Sabtu, 9 Januari 2010
ISU KALIMAH ALLAH: PERJUANGAN UMNO, DISABOTAJ!
Jangan salah faham berkenaan gambar diatas. Gambar diatas hanya hiasan semata-mata. Ia cuma mengambarkan seorang pemimpin melayu Islam, yang menjadi tokoh pejuang kepada kepimpinan Gereja Kristian di Malaysia.
Semalam saya sudah membuat teori berkenaan motif tersembunyi oleh tangan ghaib yang jahat untuk menghuru-harakan Malaysia, dengan meneguk di air yang keruh.
Isu Kalimah Allah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Islam di Mlalaysia (tidak termasuk Pas) yang disokong juga oleh Perdana Menteri Ds Najib sendiri, akhirnya menjadi satu exsiden yang memalukan dalam sejarah negara.
Ramai yang bertanya, angkara siapakah perbuatan lahanat tersebut. Rakyat Malaysia secara amnya amat kecewa dengan kejadian membakar dua gereja oleh individu yang tidak dikenali.
Walaupun ramai Ulama-ulama, tokoh Islam dan NGO-NGO Melayu yang membantah mengenai Isu 'Kalimah Allah' tetapi, mereka semua tidak menyokong sama-sekali tindakan membakar gereja. Hanya orang yang jahil agama dan buta undang-undang sahaja yang akan melakukan perkara demikian.
Timbul pula tuduhan-tuduhan liar keatas UMNO. Katanya UMNO menjadi dalang kejadian membakar gereja. Tuduhan jika difikirkan, memang banyak boleh dikaitkan dengan UMNO, kerana UMNO betul-betul memperjuangkan isu ini. Akan tetapi, jika difikirkan secara logik yang ada, dan mengikut pengalaman yang lepas. Adakah mungkin UMNO yang melakukannya?
UMNO bukan juara untuk melakukan kekecohan. UMNO tiada tokoh yang boleh menghuru-harakan negara. Malah pemimpin UMNO sekarang, agak lembut dan tidak agressif. Mana mungkin UMNO dalangnya. Tidak pernah kita lihat ahli-ahli UMNO berdemo sambil membuat rusuhan. Kalau ada pun yang berpiket secara aman. Itu pun tak sampai seribu. Kerana ramai orang UMNO yang cintakan keamanan dan kedamaian. Turun memberontak dijalanan bukan cara UMNO. Cara jahat bukan budaya UMNO.
Mungkin ada yang kata ahli UMNO terlalu emosi sehingga berbuat demikian. Jikalau ada ahli UMNO yang hendak berbuat demikian. Sepatutnya semasa isu ini sedang panas lagi, gereja dah dibakar, bukannya sekarang.
Pembakaran gereja ini adalah perancangan yang rapi hanya untuk mengenakan UMNO. Membuat UMNO terperangkap dalam isu ini. Membuatkan kepimpinan negara dipandang serong oleh negara luar. Menunjukkan Malaysia sedang huru-hara di mata dunia.
Cuba anda fikirkan kembali. Hanya UMNO dan NGO sahaja yang memperjuangkan isu 'Kalimah Allah' dan Pas, keputusannya seakan-akan main tarik tali. Anwar pun lambat mengeluarkan kenyataannya, menyokong seperti tidak ikhlas. Sehari sebelum gereja terbakar, Pas mengeluarkan kenyataan akhbar, melarang ahlinya berdemo isu 'kalimah Allah' dan malam sebelum demo yang dirancang secara besar-besaran di seluruh negara, gereja telah pun dibakar oleh individu yang kita tidak tahu. Tidakkah ini seperti dirancang?
Bila terjadi kejadian ini, semua menunding jari ke arah UMNO. Ini semua konspirasi. Ini semua rancangan jahat hanya untuk menjahanamkan UMNO dan negara. Bila negara huru-hara, siapa yang akan ketawa kegembiraan? kalau negara berperang agama, siapa yang akan jadi batu api, umpama menyimbah minyak kedalam api yang marak.
Sebenar dalang sebenarnya adalah DIA. Sudah lama dia menunggu untuk menjahanamkan negara. Sudah lama dia menunggu untuk berkuasa. Jika tidak boleh secara baik, cara jahat pun akan dilakukan. Gadai Agama, gadai bangsa dan gadai negara. Biar tergadai, asalkan aku berkuasa.
Orang ini kehadirannya membawa bencana, kehadirannya umpama malapetaka, sejak dia kembali dari tempat penginapannya. Dia terus mencari sebab untuk memporak-perandakan negara.
Orang ini perlu disimpan semula. Orang ini amat berbahaya pada negara. Jaga-jagalah Malaysia kerana dia akan buat apa saja untuk berkuasa.
MctHeory: Aku tahu pembaca semua dapat meneka, siapakah gerangan 'DIA' yang dimaksudkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
SLM BRO..INI BKN BUDAYA ORG M'SIA TP BUDAYA YG DI BWK MASUK OLEH KOMUNIS DAP, AL JUBUREE & THE GANG!..HARKKK PTUIHHH!!
anuwar geng gile punkuk!
Catat Ulasan