Ahad, 3 Januari 2010
ISU:Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja
Mungkin tidak semua orang tahu, bahawa Anwar ni sangat rapat dengan pihak gereja. Dia diantara pemimpin yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh kristian. Anwar telah menerima jemputan majlis tertutup dari pada Catholic Archbishop Murphy Pakiam. Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.
Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.
Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.
Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.
Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.
Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.
Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.
Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.
Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, “dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.
Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”
Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You". Klik di sini
Membaca lanjut laporan Rev Dr Duncan Reid disini Peter Riddell, klik di sini
Masuk juga di sini
Baca Sini Juga Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian ?
MctHeory: Memang dah agak dah, si anuwar nih memang ada kena mengena dengan pihak gereja. siap menjadi penyokong tuh. Ini semua politik anuwar la..demi sesuap undi.. Memang sesuai digelarkan sesumpah. Bila masuk masjid dia la ustaz, ulama. Bila pegi gereja, dia jadi paderi plak..huih.. dasat la lu anuwar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
SLM BRO..AL JUBOREE SAJE NAK KELIRUKAN DAN SUKE TGOK PERPADUAN KT M'SIA HANCUR LEBOR. BYGKAN KLU ADE DAILOG ANTARA AGAMA PASTI KALIMAH ALLAH AKAN DI SEBUT2. DAN WAKTU TU SAPE YG AKAN PERCAYA AGAMA SAPE YG BENAR?..AL JUBOR & KHALID GEREJA U BOTH CAN GO TO HELL!! HARKKK PTUIHHH!!!
Anwar memang seorang yang tak boleh dipercayai. Kita tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak dia. Misi dia untuk menjadi president pertama Malaysia, membuatkan, dia sanggup melakukan apa saja demi misinya tu.
Biasa la bro. . dah nama pun politik cari makan. . jadi sesumpah pun sanggup. . ni barua besar ni.
Catat Ulasan