Sabtu, 9 Januari 2010
BERITA: Tun Dr Mahathir Kecewa Dengan Isu Sekarang!
Aku terbaca Tun Dr Mahathir mengulas apa yang berlaku sekarang, isu membakar gereja sangat serius dan patut di selesaikan dengan segera, dalam ulasannya kali ini, aku menganggap beliau amat kecewa dengan kejadian ini. Sila baca apa pendapat Tun Dr Mahathir mengenai isu pembakaran gereja.
Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap keadaan sekarang sangat teruk apabila ada pihak yang tergamak menyerang dan membakar gereja-gereja di Lembah Klang awal pagi semalam.
Bekas Perdana Menteri percaya jenayah itu didalangi oleh puak yang tidak matang yang gagal memahami konsep hidup harmoni pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Kata beliau, isu-isu sensitif di negara ini melibatkan agama selama ini berjaya diselesaikan dan rakyat hidup dalam suasana tenang dan hormat-menghormati.
"Golongan yang rasional dan bertoleransi hidup harmoni di Malaysia selama ini adalah mereka yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi ada segelintir orang di keliling mereka yang tidak matang sehingga berlakunya kejadian yang tidak kita ingini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai empat insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara awal pagi semalam.
Dan yang terbaru hari ini, apabila polis mendapati sebuah lagi gereja, Good Shepherd Lutheran yang dikatakan turut cuba dibakar pada masa yang sama.
Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.
Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.
Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.
Dr. Mahathir berkata, kejadian seumpama itu dapat dibendung jika isu-isu sensitif dibincangkan secara tertutup demi menjaga kepentingan negara dan hubungan antara kaum serta agama.
Beliau berkata, semasa menerajui negara banyak perkara dapat diselesaikan dengan kaedah berkenaan walaupun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat pada waktu itu.
"Kita berjaya selesaikan, masalah tak timbul pada masa saya dulu, kita mesti ingat negara ini ada pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai bahasa jadi kita tidak sepatutnya bincang yang sensitif secara terbuka," jelas beliau.
Dalam pada itu, beliau menegur sesetengah media yang sengaja mensensasikan sesuatu isu walaupun ia boleh menyinggung perasaan pihak lain.
"Jadi ini adalah sesuatu yang kita mesti elakkan," tegas beliau.
Ini kerana, tambah beliau, sejak akhir-akhir ini semua pihak mahu mebuktikan mereka lebih liberal termasuk rakyat dan kerajaan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal - Mstar
MctHeory:
Memang beliau sangat kecewa dengan apa yang terjadi sekarang. Di zaman Tun Dr Mahathir, tidak pernah kejadian seperti ini berlaku. Malah semua perkara yang berkaitan dengan isu sensitif diselesaikan dengan cara sulit dan baik bagi kebaikkan bersama.
Lihatlah sekarang, apa telah jadi pada negara kita. Sudah ada yang berani membakar gereja, merosakkan surau dan mengugut rumah-rumah ibadat kaum lain. Ini bukan cara kita. Ini bukan budaya Malaysia. Aku merayu supaya kerajaan dapat selesaikan perkara ini dengan secepat yang mungkin. Perkara ini amat serius!
Sila cari dalang sebenar disebalik semua ini. Kami percaya perbuatan ini, khianat dari orang yang tidak bertanggung jawab. Orang yang tidak suka melihat kedamaian. kami nak orang ini di tangkap secepat mungkin!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Siapa yang tidak kecewa bila lihat negaranya huru-hara akibat permainan politik hanya untuk berkuasa. Jahat berlagak baik, yang berserban kononnya alim. hanya tuhan saja yang tahu apa dalam hati perut mereka
Mie Putra
sape lagi kalo bukan ameno!
SLM BRO..KDG2 MEREKA2 YG MATANG PUN MAMPU DI PENGARUHI OLEH ORG LAIN ATAS DASAR TAKSUB YG MEMBUTA TULI
MCM SI BONGOK ANON 7.22 TU HEHEH
u know bro..
air mata sy menitik baca entry bro ni
terlalu sedih
terlalu keceaw dgn apa yg sdg berlaku
mana rs smngt Malaysia yg ade zaman dulu2??mana...
sy tertanya-tanya..
no wonder, if something yg brpngaruh sdg trlibat dlm prncgn ini..kalo tidak, mcmne org yg buat ni masih blum tertangkap??
renung2kn
ni bahana al bontoti,mngajak minoriti kejalan raya,tak cukup dng pilihanraya,tak telus,rasuah kepalaotak dia.Mcm manala masa depan anak2 aku nk belajar nnti kalau cam ni gaya yg dibawanya,politik spanjang masa,kepalaotak dia tak payah buat kerja lain agaknya.mmg sial la siapa yg bwk cara politik cam ni.
Catat Ulasan