Jumaat, 24 April 2015
Propaganda Inggeris Bodohkan Sejarah Melayu!
Disebalik hikayat Tuah dan Jebat yg sebenar
Cerita ini tiada kaitan dengan politik atau sesiapa saja. Cuma nak tegur apa yg sepatutnya.
Kisah Tuah dan Jebat memang benar wujud dua tokoh pendekar orang melayu tu. Cuma wataknya telah diubahsuai oleh Inggeris, supaya menjadi bacaan khayalan org melayu, dan tiada tokoh yg baik utk bangkit menentang penjajah.
Tuah seorang pendekar yg kuat, berkepimpinan dan taat setia. Tapi diselitkan hingga menjadi tokoh yg setia membuta-tuli malah sanggup mengadaikan bakal Isterinya kepada Sultan (beberapa-kali).
Mana maruah seorang pendekar melayu, jika Isteri diberikan pada orang?
Jebat ni hero kedua, setia pada kawan, berani dan mencabar kepimpinan yg menyalahgunakan kuasa. Tetapi endingnya dicemarkan dengan Jebat, melawan Sultan, menakhluki istana dan menjadi kaki perempuan (gundik) dan kaki minum.
Sebenarnya.. relevan Jebat melawan pemerintah yg kejam dan zalim. Tapi sengaja pencerita yg diupah oleh Inggeris membunuh watak Jebat dgn pengakhiran buruk.
Biar Melayu Tiada Tokoh!
Sama juga dgn watak Mat Jenin, seorang anak muda yg bercita-cita tinggi mahu berjaya. Namun akhirnya jatuh pokok kelapa dan meninggal dunia. Semua tokoh dan watak melayu sebelum merdeka, dimatikan atau diburukkan pengakhirannya, utk menunjukkan melayu tidak boleh berjaya.
Inilah propaganda Inggeris mem'bodoh'kan kaum melayu. Sedang sejarah sebenar kita telah ditipu dan disembunyikan.
Tahukah anda Kesultanan Melayu Siam Kedah wujud lebih lama dari keturunan Raja Thai sekarang? Malah Thailand itu sebenarnya Kedah yang telah dijajah dan diperlakukan penghapusan etnik pada sejarah kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
betul tu..
org putih ni memang lanun, perompak & barbarik...
manalah dia tau apa yg yg ada di dalam otak/fikiran oleh mat jenin, pastu org kita plak pecaya cerita dongeng tu..
mana cerita g sebenarnya..nak tahu sgt pasal hang tuah n hang jebat
Tkpayah ckp pasal org putih.. org cina dn pakatan haram yg ada skrg sudah cukup utk ssmbung kerja org putih mnjahanamkan kita..
Apakah ada Jebat sekarang ni yang tidak tercemar dengan gubahan orang putih.
Atau sebenarnya perangai dan sikap orang Melayu memang dah macam tu dari dulu hingga sekarang... Tidak pula ada bukti mat saleh campurtangan dalam penulisan sastera Melayu malah cerita penglipurlara itu ujud sebelum kedatangan barat ke tanah melayu.
Itu kenapa Sejarah Melayu mesti di rungkai semula. Baca juga sejarah Melayu Indonesia. Ramai menyatakan asal Melayu itu dari Indonesia. Betul ke ? Dari mana asal Kesultanan Melayu ? Juga wujud sebelum nya di Nusantara. Bahasa Indonesia lama dan nama-nama mereka mirip Melayu Malaysia yang masih tidak berevolusi di Malaysia. Di Indonesia kita boleh lihat identiti dan nama mereka berevolusi sejajar pengaruh liberalisme, mirip nama panggilan mat saleh, malah Islam berbaur sekular, semua di perbolehkan.
Ada juga menyatakan Melayu bermula dari India malah juga dari China. Mahfum nya Melayu tidak pula macam orang India (termasuk campuran) dan tidak pula macam asli cina....
Islam sudah bertapak di Aceh lebih lama dari di rekodkan. Aceh itu amat sinonim Malaysia di awal nya termasuk Sumatera dan kemudian Melayu Jawa yang berperang dengan suku Melayu Sumatera, pengaruh Belanda dan Jepun, mewujud nya pendekar-pendekar Melayu kerana mempertahankan Raja-Raja mereka, berserta tokoh-tokoh agama.
Semoga apa yang di lakukan kerajaan dan pakar-pakar sejarah Melayu sentiasa silih berganti, berterusan mencari / mengkaji leluhur Melayu. Hakikat nya Melayu kaya dengan tamaddun sejarah dan budaya, selari Islam yang di bawa pedagang dan bangsa Melayu sendiri yang menuntut ilmu di bumi anbiya....
Catat Ulasan