Sponsor

Memaparkan catatan dengan label anuwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anuwar. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2010

ISU: APABILA ANWAR DAH PANAS PUNGKOQ!



Untuk pengetahuan pembaca. Keadaan politik negara berada didalam keadaan yang amat pelik dan membimbangkan. Ini terjadi apabila pihak pembangkang telah merasakan bahawa keadaan dalam negara sekarang lebih memihak banyak kepada kerajaan.

Sokong padu rakyat kepada kerajaan Pusat berterus-terusan, sehingga menimbulkan ketakutan kepada pihak pembangkang. Mereka ini hanya pandai berpolitik, tetapi tidak pandai dalam mentadbirkan kerajaan, walaupun kerajaan negeri.

Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukanlah antara negeri yang maju. Malah kehadiran pembangkang di negeri-negeri tersebut, merosakkan lagi sistem pentadbiran malah yang maju juga telah menjadi mundur.

Sekarang pembangkang hanya menunggu peluang untuk mencari pasal dengan kerajaan. Menunggu peluang untuk menghentam kerajaan. Bermula dengan isu Enjin, gula dan sekarang 'Kalimah Allah', semuanya hendak dipolitikan.

Dahulunya Anwar Ibrahim menjadi hero kepada pihak pembangkang, kerana cucuk dan racunnya kepada rakyat menjadi dan hampir kerajaan BN ditumbangkan pada PRU ke 12. Sekarang Anwar dah panas PONGKOQ, setelah pembangkang dihentam bertalu-talu kerana kebodohan mereka sendiri dan Anwar pula sibuk dengan kes liwatnya. Rakyat pula sudah kembali menyokong kerajaan Pusat, menyebabkan Pungkoq Anwar bertambah panas dan sakit kerana sering diliwat.

Berita dibawah sebagai contoh bagaimana busuk dan jijiknya politik pembangkang!

HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.

"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.

"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.

Menurut beliau, pertimbangan itulah yang menjadi asas kepada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinet mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap beberapa gereja di Selangor dan Perak.

"Bukan sekadar mengutuk tetapi Perdana Menteri sendiri turun padang melihat kesan serangan, malah, dengan segera meluluskan peruntukkan RM500,000 bagi membaiki semula rumah ibadat yang rosak," katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin kemudiannya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap pembangkang yang gemar mempolitikkan semua isu asalkan ia memberi kepentingan kepada mereka.

Katanya, tiada gunanya menjadi kerajaan jika rakyat dan negara berada dalam keadaan kacau-bilau, malah, tegasnya, penyesalan pada masa itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terjamin wgalaupun berlaku beberapa insiden serangan di gereja dan surau.

Jelasnya, pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan negara tidak terancam.

"Laporan media asing yang menggambarkan negara ini berada dalam keadaan meruncingkan adalah tidak benar kerana insiden serangan yang berlaku adalah kecil.

"Buktinya hari ini apabila rakyat pelbagai lapisan agama dan kaum boleh duduk bersama bagi menjayakan program UMNO Juara Rakyat," katanya.


MctHeory:
Hehe.. akhirnya Hisyam sudah bangun pada tidurnya. Lama betul nak tunggu kenyataan Menteri KDN ni. Apapun aku sedar, bahawa sekarang Anwar sudah panas PUNGKOQ! dan UMNO tetap Juara rakyat!

Sabtu, 9 Januari 2010

ISU KALIMAH ALLAH: PERJUANGAN UMNO, DISABOTAJ!



Jangan salah faham berkenaan gambar diatas. Gambar diatas hanya hiasan semata-mata. Ia cuma mengambarkan seorang pemimpin melayu Islam, yang menjadi tokoh pejuang kepada kepimpinan Gereja Kristian di Malaysia.

Semalam saya sudah membuat teori berkenaan motif tersembunyi oleh tangan ghaib yang jahat untuk menghuru-harakan Malaysia, dengan meneguk di air yang keruh.

Isu Kalimah Allah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Islam di Mlalaysia (tidak termasuk Pas) yang disokong juga oleh Perdana Menteri Ds Najib sendiri, akhirnya menjadi satu exsiden yang memalukan dalam sejarah negara.

Ramai yang bertanya, angkara siapakah perbuatan lahanat tersebut. Rakyat Malaysia secara amnya amat kecewa dengan kejadian membakar dua gereja oleh individu yang tidak dikenali.

Walaupun ramai Ulama-ulama, tokoh Islam dan NGO-NGO Melayu yang membantah mengenai Isu 'Kalimah Allah' tetapi, mereka semua tidak menyokong sama-sekali tindakan membakar gereja. Hanya orang yang jahil agama dan buta undang-undang sahaja yang akan melakukan perkara demikian.

Timbul pula tuduhan-tuduhan liar keatas UMNO. Katanya UMNO menjadi dalang kejadian membakar gereja. Tuduhan jika difikirkan, memang banyak boleh dikaitkan dengan UMNO, kerana UMNO betul-betul memperjuangkan isu ini. Akan tetapi, jika difikirkan secara logik yang ada, dan mengikut pengalaman yang lepas. Adakah mungkin UMNO yang melakukannya?

UMNO bukan juara untuk melakukan kekecohan. UMNO tiada tokoh yang boleh menghuru-harakan negara. Malah pemimpin UMNO sekarang, agak lembut dan tidak agressif. Mana mungkin UMNO dalangnya. Tidak pernah kita lihat ahli-ahli UMNO berdemo sambil membuat rusuhan. Kalau ada pun yang berpiket secara aman. Itu pun tak sampai seribu. Kerana ramai orang UMNO yang cintakan keamanan dan kedamaian. Turun memberontak dijalanan bukan cara UMNO. Cara jahat bukan budaya UMNO.

Mungkin ada yang kata ahli UMNO terlalu emosi sehingga berbuat demikian. Jikalau ada ahli UMNO yang hendak berbuat demikian. Sepatutnya semasa isu ini sedang panas lagi, gereja dah dibakar, bukannya sekarang.

Pembakaran gereja ini adalah perancangan yang rapi hanya untuk mengenakan UMNO. Membuat UMNO terperangkap dalam isu ini. Membuatkan kepimpinan negara dipandang serong oleh negara luar. Menunjukkan Malaysia sedang huru-hara di mata dunia.

Cuba anda fikirkan kembali. Hanya UMNO dan NGO sahaja yang memperjuangkan isu 'Kalimah Allah' dan Pas, keputusannya seakan-akan main tarik tali. Anwar pun lambat mengeluarkan kenyataannya, menyokong seperti tidak ikhlas. Sehari sebelum gereja terbakar, Pas mengeluarkan kenyataan akhbar, melarang ahlinya berdemo isu 'kalimah Allah' dan malam sebelum demo yang dirancang secara besar-besaran di seluruh negara, gereja telah pun dibakar oleh individu yang kita tidak tahu. Tidakkah ini seperti dirancang?

Bila terjadi kejadian ini, semua menunding jari ke arah UMNO. Ini semua konspirasi. Ini semua rancangan jahat hanya untuk menjahanamkan UMNO dan negara. Bila negara huru-hara, siapa yang akan ketawa kegembiraan? kalau negara berperang agama, siapa yang akan jadi batu api, umpama menyimbah minyak kedalam api yang marak.

Sebenar dalang sebenarnya adalah DIA. Sudah lama dia menunggu untuk menjahanamkan negara. Sudah lama dia menunggu untuk berkuasa. Jika tidak boleh secara baik, cara jahat pun akan dilakukan. Gadai Agama, gadai bangsa dan gadai negara. Biar tergadai, asalkan aku berkuasa.

Orang ini kehadirannya membawa bencana, kehadirannya umpama malapetaka, sejak dia kembali dari tempat penginapannya. Dia terus mencari sebab untuk memporak-perandakan negara.

Orang ini perlu disimpan semula. Orang ini amat berbahaya pada negara. Jaga-jagalah Malaysia kerana dia akan buat apa saja untuk berkuasa.

MctHeory: Aku tahu pembaca semua dapat meneka, siapakah gerangan 'DIA' yang dimaksudkan.

SIASAT: RAKYAT SELANGOR TOLAK ANWAR!



Edisi siasat: Kali ini kita hendak memerhatikan apa yang telah terjadi disekitar masyarakat kita sekarang. Keadaan ini telah disusun mengikut situasinya. Harap pembaca semua baca dengan teliti mengikut situasi yang telah disusun.

Situasi 1: Penduduk disekitar Desa Mentari, Taman Medan dan Taman Manja di PJS 2,3,4 telah diumumkan mengenai kedatangan Anwar Ibrahim melalui kain-kain rentang yang bersepah digantungkan dipersimpangan jalan.

Situasi 2: Wujud rasa tidak senang dikalangan penduduk, berikutan kedatangan Anwar ke tempat tinggal mereka. Mereka bermesyuarat dan dengan satu hasrat, mereka membantah kedatangan Anwar!

Situasi 3: Jawatan kuasa penduduk setempat mula bertindak dengan mengumpulkan wang dana jawatan kuasa untuk membuat kain-kain rentang ANTI ANWAR bagi menyatakan hasrat penduduk dikawasan tersebut.

Situasi 4: Kain-kain rentang ANTI ANWAR telah digantung disekitar-sekitar taman perumahan, dipersimpangan jalan dan jalan-jalan utama ke kawasan tersebut.

Situasi 5: Kain-kain rentang para penduduk telah menyatakan hasratnya bertulis 'ANWAR IBRAHIM KAMI TIDAK MEMERLUKAN KAMU!' dibawahnya tertulis oleh persatuan penduduk, mewakili penduduk perumahan.

Situasi 6: Hari pertama kain rentang masih tergantung. Hari kedua masih ada, hari ketiga? semua kain rentang ANTI ANWAR telah dibuang! akan tetapi!, semua kain rentang kedatangan Anwar masih ada, tidak mungkin MPSJ atau MBPJ yang membuangnya, kerana kain rentang penjilat Anwar masih lagi direntang.

Situasi 7: Penduduk setempat disekitar taman perumahan berkenaan mula merasakan tidak puas hati dengan keadaan tersebut. Suara hati meraka telah disekat. Mereka difahamkan bahawa, kain-kain rentang mereka telah dibuang oleh geng-geng penjilat Anwar!


MctHeory:
Semua orang tahu bahawa Selangor dibawah kuasa PR dan sekitar PJS 2,3,4 dibawah bidang kuasa PR juga. Apa yang hendak diterangkan disini adalah, kebebasan rakyat yang hendak bersuara untuk membantah, telah pun disekat!

Semua orang tahu bahawa orang-orang Pakatan Haram ini tidak membaca akhbar aliran perdana. Jika baca pun mereka menganggap, akhbar-akhbar tersebut sebagai menipu atau propaganda kerajaan semata.

Pembangkang, selalu mencerca kerajaan bahawa tidak memberi dipeluang, untuk mereka bersuara secara adil. Mereka menuntut kebebasan bersuara! Begitu juga rakyat, kain-kain rentang tadi ialah suara rakyat yang menentang Anwar! Suara-suara rakyat yang telah pun mahu menolak kerajaan PR Selangor.

Rakyat dah muak dengan Anwar, dah muak dengan janji-janji palsu yang akan ditaburkan setiap kali Anwar adakan ceramah. Majoriti penduduk disini sudah berasa tidak selesa dibawah kepimpinan PR Selangor dan MB Gagapnya. Jika mereka dihalang untuk menyatakan hasrat melalui kain rentang, Mereka akan berdendam dan hanya tunggu masa untuk menyatakan hasrat untuk menolak PR dalam PRUke13.

Jumaat, 8 Januari 2010

EDISI SIASAT: SIAPA DALANG BAKAR GEREJA?!



Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan kebakaran dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Akibat perbuatan khianat tersebut bantahan secara aman diadakan di Masjid Negara di ibu kota selepas solat Jumaat hari ini, malah sekumpulan 83 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di situ mengutuk kejadian bakar gereja yang berlaku awal hari ini.

Mereka membantah pencerobohan itu dan menyifatkan tindakan itu akan mengeruhkan lagi keadaan .Disamping itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar rumah ibadat adalah seperti perbuatan yang tidak menghormati isi kandungan ajaran agama mereka sendiri.

Sambil membidas kejadian membakar dua buah gereja di Lembah Klang awal pagi ini, Rais
menegaskan bahawa pihak-pihak ekstrem seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan wujud dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata ia juga bertentangan dengan ajaran Allah yang menyuruh supaya umatnya membuat kebaikan, berharmoni dan menghormati antara satu sama lain. "Semua masyarakat tidak merestuinya," katanya lagi.

Mengulas hal yang sama, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini juga mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat insiden tersebut di mana menurutnya membabitkan dua insiden kebakaran gereja dan satu lagi menerima ugutan.

Menurut Najib, perbuatan seperti itu boleh menghancurkan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Saya mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana ini akan menghancurkan keharmonian dalam negara kita.

"Keadaan di mana wujud kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup... kita hormat menghormati antara satu sama lain... (ia) tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil apa jua tindakan bagi mencegah perbuatan sedemikian.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat .- sumber bernama.

MctHeory: Sepatutnya perkara sebegina tidak patut di Malaysia. Negara yang aman dan majmuk. Aku difahamkan bahawa ada pihak yang cuba membuat provokasi dengan niat jahat yang tertentu.

Ada juga pihak yang cuba menunding jari kepada UMNO. Untuk makluman pembaca semua, UMNO telah mengetuai dalam perjuangan isu 'kalimah Allah' adalah sesuatu yang amatlah bodohnya jika UMNO yang merancang membakar gereja, langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin NGO Melayu Islam kerana mereka juga membantah pembakaran gereja?. Adakah Pas? Mungkin tidak kerana Pas tidak akan curang dengan Dap (bini haramnya).

Perbuatan sebegini hanyalah akan mencemar maruah orang Islam di Malaysia. Ini perbuatan orang yang khianat, orang yang cuba nak memusnahkan keharmonian di Malaysia. Hanya seorang manusia yang amat pakar dalam perbuatan jahat sebegini.

Siapa yang cuba menghuru-harakan Malaysia sejak kemunculannya. Siapa yang mastermind kewujudan Hindraf? Siapa yang cuba melaga-lagakan kaum Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia, kononya memperjuangkan kesemarataan. Siapa yang membuatkan Dap menjadi tuan kepada Pas hingga berani menghina Islam dan ketuanan Melayu? Siapa yang menyokong Malaysia menjadi republik? Siapa yang akan menghadapi kes mahkamah yang besar selepas ini? dan siapa yang paling untung jika Malaysia kacau bilau?

Aku pasti anda semua tahu jawapannya, orang ini bapa segala kejahatan. Iaitu B. A. B. I. sendiri mau ingat la. .

Ahad, 3 Januari 2010

ISU:Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja




Mungkin tidak semua orang tahu, bahawa Anwar ni sangat rapat dengan pihak gereja. Dia diantara pemimpin yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh kristian. Anwar telah menerima jemputan majlis tertutup dari pada Catholic Archbishop Murphy Pakiam. Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.
Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, “dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You". Klik di sini


Membaca lanjut laporan Rev Dr Duncan Reid disini Peter Riddell, klik di sini
Masuk juga di sini

Baca Sini Juga Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian ?



MctHeory: Memang dah agak dah, si anuwar nih memang ada kena mengena dengan pihak gereja. siap menjadi penyokong tuh. Ini semua politik anuwar la..demi sesuap undi.. Memang sesuai digelarkan sesumpah. Bila masuk masjid dia la ustaz, ulama. Bila pegi gereja, dia jadi paderi plak..huih.. dasat la lu anuwar.