Rabu, 13 Januari 2010

ISU: PEMIMPIN PAS BERCELARU, AHLI PAS DAH MULA KELIRU!



Bulan Pas umpama bulan gerhana. Masa depan Parti Pas semakin gelap. Ini disebabkan kecelaruan dalam kepimpinan Pas. Pemimpin Pas selalu bertelagah sesama sendiri dengan kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap pemimpin Pas umpama mempunyai kepentingan individu, bukan dirujuk kepada parti. Kita sudah tahu bahawa Pas sudah berpecah kepada dua kumpulan, Erdrogan dan ulamak.

Banyak isu dalam negara yang Pas tidak campur tangan, walaupun isu berkaitan dengan agama Islam. Jika ada pun, hanya menyedapkan hati rakyat dan penyokongnya. Sekadar wayang gambar, atau dipolitikkan kembali isu tersebut, tanpa sebarang cadangan untuk jalan penyelesaian.

Jika kita lihat daripada kenyataan setiap pemimpin Pas, semuanya bercanggah. Si Hadi kata lain, si N.ajis cakap lain, Mustaffa Ali kata lain, Kalid Gereja kata lain pula. Semuanya berterabur, macam mana mereka ini nak memerintah Malaysia. Kalau pendapat pun berterabur.

Mc pernah duduk berborak dengan ahli-ahli Pas dekat Taman Medan. Mereka ini dibawah pimpinan ustaz Ghazali (orang kuat Pas Taman Medan). Kebanyakan ahli-ahli Pas sekarang berada didalam dilema. Masing-masing dah keliru dengan pendirian Pas. Mereka sendiri bagaikan tidak tahu, apa tujuan Pas ditubuhkan, kerana Pas sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka.

Kalau dahulu ahli-ahli Pas sangat menghormati Ulama, tidak kira dari Pas atau dari Ulama bebas, tapi sekarang ada sesetengah diantara mereka sanggup memaki hamun Ulama kerana tidak menyebelahi mereka dalam sesuatu isu. Contohnya Mufti Perak dan Harun Din, kedua-duanya dimaki hamum oleh pemimpin dan penyokong Pas sendiri.

Bukan semua ahli Pas begitu, ada juga yang sudah celik mata dan melihat apa yang sebenarnya Pas perjuangkan. Pas bagai tiada kuasa. Hanya menjadi kuda tunggangan Dap dan penjilat Anwar yang sejati.

Bagi ahli Pas yang betul-betul berjuang kerana agama Islam. Mereka sudah berasa tidak yakin lagi dengan Pas. Hendak masuk PKR pun tak boleh kerana Pkr bukan perjuangkan Islam. Nak ke UMNO, mereka takut, kerana minda mereka telah diracun oleh pemimpin Pas dengan mengatakan UMNO bukan parti Islam dan UMNO ini jahat.

Itulah sebabnya kebanyakan mereka ini masih lagi bersama Pas., walau sebenarnya hati mereka bukan bersama Pas lagi. Jika keadaan Pas tetap berterusan begini. Maka dalam 4 atau 5 tahun lagi, Pas akan berkubur dengan sendirinya. Ini adalah berita baik bagi UMNO kerana Pas sendiri sudah lemah, ahli dan penyokong Pas mula mempertikaikan apa perlunya Pas, jika tidak memperjuangkan Islam lagi.

MctHeory: Kepada ahli Pas yang hendak menjadi ahli UMNO, kecik tapak tangan, stadium bukit jalil Mc tadahkan, kerana UMNO tetap memperjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair tanpa rasa ragu atau berdolak dalih, ini semua hanya untuk negaraku Malaysia.

5 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, puak-puak ini banyak juga yang masih hitam pemikiran mereka..... lihat sajalah statement Hadu Awang yang nak hapuskan Melayu dan kuasa Melayu......

McTheory berkata...

Betul bro YangGambi!. .

tapi pengikut mereka dah penin dah. banyak member2 Pas dah malas nak join Pas lagi. Banyak cakap dari buat keje.

Tanpa Nama berkata...

bodo la ameno ni. sape nk sokong ampa! org bodo ja sokong ameno longkang ni.

Tanpa Nama berkata...

ameno?apa tu? UMNO je yang org tau.hahahaha...

mat jeng berkata...

PAS jangan ingat semua rakyat Malaysia mengaji pondok/sekolah agama! ramai lagi yang berada di sekolah biasa! belajar kat luar negara.. tak kiralah arab, amerika, england....
Jadi cara dakwah kenalah pikir ini semua..bukan hantam keromo jer! Jangan perasan semua orang suka PAS! Tu sebab banyak yang dah keliru.. PAS dah lari dari prinsip asal parti! Tak menang PRUtak apa..asalkan tak gadai prinsip! Prinsip itu MARUAH! Prinsip tergadai dek nak berbaik-baik dengan DAP/PKR! PAS sudah hilang maruah! Cubaan dengan DAP/PKR tuhan beri, PAS sudah tergoda..kalah! Belum lagi cubaan lebih besar tuhan bagi! Mana MARUAH kamu! Mau gadai agama..gadai bangsa? hanya kerana kuasa politik? Saya kecewa! ramai lagi kecewa..keliru!!!!

dulu sokong PAS gak! sekarang takmboh dah!!!!!