Sponsor

Memaparkan catatan dengan label AZMIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AZMIN. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2015

HOT! Selangor Bakal Tukar Menteri Besar?


Dalam kesibukan menghadapi 2 pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh awal bulan 5 ini. Nampaknya ada satu peristiwa bakal memberi cabaran besar pada Pakatan Rakyat yang semakin jelas kita lihat perpecahan antara mereka terutama didalam Pas.

Khabar angin sejak dua tiga hari lepas mengenai 5 adun PKR yang dikatakan akan keluar parti, dengan tujuan untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Adun PKR, PAS dan Umno. Bagi membolehkan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali menerajui kerajaan.

Walaupun pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak khabar angin itu, namun ia tidak dapat menolak bahawa khabar angin itu yang dilihat bakal menghantui pemerintahan Azmin Ali dan pentadbiran DAP.

5 Adun PKR selangor ini, dikatakan berang dengan kepimpinan Azmin yang lebih memihak kepada Dap, Permusuhan Dap dengan Pas juga menjadi sebab dan agenda utama gerakan itu mahu menukar Menteri Besar dan membuat kerjasama dengan Umno Selangor.

Sebelum ini terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan.

Mungkin khabar angin ini ada kaitan dengan perjumpaan tersebut. Siapa tahu kann?

Apapun kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi di Selangor.

Khamis, 9 Mei 2013

HOT! Sudah la Wahai Anwar, Jangan Dok Buli Rakyat Tu!! - Azmin Ali #TolakPR

Anwar patut letak jawatan!!



Diatas adalah tweet dari Azmin Ali, meluahkan apa yang beliau rasa tentang kegilaan Anwar yang mahu berkuasa sehingga dilihat membuli rakyat.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.- AntaraPos


P/s: Awat ni Azmin.. marah nak jadi MB Selangor ka?..

McTheory:
Jangan pula hari ni marah, esok kata media yang pusing pulaa..

Isnin, 13 Februari 2012

GEMPAR!! Azmin Ali Umum Tak Bertanding PRU ke 13??


Hang biaq betui Azminnn.. bukan hang ni bakal jadi MB Selangor ka kalau Pakatan menang lagi PRU ke 13 nanti? Awat hang tak mau bertanding?? ce citer ce citer..

Jumaat, 3 Februari 2012

TUDIAA!! Siapa Nak Jadi Ahli Parlimen dan Adun, Sila Hadiri Temubual!!


Ini benar-benar gurau kasar. Protes tahap teruk! Penduduk di Bukit Antarabangsa dah benar-benar tak suka dengan Adun dan MP dorang. Siapa agaknya Mp dan Adun kat sana sekarang ya? Ohh.. si skandal Anwar, Azmin Ali.

Nak tau apa cerita lagi, sambung baca kat SINI

McTheory:
Jaga-jaga, jangan sampai kat tempat lain pun naik juga..

Jumaat, 9 Disember 2011

LAAA EHHH!! AZMIN KECUT TELOQ NAK JUMPA POLIS!!



Ciss berbelit-belit si Azmin ni 'spin' balik ayat kontroversinya yang mahu runtuhkan penjara. Kecut juga teloq, ingatkan hero sangat. Manalah tahu, demi skandal jantannya Anwar, si Azmin pun sanggup masuk penjara sekali.. he he..

IPK Johor dah contact dia suruh beri keterangan, yang si pegawai khas dia bantai kata tak tahu. Malah Azmin pula minta 'Polis Johor' turun ke KL untuk ambil keterangan dia. Wah.. hebatnya dia..

Isnin, 28 November 2011

TUDIAA!! GERAKAN AZMIN GANTI ANWAR!!



Ada gerakan dalam parti PKR yang mahu Azmin mengantikan tempat Anwar sebagai ketua umum didalam PKR dan juga Pakatan Haram. Berita ini disampaikan oleh orang PKR sendiri yang tidak tahan dengan tingkah laku songsang para pemimpin mereka.

Semua adalah lakonan dan planning ini, dicetuskan oleh Anwar untuk terus berkuasa, andaikata Anwar ditangkap, didapati bersalah dalam kes liwat. Anwar akan dipenjarakan selama beberapa tahun. Dalam masa itu, kemungkinan besar Hadi Awang atau Kit Siang yang akan menjadi Pemangku Ketua Umum Pakatan, sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sabtu, 26 November 2011

PANAS!! AZMIN ALI MIMPI BASAH DI SIANG HARI!!



Umpama mimpin basah di siang hari si Azmin Ali ni. Depan media dia mengatakan bahawa akan selesaikan masalah kawasan bertindih, hakikat sebenarnya, Pkr dan Dap masih lagi dok lawan tarik kerusi tanpa ada jalan penyelesaian. Anwar pula, tah kena sampuk apa pun taktau, mengumumkan bahawa PR akan menawan Johor. Eloklah.. Sama la dua orang ni, mimpi di siang hari.

Ahad, 9 Oktober 2011

GEMPAR!! Apabila Azmin Ali Komen Mengenai Bajet 2012!


Dalam banyak2 komen pemimpin pembangkang ni Mc kutip komen dari Azmin Ali. Orang nak komen dia pun nak komen jugak

Kata Azmin ni bajet gula-gula dari BN untuk pilihanraya. Kemudian Azmin komen pula kenapa tidak ada peruntukkan bantuan bagi pekerja swasta?

Apakah kerajaan tidak mengutamakan pekerja swasta dan hanya memandang bagi sektor kerajaan saja kah?

Ni meh Mc nak terangkan pada Azmin Ali. Pekerja swasta di Malaysia ada lebih dari 13 juta orang. Maknanya jika kerajaan nak bantu meminimumkan gaji, kerajaan kena mengeluarkan modal dan tanggung kerugian yang besar baru boleh selaraskan minimum gaji.

Rabu, 7 September 2011

GEMPAR!! Kisah Azmin Ali anak yang celaka!!


Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal. Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…

“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.

“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.

“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.

Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…

Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…

Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.

Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…

“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” tengking Azmin pada anak-anaknya.

Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…

Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…

“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.

“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.

Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!

“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin!

“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam.

Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?

Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…

“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat.

Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?

Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!

Portal Perak Today

Khamis, 4 Ogos 2011

PANAS!! AZMIN NAK BUKAK PARTI BARU??



Setelah terdedah mengenai status warganegara yang mempunyai nombor misteri 71 didalam MyKadnya.., Azmin Ali dikhabarkan akan menubuhkan satu parti Politik baru bagi memperjuangkan kepentingan semua PR di Malaysia..

Antara nama yang dicadangkan untuk parti tersebut ialah PARTI MISMAH.. Ini sempena memperingati dan memberi penghormatan kepada wanita yang berjaya membongkarkan isu kod misteri 71..

Selain Azmin.., Saifuddin dan juga Zuraidah Ampang juga bakal menjadi tunggak utama Parti MISMAH tersebut.

Sudah tentu Azmin bakal dinobatkan sebagai Presiden Parti.. Manakala Saifuddin sebagai Timbalan dan Zuraidah sebagai De Facto parti..

Menurut sumber yang dekat dengan Saifuddin, parti baru itu akan menggunakan lambang tongkang untuk melambangkan keperitan warga asing yang mahu berkerja di negara ini..

Dan matlamat perjuangan parti Mismah itu adalah bagi mendapatkan taraf kerakyatan kepada seramai mungkin warga PR di Malaysia melalui medium politik...

So, bagi sesiapa yang hendak menyertai parti Mismah ini.., dia haruslah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu mestilah Pendatang Tanpa Izin ataupun PERNAH berstatus sebegitu..

Bangsa tak menjadi hal kerana Parti Mismah terbuka kepada semua warga Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Nepal dan juga lain-lain...

Sumber cerita Mc ambil kat SINI. he he..

McTheory:
Azmin memang pak lawak dalam PKR laa.. ha ha ha..

Khamis, 17 Februari 2011

KASI PANAS!! SAMSIDAR ADA SAHAM RM20 JUTA??




Ummi Hafilda Ali menggesa pihak berkuasa menyiasat pemilikan saham isteri kepada Timbalan Presiden PKR Shamsidar Taharin yang didakwa bernilai jutaan ringgit.


ini kerana pemilikan saham itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan salah laku Penasihat PKR,Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 1998 dan Azmin Ali yang merupakan suami kepada Shamsidar.

laporan dari UTUSAN menyebut Ummi Hafilda mendakwa,beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu yang disifatkannya sebagai habuan Anwar ke atas Shamsidar.

“Saya tidak fitnah,saya dedahkan untuk menegakkan kebenaran. Di sini, saya ada bukti asal sijil (sambil menunjukkan dokumen) nilai saham yang dipegang oleh Shamsidar bernilai jutaan ringgit.Jadi mana mungkin seorang isteri yang tidak bekerja,mampu meraih wang dan kekayaan sebanyak itu,” katanya semasa berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Kampung Johan Setia di sini, malam kelmarin.

Turut hadir bekas Setiausaha Politik kepada Anwar,Senator Ezam Mohd. Nor.Tambah Ummi Hafilda, sebelum ditahan polis pada 17 Ogos 1997 Azmin pernah menemuinya dan meminta menarik balik tuduhan ke atas Anwar serta mengajarnya bagaimana menipu polis dengan menukar kenyataan seperti mana dimahukan oleh Ketua Pembangkang itu.Malah,Azmin turut menawarkan RM100,000 kepadanya di sebuah restoran termasuk projek iklan bernilai RM50 juta sekiranya bersetuju menarik balik tuduhan tersebut dan membuat pengakuan palsu.

“Namun,saya tetap dengan pendirian saya. Saya sedih dengan tindakan Azmin kerana sanggup melakukan perkara tersebut.Saya tidak sanggup memakan duit rasuah dan berhadapan apa juga kemungkinan yang berlaku ke atas saya walaupun saya dihina, dimaki-hamun dan sebagainya sebelum ini,’’ katanya.

APALAH NASIB AZMIN NI.SATU PERSATU TELAH DI BONGKAR,SELEPAS AZMIN SHAMSIDAR PULAK.NAMPAKNYA APA YANG BERLAKU MUNGKIN ADA HIKMAH NYA.KEBENARAN AKAN MENJELMA.SPRM TOLONG SIASAT.


P/s: Tudiaaa.. banyak betui duit depa.. 

Mctheory:
haaa!!.. tunggu apa lagi bang man, bang aju, bang ucop.. pi la siasat..

Khamis, 18 November 2010

ANWAR TETAP KUDAKAN AZMIN DARI BELAKANG!!


1. Saat artikel ini ditulis, AnWAR dikhabarkan masih berada di Australia, tiada ahli keluarga atau PKR yang mengiringi beliau. Atas biaya apa AnWAR di sana? Apakah melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor? ADUN BN Selangor harus menggunakan sidang DUN sekarang untuk menanyakan soalan ini kepada MB Selangor!

2. Kemelut yang melanda PKR kini langsung tidak diendahkan AnWAR. Beliau membisu seribu bahasa mendepani bantahan ahli-ahli PKR sendiri samada secara terbuka atau senyap terhadap diri beliau dan 'perkongsian' istimewa beliau bersama Azmin Ali. Ibarat orang pekak dan bisu, AnWAR diam seribu bahasa terhadap isu ini.

3. Kasihan Saifuddin Nasution, setiausaha agung yang benar-benar mahu mengambil hati AnWAR dengan melaksana apa jua arahan AnWAR biarpun menyerlahkan kebodohan beliau! Jelas Saifuddin nampak letih menjawab semua persoalan di sebalik keraguan terhadap undi yang diperolehi oleh Azmin. AnWAR tetap lepas tangan.

4. Manakala Azizah kekal menjadi Presiden 'boneka', malahan semakin teruk. Boleh disifatkan Azizah kini adalah presiden 'patung' kerana jika boneka beliau masih boleh bergerak. Kini beliau menjadi patung kerana tidak mampu langsung untuk bersuara mengenai kemelut PKR biarpun AnWAR berada di luar negara meninggalkan Azizah di sini!

Ahad, 17 Oktober 2010

LAGI KISAH MENARIK ANWAR DAN AZMIN!!


DALAM tempoh tidak sampai dua minggu, ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkunjung dua kali ke Indonesia. Ramai yang boleh membaca strategi Anwar. Beliau mahu mendapatkan sokongan sebanyak mungkin daripada pihak luar bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat kali kedua. Matlamat beliau adalah mahu melihat gelombang campur tangan asing supaya mengenakan tekanan ke atas kerajaan Malaysia.

Setakat ini, apa yang beliau harapkan itu tidak menjadi kenyataan meskipun ada pihak luar yang simpati dan telah termakan dengan muslihatnya. Awang percaya tiada pemimpin di dunia yang terlibat dalam kes mahkamah berkaitan salah laku peribadi, begitu ghairah mengheret masyarakat antarabangsa untuk bersimpati dengannya kecuali Anwar.

Di Indonesia, seperti biasa, Anwar bermain dengan sentimen untuk menagih simpati dan sokongan. Bukan itu sahaja, beliau menabur janji untuk menyelesaikan segera masalah antara kedua-dua negara jika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Begitulah liciknya Anwar untuk menangguk di air keruh.

Seperti yang diduga, pemimpin PKR itu menggambarkan beliau tokoh berkarisma, berintegriti, bermoral dan berpegang kepada demokrasi. Beliau memuji media Indonesia kerana mengamalkan kebebasan media yang lebih meluas. Itu juga cara beliau untuk terus disayangi oleh media negara berkenaan.

Pada pandangan Awang, sebahagian media Indonesia belum cukup mengenali Anwar. Di Malaysia, beliau sendiri tidak berpegang kepada janjinya untuk mengamalkan kebebasan media, hak bersuara dan demokrasi sebagaimana manifesto pilihan raya umum lalu. Kalau di Indonesia, kes salah laku pemimpin seperti Anwar ini, pasti dibongkar habis-habisan, belum pun sempat sampai ke muka pengadilan. Lihatlah apa yang terjadi kepada bekas penyanyi kumpulan pop Peterpan, Ariel ekoran skandal seks (bukan sejenis) dan beberapa politikus di negara itu.

Di banyak negara Barat, pemimpin yang terlibat dengan kes gangguan seksual juga tersungkur menerusi pendedahan media. Beberapa skandal seks sejenis melibatkan pemimpin turut berakhir dengan peletakan jawatan mahupun pemecatan, yang penyandangnya tidak mengheret rakyat. Mujur Anwar menjadi pemimpin di Malaysia.

Begitu juga dalam isu kebebasan media. Kalau di Indonesia, pemimpin seperti Anwar yang tidak bersikap terbuka, akan teruk dihentam. Ini kerana beliau diketahui suka memboikot media dan memarahi wartawan yang menanyakan soalan yang tidak digemarinya.

Awang percaya suatu hari nanti, media Indonesia akan lebih mengetahui siapa sebenarnya Anwar. Topeng beliau akan tanggal jua akhirnya. Beliau adalah oportunis dan pelakon terhebat yang pernah dilahirkan oleh pentas politik Malaysia. Indonesia juga pasti akan gawat jika ada pemimpin seperti beliau.

Hipokrasi Anwar mungkin menjadi di luar negara tetapi tidak lagi di negaranya sendiri mahupun dalam parti pimpinan beliau. Puluhan pemimpin PKR telah meninggalkan Anwar kerana hilang kepercayaan kepada beliau. Satu demi satu pendedahan oleh pembantu beliau membuka lagi pekung Anwar. Mesej mereka, perjuangan Anwar hanya untuk kepentingan peribadi - menjadi Perdana Menteri dan menutup masalah moralnya. Maka orang seperti beliau terdorong untuk lakukan apa sahaja biarpun mengkhianati agama, bangsa dan tanah air.

Lalu Awang teringat kisah Perdana Menteri, Umaiyuddin Muhammad al-Aqami ketika pemerintahan Khalifah al-Mustashim Billah (640-656H) di zaman Bani Abbassiyah. Disebabkan kerakusan untuk menjadi khalifah (pemimpin agung), Umaiyuddin sanggup meminta campur tangan asing dan melakukan pengkhianatan, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Bani Abbassiyah.

Sebagaimana Umaiyuddin, Anwar nampak ada ruang dan peluang bagi beliau. Sebab itu, Awang tidak terkejut dengan pelbagai kenyataan beliau yang memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di luar negara. Tetapi sedarlah, Malaysia adalah negara demokrasi. Majoriti rakyat masih memilih kerajaan yang ada. Anwar tiada hak untuk bersuara kononnya bagi pihak majoriti rakyat. Itu bermakna beliau menafikan hak rakyat dan melakukan khianat bukan sahaja terhadap negara malah ke atas rakyat. Politik bukan tiket untuk menggugat kedaulatan negara.

Selain Anwar, yang turut memburukkan Malaysia di Indonesia baru-baru ini ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Beliau mendakwa rakyat Malaysia menuntut adanya perubahan kononnya untuk kebaikan kedua-dua negara. Sebenarnya perubahan yang diharapkan ialah agar Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin boleh terselamat daripada segala-galanya termasuk rahsia tertentu yang diperkatakan ramai ahli PKR.

Kepada Anwar dan Azmin, berhentilah daripada bersikap hipokrit. Sehebat mana sekalipun perancangan dan percaturan kita, ingatlah ia tidak akan dapat mengatasi ketentuan Ilahi. Janganlah jadikan rakyat dan negara sebagai taruhan.

Maka Awang tersentuh apabila ada sekumpulan ahli-ahli PKR menghantar memorandum kepada Anwar di pejabatnya semalam memohon agar beliau segera bertaubat. Anwar sepatutnya tahu hakikat mengapa beliau perlu bertaubat.

Kita umat Islam sentiasa dituntut bertaubat selagi ada kesempatan. Sebagai pemimpin, usahlah heret rakyat hanya disebabkan dosa dan perilaku buruk yang sentiasa cuba diselindungi. Janganlah jadi seperti Umaiyuddin, yang akhirnya menyesal atas segala perbuatan tetapi sudah terlambat. Keluarganya sendiri ditimpa musibah. Umaiyuddin menempuh saat-saat terakhir hayatnya dalam penghinaan yang dahsyat. Sejarah sepatutnya mengajar kita, bukan membenarkan kesilapan itu berulang dan terus berulang.

sumber Malaysia Instinct

Mctheory:
Benda busuk, lama2 akan berbau jugak..

Rabu, 13 Oktober 2010

TERANCAM!! CERITA MENARIK MENGENAI AZMIN!


Oleh Zulkiflee Bakar

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang juga merupakan orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan memperolehi laluan mudah untuk mencapai cita-cita politiknya menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan.

Justeru Azmin dengan penuh keyakinan mencalonkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Azmin begitu yakin dengan sokongan Anwar, beliau akan berupaya bergandingan dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR.

Apabila pencalonan di peringkat cabang bermula, Azmin mendapat 98 pencalonan. Jumlah itu jauh meninggalkan pencabar-pencabarnya antara Datuk Zaid Ibrahim (38 pencalonan) Mustafa Kamil Ayub (17 pencalonan) dan Tian Chua (5 pencalonan), Tan Sri Khalid Ibrahim (6 pencalonan) dan Nurul Izzah Anwar (3 pencalonan).

Bagaimanapun itu bukanlah jaminan Azmin akan mendapat kemenangan mudah. Ini terbukti apabila Azmin disahkan akan ditentang oleh tiga calon lain.

Setakat ini Azmin akan ditentang oleh Khalid dan Mustafa Kamil manakala Zaid dijangka menyusuli memandangkan Nurul Izzah dikatakan lebih selesa bertanding jawatan Naib Presiden manakala Tian Chua pula sudah dilantik Khalid menganggotai satu jawatankuasa khas menilai keputusan Khalid untuk bertanding. Ia bermakna bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin yang dilihat sebagai calon favourite akan berhadapan dengan 'serangan' tiga penjuru iaitu daripada Zaid, Khalid dan Mustafa Kamil.

Keputusan ketiga-tiga mereka bertanding memberikan isyarat yang jelas bahawa walaupun Azmin dilihat orang kepercayaan kepada Anwar dan sepatutnya diberi laluan mudah, namun ia tidak termasuk dalam perkiraan politik calon-calon yang bertanding.

Ketiga-tiga mereka, membuat keputusan untuk bertanding dengan alasan tersendiri dan paling nyata ialah ingin mengubah PKR menjadi sebuah parti yang lebih baik dan bukan sekadar dikuasai oleh satu dua orang sahaja.

Apa yang jelas, di dalam PKR sendiri rasa muak dengan gelagat gabungan Anwar-Azmin semakin ketara sehinggakan Wan Azizah sebagai Presiden yang sah dilihat tidak mempunyai apa-apa kuasa.

''Kita ingin menamatkan penguasaan Anwar- Azmin melalui pemilihan ini. Ia kerana ramai ahli PKR melihat bahawa parti itu tidak akan ke mana jika gabungan berkenaan berterusan, biarpun Wan Azizah menjadi Presiden.

''Wan Azizah tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan segala-galanya ditentukan oleh Anwar-Azmin,'' kata seorang pemimpin PKR di Selangor kepada penulis.

Menurut pemimpin berkenaan, pada masa ini di peringkat akar umbi terdapat perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR terutamanya menyentuh soal gabungan Anwar- Azmin.

''Walaupun Azmin mendapat pencalonan terbanyak tetapi itu bukanlah jaminan, apatah lagi sebahagian pencalonan diberikan ketika ramai ahli tidak hadir ke mesyuarat cabang yang semua tahu 'dihiasi' dengan pelbagai adegan yang memalukan,'' katanya.

Tetapi apa yang menjadi persoalan ialah sejauh manakah Zaid, Khalid mahupun Mustafa Kamil akan mampu menyekat kemaraan Azmin yang sudah pastinya akan mendapat sokongan kuat Anwar yang kini bertindak sebagai pengurus kempen beliau.

Mengulas perkara ini bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, peluang untuk Azmin mencapai kemenangan adalah cerah jika terlalu ramai calon bertanding.

Oleh itu, kata beliau, Zaid dan Khalid terutamanya yang dilihat 'musuh politik' Azmin perlu menyusun strategi bagi menumbangkan Azmin.

''Zaid mungkin tidak perlu bertanding jawatan Timbalan Presiden sebaliknya bergabung dengan Khalid di mana beliau (Zaid) bertanding jawatan Presiden.

''Ia bermakna Zaid dan Khalid akan menubuhkan pasukan bersama menentang Anwar-Azmin, manakala Wan Azizah, saya yakin beliau akan menarik diri jika Anwar bertanding,'' katanya ketika dihubungi.

Apa yang dikatakan oleh Anuar mungkin hanya satu andaian tetapi peluang gabungan 'dua anak Ibrahim' iaitu Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim untuk menumbangkan Azmin bukanlah satu yang mustahil.

Ia kerana mereka dikatakan mendapat sokongan padu daripada pemimpin dan ahli PKR bukan Melayu manakala Azmin pula mempunyai penyokong tersendiri.

''Pertembungan secara langsung satu lawan satu adalah lebih mudah mengalahkan Azmin berbanding banyak penjuru,'' kata Anuar.

Selain itu beliau juga melihat keputusan Khalid untuk bertanding adalah manifestasi daripada perasaan tidak puas hati Menteri Besar Selangor itu terhadap Azmin.

Sebenarnya, bukanlah satu rahsia lagi bagaimana Azmin dilihat banyak menganggu pentadbiran Khalid di Selangor sehingga Zaid sempat bertanya, ''apakah tindakan menggugat pentadbiran sebuah negeri yang diperintah oleh parti sendiri bukan satu kesalahan.''

Oleh itu Khalid memberanikan diri untuk mencabar Azmin walaupun beliau hanya memperolehi enam pencalonan.

Bagi Khalid, soal menang atau kalah bukan soal utama, begitu juga Zaid tetapi apa yang lebih penting kepada mereka ialah menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan bagi memperbaiki keadaan di dalam parti.

Zaid seperti mana diketahui begitu lantang mengkritik kepincangan yang berlaku di dalam parti itu, malahan beliau juga secara terbuka mahukan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden dihormati.

Selain itu secara tersirat Zaid juga berhasrat menamatkan penguasaan politik Anwar-Azmin yang dilihat memungkinkan PKR kini semakin 'buruk wajahnya'.

Apa pun keadaannya, ramai pemimpin dan ahli PKR yang dihubungi oleh penulis mengakui bahawa kedudukan Azmin sememangnya goyah dan semakin tidak stabil di dalam parti itu.

Namun begitu bukanlah mudah untuk mana-mana calon menewaskan beliau bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden memandangkan seperti mana kata Anuar Shaari, ''Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Azmin menang termasuklah pendekatan 'tawar dan ugut.''

Tidak kiralah apa pun andaiannya tetapi apa yang pasti, politiking di dalam PKR adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan parti lain.

Keghairahan kerana merasakan pembangkang akan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang telah menjadikan pencalonan dan pemilihan PKR di peringkat cabang dan pusat begitu bergelora sehinggakan ada kerusi yang berterbangan.

Sudah pastilah politiking ini akan berterusan dan ia dijangka 'lebih dahsyat' menjelang pemilihan peringkat pusat pada November nanti. - Utusan Malaysia

Mctheory:
Kita tengok je apa nak jadi.. he he.. sambil tambah2 sikit..

Selasa, 5 Oktober 2010

PANAS!! AZMIN ALI YANG TERLAMPAU??........



Mc tak tahu kenapa si Azmin ni boleh bertindak sangat kurang ajar dengan mengutuk Ayahanda Tun Dr Mahathir pemimpin 'tersungkur' di Australia. Apa motif dia cakap macam tu pun tak tau la. Dia ingat pengaruh politiknya dah cukup kuat untuk bertempur dengan Tun kot. Setakat Anwar tu, dia sendiri pun takut nak menghadapi pengaruh Tun Dr M yang sememangnya negarawan ulung yang banyak berjasa kepada negara.

Hari tu si Nurul Izzah anak anwar, ajak Tun berdebat, kali ni si 'kroni satu bini' dengan bapaknya si Azmin (nama glemer ASSMIN) pulak mencari pasal. Mc dapat agak, sebenarnya mereka-mereka ini hanya mencari glamor.. bila kutuk pasal Tun Dr M, mungkin geng PKR yang suka baling kerusi ini akan undi diorang. Sebab puak PKR mana ada otak center, semua otak senget, bab buruk-buruk puak macam ni suka sangat la.

Kalau ko rasa nak hidup lama, jangan ko cuba sentuh dan kutuk Tun Dr M, baik ko pegi jaga anak bini kot tu? Tapi pondan terlampau macam ko dan abang ko cuma berani cakap je, bila dicabar, kecut habis teloq ko tu. Kalau tak, takkan sampai nak gadai bini, ye tak??

Dah ramai blogger mencabar Azmin buat DNA untuk buktikan Afifah tu anak siapa?? Amacam Azmin? Ada berani ke??

P/s: Ko memang bodoh Azmin, banggang tahap babi Senak!!

Mctheory:
Ko ingat lubang bontot ko besar, kami takut ke?? he he he..

Ahad, 19 September 2010

ZAID TAKKAN DAPAT TEWASKAN 'KEKASIH' ANWAR! Tak payah bertandinglah....


Sudah dijangka, Zaid bakal ketinggalan jauh dalam percalonan untuk bertanding sebagai orang nombor dua dalam PKR. Ini baru permulaan, lebih baik Zaid tak payah masuk bertandinglah. PKR tue kan TIGA A yang punya, AAA = Anwar = Azizah = Azmin. Sepatutnya Zaid perlu sedar diri apabila menghadapi situasi sebegini.

Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.

Mustafa Kamil
Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.

Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Setar.

Azmin sudah dapat 13 percalonan dan dijangka akan terus bertambah percalonannya. VP PKR Mustafa Kamil pulak calon yang paling tidak popular, tetapi sehingga kini Mustaffa sudah mendapat 6 percalonan, lebih satu dari Zaid. Jika situasi ini berterusan, Zaid kemungkinan besar akan menghadapi laluan sengit untuk bertanding sebagai orang nombor dua PKR.

Strategi pujuk dan rayu Zaid takkan dapat menewaskan strategi bodek dan ampu yang dipakai oleh Azmin. Sebagai kawan karib dan juga 'kekasih' Anwar yang paling setia, Anwar dalam diam-diam turut memberi sokongan kepada Azmin Ali untuk bertanding seterusnya menduduki jawatan nombor dua dalam PKR.

Jika Azmin menjadi Timbalan PKR, Khalid gagap di Selangor pun akan menghadapi masalah. Kemungkinan besar, Azmin yang akan ambil alih MB Selangor dari Khalid. Sudahlah Azmin pengerusi PKR Selangor beliau juga Timbalan Presiden PKR. Dengan reputasi buruk Khalid Gagap di Selangor, nescaya dia akan tersungkur dari kerusi MB.

P/s: Nampaknya, Azmin sudah tunjuk kuasa sebenarnya didalam PKR. Almaklumlah.. dia sendiri kata dia dah lebih 10 tahun dalam PKR, sendiri mau ingat la.

MctHeory:
Kita selalunya perlukan 'surat' sokongan untuk 'backup'. Tapi Azmin guna 'isteri' sokongan untuk menang...he he he..

Selasa, 14 September 2010

AZMIN DAN ANWAR DAH MULA MAIN WAYANG!


Macam biasa…bila nak mengelat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pukul UMNO dulu.Ini bila wartawan tujukan soalan samaada beliau menyokong Azmin Ali,yang diketahui umum anak emasnya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR nanti.

Anwar ditemui wartawan semasa majlis Hari Raya di Seberang Jaya,Pulau Pinang Sabtu.Azmin turut hadir sama di majlis berkenaan.

Beliau sebaliknya bertanya apakah kisah beliau sokong Azmin dilaporkan oleh media milik UMNO.

Katanya jika itu halnya beliau peduli apa.

Anwar bagaimanapun mengulangi cakap biasanya menghornati proses demokrasi dan menyerahkan kepada ahli membuat penentuan berasaskan penilaian mereka terhadap calon.

Azmin pula mengelak untuk mengesahkan samaada beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Katanya beliau masih belum membuat keputusa dan sedang berbincang dengan kalangan ahli untuk memastikan jawatan yang ditandinginya tidak menjejaskan harapan PKR dalam pilihanraya umum akan datang.

Namun begitu Azmin segera mengingatkan bahawa beliau sudah berada dalam PKR sejak 10 tahun lampau.

Katanya para ahli parti itu boleh menilai sendiri samaada beliau dapat memimpin atau tidak.

Datuk Zaid Ibrahim yang sudah mengumumkan hasratnya nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang baru dalam PKR.

Para pemerhati politik melihat kehadiran Azmin yang juga Naib Presuden PKR dan Pengerusi PKR Selangor di majlis Hari Raya Anwar itu sebagai sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh dalam kontek pemilihan jawatan PKR nanti.

Namun ‘ wayang’ Anwar-Azmin dijangka akan terus diulang tayang berkali untuk mengambarkan bagaimana demokratiknya PKR.

Sedangkan Zaid awal-awal sudah bising mengenai perbuatan menghentam dan fitnah beliau menjelang pemilihan jawatan parti itu.- Agendadaily

MctHeory:
Dua-dua ekor couple jantan ni memang pandai berlakon. Menyampahlah tengok!!

Selasa, 17 Ogos 2010

AZMIN ALI KATA BN GUNA STRATEGI BAPUK! EHH SILAP LAPUK! he he..


Lama juga tak dengar kenyataan dari orang kanan Anwar yang paling setia ni. Sanggup korban apa saja demi Anwar harta dan isteri. he he he. . Baca kenyataan Bapuk tua ni,

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk.


Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata.


“Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri.


“Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak,” kata Azmin dipetik dalam laman blognya - Sinar Harian

Mc kata dia ni bapuk sebab mana ada orang laki belaan Anwar yang paling lama dibela. Semua dah blah dah, tinggal bapuk tua ni sorang ja lagi yang setia bersama Anwar. Azmin, tak payah la ko nak bersuara tegur sana sini. Jaga keluarga ko lagi bagus kot. Isteri kasi pinjam sana-sini lagi mau bising. Kan abang si Azmin ni (azwan ali) pun bapuk kan..patut la dia pun terpengaruh.. kah kah kah. . bapuk tua..

Kami tahu la, PKR tak pernah pikir nak tolong melayu. PKR cuma nak tolong Anwar jadi PM je pun, setakat nak gadai hak melayu untuk cina bagi laluan Anwar ke PM tu, takdak masalah la kan. Memang sanggup PKR nak lakukan. Soo.. tak payah la ko nak orang ajar lain la ye. Orang kenal ko la bapuk tua.

MctHeory:
Kalau BN guna strategi lapuk, PKR kena guna Strategi bapuk kot! kah kah kah. .

Selasa, 27 Julai 2010

KASI PANAS! Azmin "Kesayangan" Anwar - Zahid Md Arip



Lagi satu video yang menarik untuk ditonton. Zahid Md Arip you r da best la!! he he he. .

MctHeory:
Geli dengar hubungan Azmin dengan Anwar!

Isnin, 5 Julai 2010

KENANGAN PANAS: HUBUNGAN SPECIAL ANWAR IBRAHIM DENGAN AZMIN ALI



Mc amat suka membuka sejarah kembali isu-isu panas yang pernah mewarnai dunia politik tanah air. Mc petik post dari blog Maharaja Blogger. Ulasan dan kesimpulanya amat menarik perhatian untuk dibaca.

Beberapa persoalan menarik timbul bila bekas orang rapat Anwar Ibrahim memperkatakan hubungan special antara Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Mulanya Datuk K.S. Nallakaruppan telah menyatakan sudah sampai masanya bagi Anwar memecahkan rahsia kenaapa Azmin Ali bekas setiausaha sulitnya sangat istemewa kepadanya. Ini diikuti pula cerita bekas Ketua Bahagian PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari yang melihat hubungan Anwar Azmin lebih dari sekadarkan antara antara seorang perkerja dengan majikan.

Beliau memberitahu akhbar The Star 20 Oktober " Azmin merajuk bila di marahi Anwar dan bila dia tidak datang kerja, Anwar seperti berada dalam keadaan terganggu dan tidak boleh menumpukan kepada kerjanya.

" Apabila Azmin tidak ada, Anwar akan berkali kali bertanya kenaapa dia tidak datang kerja dan sering bertanya samaada ada dia ada buat panggilan atau tidak"

Bagi kebanyakan orang yang pernah berada dalam percintaan tentulah dapat melihat kembali diri mereka sendiri dalam keadaan demikian.

Menurut Anuar lagi mungkin benar dakwaan Nallakaruppan bahawa tidak ada orang yang sanggup berkorban seperti cara Azmin untuk Anwar.

Sayangnya Anwar pada Azmin adalah lebih jelas bila Azmin juga yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah sedangkan ramai lagi pemimpin pemimpin Sabah yang lebih layak.

Antara sebabnya seperti yang diberitakan oleh Utusan Malaysia ialah kerana Anwar Ibrahim hilang kepercyaaan kepada Datuk Jeffrey Kitingan Naib Presiden PKR kerana gagal melompatkan Anggota Parlimen Sabah dari Barisan Nasional ke dalam PKR .

Selain dari itu mungkin kerana kepercayaan Anwar amat tinggi kepada Azmin seperti percayanya seorang suami kepada isterinya yang setia.

Soalnya sekarang ialah kenaapakah Nallakaruppan dan juga Anuar Shaari mengambil masa bagitu lama untuk mendedahkan hubungan special antara Azmin yang jambu dengan Anwar Ibrahim

Sebelum ini pun telah didengar cerita bahawa semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Azmin sebagai setiasulitnya telah membuatkan pengiring pengiring keselamatan merasa nak termuntah kerana melihat intimnya mereka seperti kekasih bila membelibelah di luar negara.

Pelik juga kenapa Nallakarupan meminta orang ramai bertanya kepada isteri Anwar, Wan Azizah mengapa Azmin terlalu special kepada Anwar

Hanya Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali sahaja dapat menceritakan hal yang sebenar.



MctHeory:
Pelbagai persoalan telah timbul.. namun hubungan ini masih menjadi rahsia. Apakah disebabkan hubungan ini, Anwar mahu melantik Azmin sebagai MB Selangor yang seterusnya? Possible, its possible.. he he he. .