Isnin, 18 Januari 2010

ISU KALIMAH ALLAH: APA ANWAR NAK SEBENARNYA?!





Mc amat tertarik dengan tajuk utama akhbar Sinar Harian pada hari ini dan Mc percaya banyak blog-blog lain yang mengulas mengenainya juga.

brader Anwar iaitu Ketua Liwat Negara (KLN) dalam konvensyen PKR di Pahang, mengulas mengenai isu kalimah Allah. Bagi Anwar isu ini hanyalah isu kecil dan sengaja dibesar-besarkan oleh UMNO.

Ketua Liwat Negara brader Anwar mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO hanya untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Dia juga berkata, UMNO menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya lagi penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. dan menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam.

Baginya, UMNO sengaja kasi panas isu ini hanya untuk menarik perhatian rakyat kepada UMNO. Nampak macam UMNO ni terdesakla nak perhatian dari rakyat.

Brader Anwar ni sebenarnya tak kisah sangat mengenai isu ni. Iyelah diakan pejuang demokrasi dunia. Apala sangat setakat isu kalimah Allah. Kebebasan berliwat pun dia kata ok. Apala sangat isu ni.

Brader Anwar oii. . bagi Mc, umat Islam cuma mahu mempertahankan haknya. Kami bukan nak tahu kenapa atau sebab apa agama lain boleh guna kalimah Allah atau tidak. Cuma kami mahu hak kami iaitu penggunaan Kalimah Allah hanya menjadi milik eksklusif umat islam di Malaysia sahaja. Itu maksud kami!.

Kenapa selama ini atuk dan nenek kita dapat mempertahankannya dari dulu hingga sekarang. Kenapa kita tak boleh!. Jika semua hak kita dituntut oleh kaum lain adakah kita perlu bagi semuanya? Apa lagi yang tinggal pada anak, cucu dan generasi yang akan datang nanti? Kalau yang dalam seluar pun dituntut takkan nak bagi juga.

Ini hal agama, selagi boleh kita pertahankan, kita akan pertahankan. Apa motif mereka mahu menggunakannya sedangkan mereka boleh tidak gunakannya apakah ada motif lain?

Fikirla.

Mc ingat, orang seperti Anwar ini tidak fikir semua itu. Orang ini targetnya cuma satu. Nak jadi PM je dalam kepala otaknya. Dia ni, untuk mencapai matlamatnya, bukan kata gadai agama, gadai negara pun dia sanggup.

Pada konvensyen tersebut, Anwar kata bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011. Pembaca dah nampak apa motif si brader Anwar ni. Targetnya cuma satu. Ke Putrajaya! Dia sanggup buat apa saja untuk capai cita-citanya. Sekali Mc ulang, APA SAJA! untuk capai cita-citanya.

Mc dah kata Anwar ni demi mengekalkan kuasa politiknya. Buat apa pun boleh. Mentangla pungkoqnya dah tak sedap duduk. Agama pun dia buat main.

MctHeory:
Apa saja alasan sekalipun, Kalimah Allah adalah hak kita, ia perlu dipertahankan!

6 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

beliau ni mmg bijak spin mende ~
berapi2 bagai ... tu kelebihan dia.
Pasal nama Allah ni ...
nape nak kaitkan ngan Arab n indon
nun?? soalnya envrntment kita
beza ngan negara lain. Aku x paham
uncle yg kononnya bijak ni.
pasal politik, kuasa, sokongan ...
sanggup jer. x tau dia paham ker x
maksud SENSITIVITI agama kat
malaysia nih!


Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir!" Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku. ~ Al-Kaafirun 109:1-6


wallahualam

McTheory berkata...

Dia ni nak jadi PM je. Takde motif lain frodo. .

Tanpa Nama berkata...

AL JUBURRR DH MENAKU..TARGET DIA NK KONKER PUTRAJAYA BEB HUHUHU. "AHHH PERSETANKAN AGAMA, PERSETANKAN AKIDAH. YG AKU MAU KERUSI EMPUK PM!"..TU YG KETUA KOMUNIS SOKONG SGT TU!..KEHKEHKEH HARKK PTUIHHH!!

sasha2020 berkata...

Mangkuk hayun sekor tu memang sedang menunggu laknat dari allah..

orang macam ni memang tak takut pada laknat allah...

Ya allah, engkau selamatkanlah negara malaysia dan hancurkanlah mereka yg menyokong penggunaan nama mu oleh orang bukan islam.

McTheory berkata...

Betul Jeff. . dia dah gian tu. .

pakngah santan berkata...

kristian dah beribut tahun guna perkataan allah? kalau beribu tahun, apasal tak panggil tuhan depa yahweh?
tak pernah pulak dengar pope benedict keluarkan 'fatwa' yang tuhan kristian bernama allah.

handal betul anwar ni. handal temberang laaa.....