Rupanya kemarahan rakyat Malaysia terhadap Alvin Tan blogger porno, tidak hanya pada umat Islam sahaja. Kaum cina sendiri pun menolak cara Alvin menghina agama lain dengan perbuatan yang tidak munasabah atau bahasa kasarnya 'gila'.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong telah mengutuk blogger seks kontroversi Alvin Tan sebagai gila kerana cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan posting video yang paling 'panas' dan kontroversi di facebooknya.
si gila menghina azan |
"Beliau tidak mempunyai fikiran yang waras dan sengaja melakukan perkara ini," kata Dr Wee pada pemberita semalam. Selepas beliau melancarkan Pameran Bahan Bangunan dan Teknologi Pembinaan Southern Malaysia.
Malah beliau menyatakan bahawa, ini bukanlah kali pertama penulis blog itu melakukan perkara (menghina agama Islam) seperti ini.
Sambil itu, Dr Wee turut menekankan bahawa menghormati budaya dan agama lain adalah amat penting dalam memastikan keharmonian di negara kita.
"Kita tidak patut buat perkara (hina agama) orang lain, sepertimana kita juga tak mahu orang lain lakukan perkara yang sama pada agama kita," kata beliau, sambil menambah bahawa video Tan benar-benar tidak boleh diterima akal.
1 ulasan:
Dia tinggal dUS sekarang jadi tak kena mengena dengan Malaysia. Pertama sekali paras rupa dia memang ternyata bangsa Cina. Yang terpalit nanti bangsa Cina juga..
silap2 dia kena katok dengan Cina Islam dari Tanah Besar Negara Cina.
Negara Barat extremist bercambah, terutama yang hijrah dari Negara2 Arab, Pakistan dan Indonesia. Jangan main2. Keluar Fatwa dari Iran jenuh dia nanti!
Dia dok main macam ni di perantauan, kepala kena campak kat jalan baru dia padan muka.
Catat Ulasan