merupakan negeri contoh Pakatan Rakyat yang sememangnya membela nasib rakyat!
McTheory:
Majulah Pakatan untuk semua.. senang cakap.. UNDILAH PR!
Sabtu, 30 November 2013
HOT! Setpol Khalid Gelarkan Azmin Ali 'Badut Sarkas'?
Nampaknya perselisihan faham diantara Khalid dan Azmin masih lagi berterusan. Dari tegur-menegur hinggalah sindir menyindir. Khalid mempertahankan keputusannya untuk mengekalkan kenaikkan gaji yang diluluskan dun Selangor. Berbeza dengan Azmin yang dilihat lebih cenderung mengikut kata bosnya yang mahu membantah keputusan kenaikkan gaji di negeri Selangor.
Disebabkan sikap Azmin yang seolah membodek bosnya Anwar, Faekah Setpol Khalid telah mengelarkan Azmin sebagai main sarkas.
Ulasan dari blog pembangkang,
FAEKAH Husin, Setiausaha Politik MB Selangor tidak perlu bersikap kurang ajar bila menggelar YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sebagai sarkas di dalam twitter beliau. Walaupun beliau mahu menunjukkan setia tidak berbelah bahagi kepada TS Khalid, tetapi beliau harus membela bosnya dengan hujah bukan menghina.
Di dalam isu kenaikan gaji mendadak dan terlalu tinggi yang diluluskan oleh Dun Selangor, bukan sedikit yang tidak bersetuju malah aku jamin jika diadakan pungutan suara pasti ramai yang tidak bersetuju. Kita bukan tidak bersetuju kesemua Adun dan Speaker itu dinaikkan gaji tetapi biarlah munasabah dengan situasi semasa rakyat kini. Jika Azmin menentang kenaikan gaji tersebut dan mohon ditangguhkan, kita mahu persoal Azmin mengapa beliau tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang tersebut dibaca dan dibahaskan di dalam Dun? Aku bersetuju dengan saranan Azmin tetapi tidak bersetuju dengan sikap beliau yang menunggu DS Anwar berbunyi dahulu baru beliau mahu berbunyi.
Aku tidak nampak mengapa begitu tergesa dan begitu tinggi kenaikan gaji itu di dalam keadaan tidak semua masalah rakyat di Selangor berjaya diatasi. Sekali lagi, aku bersetuju gaji mereka dinaikkan tetapi bukan setinggi itu. Paling memalukan, alasan kenaikan ini adakah kononnya untuk mengelakkan Adun memakan rasuah. Wajarkah kita memberi "rasuah" untuk mengelak mereka dari melakukan rasuah? Perbuatan rasuah adakah berkaitan dengan jati diri atau iman bagi mereja yang berugama Islam. Wang ringgit tidak akan dapat selesaikan masalah rasuah. Memang benar, Sarawak lagi jauh tinggi gaji Wakil Rakyat mereka tetapi itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan sehingga rakyat terfikir apakah benar kita melaksanakan kesederhanaan dan berkebajikan?
Aku bukan penyokong Azmin, bahkan sebelum Anwar atau Azmin keluarkan kenyataan menegur MB Selangor itu, ramai di antara kita termasuk aku telah mengkritiknya kerana ianya tidak masuk akal dan tidak bijak untuk jangkamasa panjang politik PR di Selangor. Apa pun alasannya tindakan itu tidak mencerminkan kita mendepani permasalahan rakyat.
Tidak perlu salahkan TS Khalid seorang dan tidak perlu Faekah meroyan membela bosnya. Ini tanggungjawab semua ahli Dun termasuk Azmin yang menyokong atau tidak membantah usul ini. Aku hairan, majoriti di dalam Dun Selangor itu golongan ugama di kalangan orang Melayu tetapi mereka boleh alpa perkara ini. Jika alasan untuk membantu Adun yang dikatakan tidak cukup duit untuk membangunkan kawasan masing-masing, mengapa tidak ditambah saja peruntukan untuk Wakil-Wakil Rakyat?
Di dalam isu ini MB Selangor harus mendengar nasihat bos beliau, DS Anwar. Beliau harus faham beliau naik melalui politik dan berfikirlah cara orang politik. Azmin pula, jangan sentiasa menunggu bos bersuara baru mahu bersuara sedangkan waktu ada peluang bersuara kamu diam. Faekah Husin, kerja kamu bukan menghina orang politik kerana kamu harus sedar kamu bekerja dengan orang politik bukan dengan orang korporat.
P/s: Sebenarnya ulasan ini Mc petik dari blog pembangkang.. tapi malas nak bagi link. Sebab puak ni copy kita punya pun bukan nak bagi link. he he he..
McTheory:
Dok nampak, Khalid, Azmin, Anwar dan Faekah ni.. macam sandiwara terkini puak PKR Selangor.. heh..
Sabtu, 6 April 2013
PANASS!! Ahli PKR Buat Laporan Rasuah Terhadap MB Selangor! #SaveSgor #TolakPR
Kelmarin pada jam 12.00 tengahari, ahli PKR daripada Cabang Kuala Selangor telah membuat satu laporan terhadap Ketua Cabang Kuala Selangor, TS Khalid Ibrahim yang telah salah guna kuasa dan melenyapkan sejumlah wang daripada akaun cabang tersebut.
Airos Shahidin, ahli PKR bersama 16 orang ahli PKR yang lain telah membuat laporan tersebut di SPRM Putrajaya. Beliau juga mendakwa bahawa ini adalah 1 daripada 5 siri laporan yang bakal dibuat terhadap TS Khalid Ibrahim.
Airos yang juga Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia juga melahirkan rasa tersinggung beliau apabila TS Khalid menghina beliau dengan mengatakan "Boleh ke kau OKU jadi kontraktor?" dengan secara langsung menghina golongan OKU-OKU di seluruh negara secara amnya.
Pertemuan beliau dengan SPRM telah mengambil masa selama hampir 4 jam tersebut membuktikan bahawa kes ini ada premisnya dan akan disiasat dengan terperinci.TS Khalid juga bakal dipanggil ke SPRM untuk memberikan keterangan.
Terbukti di sini bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang bersih dan berlaku penyelewangan yang boleh dibuktikan berbanding dengan dakwaan mereka terhadap UMNO tetapi tidak pernah membuat laporan sekalipun.
Tambahan pula, sikap TS Khalid yang menghina OKU juga dipandang serius kerana beliau yang menjadi Menteri Besar Selangor sepatutnya menjaga sensitiviti golongan OKU. Keris7Lok
Ahad, 24 Mac 2013
MAKK AII!! Grand Opening Exco Pas Selangor Rasmi Jamban Baru?!
Pehhh..Grand Opening beb. Siap bawa konco 8 orang ambil gambar, bertelur sebiji tapi riuh senegeri. Tengoklah sendiri apa yang wakil rakyat Pas buat ni. Buat jamban cam ni pun nak upload ke? Buat jamban pun nak bangga ke? kah kah kah..
Kelakar soit! Setakat ni saja ka yang mampu kerajaan pakatan buat untuk rakyat? Zaman sekarang ni, jamban dah tak pakai kat luar la Yb. Sekarang ni tiap tiap bilik ada jamban. Orang dah tak pakai jamban kat luar macam Yb rasmi ni.
sumber gambar dari Medan Tempur
McTheory:
Ada nickname baru untuk YB ni nanti, he he.. YB JAMBAN!
Selasa, 25 Disember 2012
PANASS!! Selangor Terus di Penuhi Sampah!!
Nampaknya Selangor tak pernah hilang dari isu besar. Blogger Keris7Lok, membongkarkan betapa busuk dan jijiknya Selangor yang dipenuhi sampah!
Terlalu kotor! Kalau berjalan satu Selangor anda pasti akan melihat masalah sampah. Ahli Majlis tak buat kerja? Tapi elaun banyak mereka sapu. Buat kerja tak reti?
Inilah keadaan negeri yang diperintah oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan. Mereka tak akan memandang isu rakyat sebagai satu kepentingan. Pada mereka yang penting hanyalah kuasa politik semata-mata. Nak buat apa-apa mesti kena politik atau tuduh salah orang lain.
Ini akibat kalau dah jadi kerajaan negeri tapi tak reti buat kerja. Akibta sudah terlalu biasa mencari salah orang lain. Bila dah ada kuasa pun masih lagi nak cari salah orang lain sehingga kerja sendiri mereka tak buat.
Sekarang sampah, longkang, parit semua kotor dan busuk. Rakyat Selangor nak buat apa? Pakatan kata rizab banyak di Selangor tapi kenapa Selangoku dah jadi SelangorKotor?
McTheory:
Biasa la, cakap senang, nak buat susah!
Selasa, 30 Oktober 2012
PANASS!! Agenda Pakatan Haram Mahu hapuskan Islam dan Melayu di Selangor?
Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.
Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.
Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.
Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.
Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.
Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.
Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.
Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.
Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.
Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.
Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.
Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.
Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.
Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.
Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.
Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.
Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.
Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.
Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.
Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.
Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.
Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.
P/s: Kedah dengan Penang macam mana?
Isnin, 8 Oktober 2012
PANASS!! Anak VIP Selangor Mana Yang Kena Tangkap Pesta Seks!!
Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.
Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).
Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.
Polis bertindak membuat intipan dan serbuan di premis tersebut setelah menerima aduan orang awam yang curiga dengan aktiviti dijalankan kerana sering mendapati individu menaiki kereta mewah berkunjung ke situ pada waktu malam dan pulang pada sebelah pagi.

Mereka juga curiga kerana mendengar muzik kuat dimainkan dalam premis tersebut, manakala cermin tingkap ditutup dengan kertas minyak bagi mengelak ia dapat dilihat dari luar.
Mohd. Nazri berkata, setelah membuat intipan selama tiga hari, polis akhirnya bertindak menyerbu premis itu pada pukul 3 pagi ini.
"Kami terpaksa memecah jeriji pintu kerana ia berkunci sebelum boleh masuk ke dalam premis membuat pemeriksaan.
"Sebaik sahaja dapat masuk, kami dapati 27 lelaki dan lima perempuan Melayu berusia 19 hingga 26 tahun dalam keadaan khayal," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis juga menemukan dua set peralatan muzik, kondom yang sudah digunakan dan dadah jenis ketamin.
Mohd. Nazri berkata, siasatan lanjut mendapati tujuh daripada remaja yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta, manakala 16 orang iaitu 14 lelaki dan dua wanita positif mengambil dadah jenis amphetamine dan THC.
Katanya, premis berkenaan sudah dua bulan digunakan untuk penganjuran aktiviti muzik, pesta seks dan dadah dengan mengenakan bayaran sewa RM500 semalam.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 25 biji pil ekstasi seberat 10 gram dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan 250 pil Eramin 5 serta 90 biji lagi pil ekstasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditahan memberitahu, dia bersama rakan-rakan mengetahui mengenai pesta diadakan di premis itu melalui laman sosial Facebook.
"Kami mengetahui mengenai pesta ini melalui Facebook 'sehari bersama kawan-kawan'. Kami dikehendaki membayar RM55 seorang kepada penganjur untuk menyertai pesta yang biasanya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi," katanya.
Difahamkan, premis berkenaan digunakan untuk penganjuran pesta muzik, seks dan dadah sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan pengunjung pulang pada pukul 8 pagi iaitu waktu orang ramai keluar bekerja bagi mengelak aktiviti tersebut dikesan.
Sumber UTUSAN
Sabtu, 6 Oktober 2012
TUDIAA!! Kerajaan Selangor Rampas Tanah Rakyat Susah?

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin. Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM. Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.
Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka (“bayaran kedua”).
Namun, apa yang berlaku ialah:
i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;
ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka
Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini. Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah ‘cukai tanah tidak berbayar’.
Justeru, persoalannya ialah apakah motif kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah ini?
Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom mengesahkan bahawa tanah hak milik syarikat tersebut telah pun mempunyai geran dan cukai premium tanah sejak diambilalih pada 1997 juga telah dijelaskan. Maka, jika kerajaan negeri ingin mengambil-alih tanah tersebut, ia perlulah melalui proses pengambilan tanah mengikut undang-undang.
Menurut laporan awal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah, Rawang, milik YBK kerana yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu telah menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan, namun tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.
Sekali lagi, apakah motifnya bagi kerajaan PR Selangor untuk beria-ia ingin masuk campur dalam urusan dan operasi YBK? Jika alasannya adalah kerana ingin memantau kewangan dan pentadbiran YBK untuk memastikan kebajikan rakyat miskin terjaga tentulah tidak boleh diterima kerana segala program YBK adalah telus selain kewujudannya sudah begitu lama dan terbukti berkesan.
Lagipun, rakyat Selangor yang ‘dekat’ dengan program-program kebajikan pasti sedia maklum tentang bagaimana kerajaan PR Selangor telah menghentikan sumbangan yang biasa diperuntukan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di negeri ini oleh kerajaan BN sebelum ini. Tiada alasan diberikan atas tindakan menghentikan sumbangan tersebut. Justeru, alasan prihatin terhadap rakyat miskin tentulah tidak boleh diterimapakai.
Oleh itu, rakyat melihat bahawa motif kerajaan Selangor ingin merampas tanah ini tidak lain tidak bukan ialah kerana PYBK dilihat sebagai tidak menepati aspirasi PR yang memegang prinsip kesamarataan total, selain ingin meneroka peluang untuk membuat ‘keuntungan’ dari tanah yang begitu luas.
Secara amnya, pembinaan UiTM serta program-program yang melibatkan rakyat miskin oleh PYBK pastinya mensasarkan kaum Melayu. Inilah yang dikatakan tidak menepati prinsip kesamarataan total yang didokong PR. Pastinya, DAP yang sedia menggenggam leher Khalid Ibrahim memberi tekanan yang hebat kepada beliau agar memastikan segala projek atau program yang mengutamakan sesuatu kaum terutama bumiputera, dihentikan atau ditiadakan terus.
Lebih dari itu, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan korporat dan memerintah dengan berorientasikan keuntungan, Khalid Ibrahim sendiri tidak berminat dengan program-program atau projek ‘ala’ kebajikan yang dilakukan oleh PYBK, sedangkan tanah yang luas itu boleh membawa hasil yang lebih jika dibangunkan pusat komersial atau perumahan mewah.
Apa yang berlaku dalam isu tanah PYBK ini telah menyerlahkan sifat sebenar PR yang bercakap tidak serupa bikin. Slogan ‘Demi Rakyat’ yang mereka laungkan hanyalah untuk rakyat yang sedia kaya, kaum Cina dan golongan korporat atau peniaga yang berjaya. Rakyat miskin yang tidak membayar cukai dan tidak membawa pendapatan atau keuntungan kepada negeri tidak perlu diberi perhatian. Dengan cara ini, barulah PR mampu membuktikan ‘kecekapan’ dalam mentadbir negeri, di mana hasilnya tercatat dalam bentuk angka keuntungan atau pendapatan tahunan.
Dengan itu, inilah diingatkan bahawa jika PR dibiarkan terus memerintah Selangor, tidak mustahil orang miskin dan sederhana iaitu yang majoritinya adalah Melayu, perlu kembali ke kampung atau meneroka hutan sepertimana yang pernah dilaungkan oleh DAP ketika tragedi 13 Mei.
Khamis, 7 Jun 2012
PANASS!! Selamat Datang Ke Selangor..Penari Tiang Syok Berbogel Sambil Menari!! #TukarSelangor
Fuyoo.. dahsyat Selangor sekarang ni.. lebih dahsyat dari biasa.. puak Pas dan Pkr Selangor tak payah seberang Siam lagi dah lanih.. kat Selangor pun dah ada buka cawangan.
10 kali serbu pun boleh selamber buka lagi? Fuuyooo.. mesti ada 'kawtim' baik punya ni..
Ada orang beritahu Mc, kat Kedah pun ada benda yang sama macam kat Selangor ni.. pehh.. biar betui.. mesti ramai musibat-musibat Pas yang pergi kan? he he..
Jumaat, 1 Jun 2012
PANASS!! Video Menarik, Apabila Azmin Ali DI MAKI Oleh Penduduk SS7!!
Kesian pulak tengok Azmin Ali dengan Nik Nazmi diserang bertubi-tubi oleh penduduk SS7. Itulah yang terjadi apabila janji tak ditepati. Masa berjanji, bulan bintang pun boleh bagi, bila nak laksanakann.. habis semua harta rakyat korang tarah ye.. hehe.. hambik la habuan.. kan dah kena maki.
Rabu, 30 Mei 2012
PANASS!! Blogger UMNO Fitnah Pakatan Haram Selangor!!
![]() |
| wahh ada Adam Adli dengan Rafizi.. |
![]() |
| Ehh.. mana orang ni?? tak buka lagi kot.. |
![]() |
| Tak mungkinlah ramai ni jee.. ini tipu ni.. |
Mc percaya gambar di atas adalah superimpose yang dibuat oleh Cybertrooper UMNO berkenaan dengan Konvensyen Belia Selangor 2012, anjuran kerajaan negeri. Mana mungkin kehadiran Rafizi dan ikon Mahasewel Adam Adli hanya menarik minat 100 orang belia. Ni gambar tipu ni.. apa la nak jadi dengan blogger UMNO ni.. kerja menipu aje ya..
Pada sesiapa yang ada gambar sebenar, sila berikan pada Mc.. sebab semua gambar yang Mc ada, dah kena superimpose.. heh..
McTheory:
Lebih kerusi dari orang..
Sabtu, 19 Mei 2012
PANASS!! Gambar Ratusan Ribu Orang Sambut MB Selangor!!
Ishh ramainya orang datang sambut MB Selangor. tak salah Mc, yang datang tu pun katanya kakitangan kerajaan negeri yang terpaksa turun sambut MB Selangor. Tengoklah siap pakai uniform lagi.. he he.. baca apa si CTS tulis.
Tu dia haih! Kebangkitan Rakyat Selangor. Hampir 100 ribu orang datang menyambut MB Selangor kat Putra Perdana, Puchong. hehehe ... Jangan kata CTS edit gambaq pula. CTS mana pandai edit-edit ni. hohoho ... Kebanyakan yang datang kakitangan-kakitangan yang dikerah, ahli-ahli P"Gay"R seluruh Selangor. Awat yang loglaq sangat? Awatnya hangpa datang pakai uniform Dik Non. Tu pun dia buat majlis masa ada pasar malam supaya nampak ramai. Makan free pun orang tak nak dekat pun.
McTheory:
ha ha ha... ha ha ha.. gelak saja.. ha ha..
Khamis, 10 Mei 2012
TUDIAA!! Menteri Besar Selangor Minta Rakyat UNDI BN!! #saveSelangor
Kesian pulak Mc tengok si Khalid gagap ni. Tergagap-gagap, akhirnya suruh rakyat Selangor tukar kerajaan, dan undi Barisan Nasional. Ha ha ha.. lawak betui tengok video ni..
Video ni tidak di edit atau diubah langsung. Ini original video. Jangan pula puak bengong sebelah sana kata semua ni konspirasi UMNO pulak. ha ha ha..
McTheory:
Gagap.. ehh gagap.. kesiann..
Sabtu, 31 Mac 2012
PANASS!! Noh Omar Ditangkap Bersama Perempuan SEKSI!!
Gambar di atas ni yang tersebar di Facebook. Pelbagai fitnah di cipta dari gambar di atas. Ada yang kata itu skandal Noh Omar. Ada yang kata Noh Omar bersama perempuan lain. Kiranya macam-macam jenis teori dan persepsi yang mereka cipta. Semuanya buruk-buruk dan fitnah belaka.
Ahad, 25 Mac 2012
PANASS!! Hasan Ali HENTAM Kerajaan Selangor!!
Dr Hasan Ali sekali lagi menghentam Kerajaan Selangor, berkaitan dengan isu murtad.
Jumaat, 16 Mac 2012
PANASS!! Khalid Gagap Menjadi Salah Satu Pengundi Hantu?!!
![]() |
| "Adakah aku sudah dikorbankan sebelum bertanding?!!!" |
PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.
Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.
Khamis, 23 Februari 2012
PANASS!! Lagi Kuil India di ROBOHkan di Selangor!!
Nampaknya kerajaan Selangor terus membiarkan rumah ibadat di robohkan. Kalau dulu, hanya masjid dan surau. Kini kuil hindu pun akan di robohkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Lagi isu kuil berusia 60 tahun dirobohkan oleh pemaju dibawah pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Kali ini sebuah kuil di Dengkil Selangor dirobohkan atas arahan pihak atasan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Kerajaan tempatan juga dikatakan gagal memberi kata jelas dan tidak memberi waktu yang lama untuk Ahli Jawatankuasa Kuil tersebut untuk mengurus dokumentasi kuil tersebut.
Juga dikatakan Beberapa penganut dipercayai cedera semasa menghalang pegawai daripada merobohkan kuil tersebut. Tetapi rintihan mereka tidak dilayan oleh pegawai. Juga dikatakan beberapa pegawai tersebut hanya berkata ‘cakap dengan pegawai atasan’ beberapa kali kepada masyarakat setempat yang hadir sewaktu robohan tersebut. Tindakan merobohkan kuil tersebut dikatakan tidak menghormati sentimen kepercayaan penganut hindu.
Sambung baca di SINI
Langgan:
Catatan (Atom)























.jpg)

