Jumaat, 24 April 2015

HOT! Selangor Bakal Tukar Menteri Besar?


Dalam kesibukan menghadapi 2 pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh awal bulan 5 ini. Nampaknya ada satu peristiwa bakal memberi cabaran besar pada Pakatan Rakyat yang semakin jelas kita lihat perpecahan antara mereka terutama didalam Pas.

Khabar angin sejak dua tiga hari lepas mengenai 5 adun PKR yang dikatakan akan keluar parti, dengan tujuan untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Adun PKR, PAS dan Umno. Bagi membolehkan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali menerajui kerajaan.

Walaupun pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak khabar angin itu, namun ia tidak dapat menolak bahawa khabar angin itu yang dilihat bakal menghantui pemerintahan Azmin Ali dan pentadbiran DAP.

5 Adun PKR selangor ini, dikatakan berang dengan kepimpinan Azmin yang lebih memihak kepada Dap, Permusuhan Dap dengan Pas juga menjadi sebab dan agenda utama gerakan itu mahu menukar Menteri Besar dan membuat kerjasama dengan Umno Selangor.

Sebelum ini terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan.

Mungkin khabar angin ini ada kaitan dengan perjumpaan tersebut. Siapa tahu kann?

Apapun kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi di Selangor.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sibuk dgn selangor, gi tgk Jibby dgn Tun M gaduh tu. Mana tau MB botak bole join sekali.

Tanpa Nama berkata...

Azmin Ali akan mencatat sejarah sebagai MB Selangor yg paling singkat.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jalan terbaik bagi menyelamatkan Selangor dari pelbagai masalah kerana kegagalan MBnya mentadbir dengan baik dan adil serta hanya proDAP.