Sponsor

Memaparkan catatan dengan label AHLI PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AHLI PAS. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2015

Parti Pas Semakin Mengarut? - Mat Taib


Nampaknya perkembangan terbaru dalam PAS semakin menarik. Hari demi hari ramai golongan profesional semakin meninggalkan PAS.

Terbaru Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor, menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tak pedulikan lagi bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya semalam, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kta Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana.

Khamis, 1 Disember 2011

KASI GEGAR!! HARAKAH BAKAL GULUNG TIKAR!!!




Artikel dan kajian ini menunjukkan impak yang jelas serta penolakkan pembaca internet terhadap portal dan kitab nombor satu Pas itu semakin merudum rankingnya. Walau apa pun alasan yang diberi, mengikut kajian yang dibuat. Haramkahdaily sudah kehilangan hampir 100,000 pembaca sehari.

Khamis, 1 September 2011

SOKONG KOMUNIS!! Pas Hari Ini, Kesan Tarbiah Dap Berjaya!!



Mc pun pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas pada hari ini. Masing-masing mempertikaikan hari kemerdekaan negara. Mula-mula mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan yang dulu-dulu seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam.

Mana ada, mereka tetap dicatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan. Cuma cara mereka dan jalan mereka lain. Cara Tunku Abdul Rahman lebih kepada 'diplomasi' ianya berkesan dan dengan kebijaksanaan Tunku juga yang menyebabkan semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu bendera 'Perikatan' (Kapal Layar).

Pas harus akui, bahawa UMNO parti yang telah memerdekakan negara kita. UMNO telah membawa panji-panji sebagai ketua dalam perikatan memenangi hampir semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan 51 daripada 52 kerusi hingga membuatkan British terkedu dengan Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengabungkan semua kaum utama dibawah satu bendera.

Apa yang Pas dengki sangat?

Mc akui, mula-mula Parti Komunis Malaya, PKM atau lebih dikenali sebagai komunis, memang bersemangat nak memerdekakan Malaya dari tangan British. Tetapi selepas mereka mengetahui bahawa kerajaan Persekutuan yang di ketuai oleh Tunku telah mewujudkan Malaysia dan British pula telah pulang ke ke tanah air mereka.

Pihak komunis dengan segala upaya memberontak dan membuat kacau, dengan niat agar dapat menumbangkan kerajaan baru Malaya dan menjadi penjajah baru. Namun, hasrat mereka dapat dipatahkan dan pasukan keselamatan kita, dan berjuang dengan segala upaya untuk menghapuskan askar komunis sehinggalah komunis pernah digelar sebagai, musuh nombor satu negara pada satu ketika.

Pelbagai onar dan kezaliman yang ditinggalkan oleh askar komunis kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pasukan keselamatan. Menyebabkan rakyat Malaysia tidak akan lupa pada kezaliman komunis pada satu ketika dahulu.

Orang macam komunis ni yang kita perlu panggil pejuang kemerdekaan?

Agaknya puak Pas ni gila ka apa?

Apakah selama Pas bersahabat dengan Dap ni, akibat terlalu mengikut, menyebabkan Dap telah 'mentarbiah' Pas, sehingga Pas 'mengkomuniskan diri' dan menistiharkan menyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

Jika ini benar, sememangnya Dap telah berjaya memanipulasikan otak Pas untuk menjadi cenderung kepada komunis.

Tahniah Dap!! Anda memang hebat!!

McTheory:
Dap hebat, atau Pas yang bodoh?

Rabu, 24 Ogos 2011

TUDIAA!! Azli Taliban Pas KANTOI rasuah!!



Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.

"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya. Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.

"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya - MPP

Tak salah Mc, muka ni yang dok kutuk UMNO kata rasuah sana sini. Hakikatnya, dia sendiri pun buat kerja kotor tu.

Tengok muka pun tau, jenis tak boleh pakai punya orang. Manusia yang suka maki orang kata makan benda haram ni yang selalu buat benda haram.

McTheory:
Pas memang selalu ludah ke muka sendiri.. selalu sangat..

Jumaat, 22 Julai 2011

MESTI BACA!! KEANEHAN POLITIK PAS!!


SEBENARNYA, kita terutama umat Islam tidak perlu terkejut dengan tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengubah pendirian berhubung larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri itu sempena Ramadan.

Tindakan mengubah pendirian itu hanyalah contoh kecil bagaimana Pas kini sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan politik merebut kekuasaan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hakikatnya, perubahan keputusan yang dibuat tidak sampai 24 jam itu juga adalah antara beberapa tindakan ‘aneh’ Pas dalam politik sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam perbualan penulis dengan beberapa penyokong Pas, mereka yang semakin tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dan hala tuju parti itu menggariskan beberapa tindakan Pas yang mereka lihat semakin ‘aneh’.

Keadaan itu berlaku kerana Pas kini sudah benar-benar beriltizam untuk berkongsi kuasa memerintah negara bersama-sama dengan PKR dan DAP, biar pun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Berikut penulis paparkan beberapa tindakan dan sikap Pas yang dianggap ‘aneh’ dan tidak lagi mencerminkan perjuangan dan identiti parti itu sebagai pejuang Islam – satu pendekatan yang suatu ketika dulu membantu Pas sampai ke tahap sekarang.

* Mengubah haluan Perjuangan – jika suatu ketika dulu Pas begitu beria-ia hendak menubuhkan negara Islam tetapi kini ia sudah berubah kepada negara berkebajikan.

Perubahan dasar ini menurut sumber dilakukan kerana kepimpinan Pas percaya perjuangan menegakkan negara Islam akan membantut impian parti itu untuk berkuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Apatah lagi Pas memahami bahawa DAP sejak dulu lagi memang menentang keras penubuhan negara Islam dan ia sekali lagi ditegaskan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh dalam isu pusat hiburan di Kedah baru-baru ini.

Oleh itu bagi menjaga hati dan memastikan perjuangan negara Islam tidak menjadi duri dalam daging bagi hubungan di kalangan pakatan pembangkang maka perubahan dasar perjuangan pun dilakukan kepada negara berkebajikan.

* Semakin terhakisnya kepimpinan ulama – Keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini sudah menampakkan dengan jelas bahawa keyakinan sebahagian besar penyokong Pas bahawa golongan ulama boleh membawa parti ke puncak kuasa semakin pudar.

Oleh itu mereka membuat keputusan memberi kemenangan kepada bukan ulama untuk menduduki jawatan-jawatan penting, biar pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama.

Malahan pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri tanpa berselindung menegaskan kepimpinan yang terpilih adalah barisan pilihan raya.

Ia seolah-olah menggambarkan perasaan putus asa di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas untuk menaruh harapan kepada golongan ulama bagi mengarak panji-panji parti itu meraih kemenangan menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Ketika ini sudah tidak ada lagi perhitungan apatah lagi perasaan membelek kembali sejarah bagaimana Pas ditubuhkan dan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan parti itu pada tahap sekarang.

* Menolak kerjasama dengan UMNO tetapi sedia ‘tunduk’ kepada DAP. - Sejarah perjalanan politik negara sudah membuktikan bagaimana pemimpin dan ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya, Pas bukan sahaja membuka pintu seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP tetapi juga bersedia ‘tunduk’ dengan kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Semua itu berlaku kerana berdasarkan kepada pilihan raya umum 2008, Pas terlalu yakin kedudukan pembangkang kini semakin kukuh dan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun Pas sama sekali tidak mahu memikirkan bagaimana dalam kerjasama itu parti lebih banyak ruginya daripada untung.

Malahan walaupun Pas turut berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang namun Pas tidak ada suara untuk menegakkan perjuangan berlandaskan Islam.

Ia kerana di kedua-dua negeri itu segala-galanya ditentukan oleh DAP manakala Pas hanya mengikut sahaja.

* Bersikap ‘double standard’ - Walaupun sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya menegaskan yang benar itu benar yang salah tetap salah, namun dalam banyak perkara Pas lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Ia jelas apabila Pas turut bermati-matian mempertahankan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat dalam masalah moral.

Biar pun bukti semakin jelas dan nyata namun demi kepentingan politik kekuasaan, Pas sanggup bersekongkol dan mengeluarkan pelbagai kenyataan demi mempertahankan golongan berkenaan.

* Membiarkan diri diperalat - Demi kepentingan politik kekuasaan juga, Pas sanggup diperalatkan oleh PKR dan DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang.

Ia terbukti apabila Pas terlibat dalam demonstrasi haram bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Walaupun hakikatnya selama ini Pas sudah menang banyak kerusi termasuklah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, di Terengganu selama sepenggal dan kini di Kedah melalui satu pilihan raya yang telus dan adil, namun Pas tetap mahu bermain politik.

Justeru Pas bersedia berganding bahu dengan Pengerusi pertubuhan haram Bersih, Datuk S.Ambiga yang suatu dulu ditentang oleh parti itu kerana cuba menggugat kesucian agama Islam.

Tetapi Pas bersedia memaafkan Ambiga dengan menurunkan penyokong-penyokongnya ke jalanan. Jumlah penyokong Pas lebih ramai berbanding PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu sememangnya bergantung kepada Pas sama ada dalam pilihan raya mahupun demonstrasi.

Demikianlah beberapa perkara berkaitan perjalanan politik Pas yang semakin aneh dari semasa ke semasa dan ia diketengahkan oleh kalangan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan fikir-fikirkanlah apa yang dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog yang menyokong parti berkenaan.

Antara lain individu tersebut bertanya;

‘‘Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?

‘‘Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata? DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata? Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?

Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka.

Utusan

Ahad, 12 Jun 2011

KASI PANAS!! ULAMAK PAS MELARIKAN DIRI DARI DI TEMUBUAL!!


McTheory:
Selalunya orang yang tutup hp dan melarikan diri ni, orang yang bacul dan penakut!!

Khamis, 9 Jun 2011

KASI PANAS!! KENAPA HADI TAKNAK JADI PM??





Oleh:  Tarmizi Md. Jam

Kenyataan Hadi Awang, Presiden Pas bahawa dia tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dilihat tidak konsisten dengan sikapnya yang sombong dan takbur.   Sedangkan dalam beberapa insiden, Hadi Awang sudah pun berlagak seperti Perdana Menteri kuku besi apabila melawat ke negeri-negeri jajahan PAS.   Dia sering menganggap segala harta benda dan aset milik negeri tersebut sebagai milik PAS dan di bawah kekuasaannya.   Sikap ini jugalah  yang menyebabkan ketegangan di antara dia dengan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu.

Melihat  dari personaliti dan kelayakan, sememangnya elok benarlah kenyataan Hadi yang dia tidak ingin menjadi PM.   Ini kerana Hadi tidak mungkin mampu menangani permasalahan yang lebih besar dari permasalahan rumah tangga sahaja.   Di tangan Hadi, kita menyaksikan bagaimana PAS tergadai prinsip dan maruah.  Di tangan Hadi juga ummah berpecah belah.   Bayangkan jika negara berada di tangan Hadi,  sudah tentu akan tergadai kedaulatan juga.  Jadi elok benarlah jika Hadi tidak menjadi Perdana Menteri.

Namun, persoalannya kenapakah Hadi tiba-tiba membuat kenyataan yang kononnya merendah diri ini?   Tidak mungkin Hadi Awang benar-benar sedar yang dia tidak layak.  Tidak mungkin juga kerana dia bersungguh-sungguh  ingin ‘menyelamatkan’ Malaysia kerana Malaysia telah pun selamat dan dia menyedarinya.    Satu-satunya ancaman yang mampu ‘membunuh’ Malaysia ialah perjuangan Hadi sendiri di dalam Pakatan Rakyat.   Untuk benar-benar menyelamatkan Malaysia, Hadi Awang harus terlebih dahulu ‘membunuh’ Pakatan Rakyat.

Oleh itu, apakah sebenarnya niat Hadi dalam membuat kenyataan sedemikian? 

Bolehlah kita menganggap yang itu hanyalah kenyataan politik untuk menunjuk tawaduk kepada pengikutnya.  Tetapi boleh juga kita menilainya sebagai strategi politik untuk menaikkan Nik Aziz terlebih dahulu bagi membuka jalan untuk menyahkan orang tua itu terus dari menjadi beban Pakatan Rakyat.   Jika Nik Aziz ditolak ke atas, pastinya dia akan dihumban ke bawah dengan segera oleh Anwar dan DAP.   Lalu, jalan untuk Hadi ke atas akan lebih selesa, tanpa perlu memulakan pergaduhan dengan Anwar.



sambung baca SINI

Ahad, 5 Jun 2011

SIRENNN!! PERHATIANN!! ADA SESUATU YANG BERLAKU DIDALAM PAS!!



Mc mendengar khabar-khabar angin, namun dari sumber yang boleh dipercayai. Bila dah kata khabar angin tu faham-faham je la. Mungkin dalam 60% benar. Akan ada pergolakkan dalam Pas nanti. Kumpulan Ulama Pas akan bangkit menentang barisan kepimpinan yang menyokong erdogan berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Dap.

Kalau ini berlaku, ini berita yang sangat menarik.. wow!!

Apa-apa pun Mc akan memantau perkembangkan ini untuk berita seterusnya.. kalau Mc diam tu, faham-faham je laa..

McTheory:
Tinggalkan Pas!! Tubuh parti Islam baru.. atau masuk kumpulan ULAMA UMNO jer ler he he..

Isnin, 30 Mei 2011

KEJAMNYA KERAJAAN PAS KEDAH!! cakap tak serupa bikin..



Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.

Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.

Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. sambung baca sini


cara budak ni cakap, macam KUIN ni Pas yang punya!


Namun permintaan SMM yang mahu Presiden Pas Hadi Awang campur tangan juga telah ditolak mentah-mentah oleh Ostaz Azizan. Malah Ostaz Azizan mengatakan Insaniah bukan hakmilik PAS tapi hakmilik kerajaan negeri yang diperintah oleh Menteri Besar. Oleh itu presiden Pas tidak mempunyai hak untuk masuk campur.

Jika dulu Pas menentang AUKU, tetapi kini Mc ingin tahu apa sebenarnya pandangan PAS sendiri tentang AUKU, adakah terdapat double standard di antara pandangan peringkat Pusat dengan pengaplikasiannya di peringkat negeri. Mungkin selepas menjadi kerajaan, baru Pas sedar betapa penting akta AUKU membendung pelajar dari membuat kacau didalam Kolej ataupun Universiti.

Jika pelajar berdemontrasi dengan niat hanya untuk menegur pentadbiran kolej dan negeri pun dihukum buang Universiti, bagaimana pula dengan pelajar unversiti yang membuat rusuhan di ibu negara? Salahkah selama ini kerajaan pusat menyuruh pihak Universiti menghukum pelajar univerisiti yang membuat rusuhan politik? Cakap memangla senang, bila kena diri sendiri, baru tahu betapa sakitnya.

P/s: cakap tak serupa bikin..

McTheory:
Ostaz Azizan ni tak boleh bawa berbincang.. sombong..

Sabtu, 30 April 2011

HAA.. BAGUS LA, SI KAKI KHALWAT SOKONG PENZINA!!


Adalah amat mengejutkan apabila calon Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, menyatakan bahawa sekiranya benar "lelaki bertuala putih" itu Anwar sekalipun, maka ia adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dikaitkan dengan parti lain di dalam Pakatan Pembangkang. Rujuk di sini.

Sedarkah Mat Sabu apa yang dikatakannya? Apakah dia rasa dengan berkata demikian maka ramai ahli-ahli PAS akan menyokong dan memberikan undi mereka kepadanya untuk menjadi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi?

Pertamanya, Mat Sabu merupakan pencipta kepada gelaran "Al-Juburi" yang ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim. Apakah yang dimaksudkan gelaran "Al-Juburi"? Apakah gelaran tersebut merujuk kepada "tukang basuh jubur"? Atau "jubur yang tidak dicebok"? Atau "seorang yang suka main belakang"?

Saya yakin, Mat Sabu tahu tentang peribadi Anwar yang suka "main belakang" apabila dia memberikan gelara itu biarpun Anwar masih belum didakwa atas tuduhan meliwat. Justeru itu, adalah pelik untuk PAS, terutamanya Mat Sabu, untuk menerima perbuatan dan pelaku yang bersifat "Al-Juburi" di dalam perjuangan agama PAS!

Kenyataan Mat Sabu itu secara tidak langsung juga boleh ditafsirkan bahawa dia mengakui Anwar "suka main belakang". Dan amat pelik sekali dia menyifatkan perbuatan Anwar itu bersifat "peribadi". Maksudnya, Mat Sabu boleh menerima seorang peliwat sebagai Perdana Menteri?

Seterusnya baca SINI


P/s: hanya orang yang sama spesis dengan Anwar saja yang sokong Anwar..


McTheory:
Aku kenal ko Sabu.. ko sama macam Anwar, depan baik, belakang Haprak!!

Sabtu, 9 April 2011

ANWAR YANG SEDAP-SEDAP, MUFTI PULAK YANG SALAH??

ni contoh orang Pas yang bonggok semacam je pun

Marah benar Pas apabila video part 1 Anwar keluar. Habis semua media dan blogger dituduh 'pelucah'. Setahu Mc video part 1 tu tak lucah pun. Video tu untuk tontonan umum dan hanya untuk rakyat melihat siapa sebenarnya individu didalam video tersebut. Untuk mengenal pasti, bahawa individu tersebut Anwar atau pun tidak.

Jadi tak salah kalau menyebarkannya, betul tak? Mufti Perak Tan Sri Harussani dah beri fatwa, mengatakan jika belum confirm didalam video itu Anwar, ia akan jatuh fitnah. Jadi bila dah confirm dalam video tu Anwar, adakah menjadi satu kesalahan untuk tontonkan kepada umum. Kalau lucah salah la, tapi kalau cuma video part 1? Tak salah kot. heh..

Tuan Man dalam haramkahdaily menyuruh Mufti-mufti di Malaysia protes untuk letakkan jawatan. Untuk apa? Bukan kerajaan Malaysia yang salah, yang salahnya ialah Anwar. Anwar yang 'kantoi' main dengan pelacur, kemudian dirakamkan oleh pihak hotel yang menguruskan pelacur, kemudian Datuk Eskay pegang video itu untuk jadi bahan bukti bahawa Anwar sememangnya pengotor dan tidak layak jadi pemimpin. Jadi dimana salahnya kerajaan?

Salahnya kerajaan kerana tidak menghalang penyebaran video tersebut? Polis dah rampas pita rakaman video dan mengambil keterangan pada yang terlibat. Jadi kerajaan sudah mengambil tindakan, kalau masih ada penyebaran, itu bukan lagi masalah kerajaan. Lagipun video asli yang ada pada polis masih belum tersebar, yang tersebar hanya video 'get ready' saja. Jadi dimana salahnya?

Cuma Pas saja yang gila boleh sokong peliwat dan penutuh pelacur dalam hal ini. Mana ada pejuang agama boleh sokong pemimpin seperti Anwar ni? Mana ada. Nampak sangat Pas mengharapkan pengaruh Anwar untuk kekuatan politik, lalu menyokong apa saja yang Anwar lakukan demi untuk kuasa dan wang.

Tak payah la nak disalahkan mufti. Tengok diri sendiri dulu. Sendiri pun teruk, lagi nak salahkan orang. Daripada Mufti letak jawatan, baik suruh N.ajis saja yang berhenti jadi MB Kelantan, dah lama dah. Cukup, cukup la tu.

P/s: salah sendiri tak nampak, salah orang nampak sangat.

Mctheory:
Nampak sangat Pas ni Parti Ajaran Sesat!

Khamis, 7 April 2011

BILA PAS NAK REJAM ANWAR?? Ohh.. Kalau Anwar halal belaka!


Oleh: Tarmizi Md. Jam

Benarlah kata orang tidak ada senjata yang lebih berkesan dalam politik selain dari kebenaran. Jika seseorang pemimpin itu berada di pihak yang benar, seribu satu fitnah pun tidak akan mampu menjejaskannya. Tawakkal dan tawaduk pula adalah senjata paling ampuh untuk membalas kembali serangan fitnah.

Jika disenaraikan fitnah yang ditabur oleh Anwar Ibrahim khasnya, dan pembangkang secara amnya terhadap kerajaan, terutamanya Tun Dr. Mahathir dan Najib, mungkin PC ini perlu diupgradekan untuk menyimpannya.

Tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka ini oleh pembangkang bukan calang-calang, antaranya mengamalkan kroni, nepotisme, menyebar fitnah, menyalahguna kuasa, rasuah malah membunuh juga.

Khamis, 31 Mac 2011

KASI PANAS!! CERITA SEKS MENARIK ANWAR UNTUK DIBACA!! Kaki China Doll rupanya..


Seorang kawan wartawan aku yang telah menonton video seks al jub menceritakan kepada aku mengenai aksi al jub masa berzina dengan perempuan china doll tu di Lanson Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ceritanya sangat mengujakan. Akupun rasa malu sebab, al jub ni bukan setakat hebat di pentas ceramah tetapi di ranjang pun dia sivaji poorah No.1.

Mari aku ceritakan balik, tayangan video telah dilakukan oleh trio Dato’ T. Rakaman tersebut antara lain memaparkan rakaman video dari empat [4] penjuru. Walaupun berwarna hitam putih tetapi ianya amat amat jelas. Rakaman adegan seks bermula dengan kelibat Al Jub telahpun berada di dalam bilik.

Ahad, 27 Mac 2011

TUDIAAA!! SOLAT HAJAT MENANGKIS FITNAH JAHAT!! Siapa fitnah? Siapa pulak yang Jahat?


Mc dapat jemputan untuk ke Solat Hajat dan Pidato Khas oleh puak Pakatan Haram. Solat hajat besar-besaran ni dibuat di Stadium Malawati Shah Alam. Nampaknya puak Pas dan Pakatan Haram ni yakin benar bahawa video seks Anwar tu satu fitnah. Tak takut ke Solat hajat yang dibuat menimpa kembali kepala sendiri.

Dewata Pas, pemegang kunci surga, N.ajis mengepalai senarai Solat Hajat dan pidato, digabungkan bersama khalifah Lim Kit Sial yang turut diundang bersama-sama untuk bersolat hajat (solat macam mana jangan tanya Mc). Malah pelakon utama video seks pun diundang sekali, untuk memeriahkan keadaan. Dengar kata Johari Bedul pun datang buat cerita lawak tentang punggung Anwar, berserta dengan Hadi Awang sekali. Cantik la tu, gabungan otai-otai pakatan, mesti gempak gila pidato tu nanti.

Mc sendiri pun tak faham dengan puak-puak ni. Solat hajat boleh dibuat main-main. Tak takutkah balasan tuhan kepada mereka. Tambahan si pelakon utama video seks, Anwar Ibrahim pun turut serta dalam majlis ini, solat sekali ke tak, itu Mc taktau. Tapi Mc memang kata puak-puak ni memang berani.

Mc pun mendoakan semoga Solat hajat itu dapat menunjukkan kebenaran. Baru kita tahu, yang mana benar yang mana salah, yang mana memfitnah, yang mana pula yang kena fitnah. Allah maha mengetahui, maha adil dan maha bijaksana. Yang jahat pasti akan dapat balasannya. aminn..

P/s: berani kerana benar.. kalau takut, fikirla sendiri..

Mctheory:
Solat pun boleh dipolitikkan..

Sabtu, 26 Mac 2011

VIDEO SEKS ANWAR!! DI MANAKAH 'FATWA' NIK AZIZ?? Ghaib terus orang tua ni..

Tukang Halal segala dosa!!

Kalaulah video seks itu milik pemimpin UMNO atau komponen BN yang lain, Mc percaya gegar dan heboh satu negara diorang kerjakan. Betul tak betul mereka akan kata benda tu betul, tapi bila kena muka sendiri, video yang benar pun dikatakan palsu, salah yang mereka buat ditutup dengan salah orang lain kemudian dibalas dengan perkataan FITNAH!! Itulah pembangkang Malaysia Pakatan Haprak, yang haprak, tidak selain haprak, malah sehaprak-hapraknya sahaja!.

Malah pemegang kunci Surga Pas, si Mushitdul Am Pas, N.ajis juga hanya menyalahkan orang yang menyebar dan diberi tonton sahaja. Malah si pelaku penzina langsung tidak disentuh. Apakah bagi N.ajis menonton video lucah lagi 'berdosa' dari melakukan zina?. Malah si penonton video itu pun, hanya menonton untuk kepastian, bukan untuk seronok-seronok.

Bukti ada didepan mata, kebenaran telah pun terbongkar, kenapa kita masih lagi menafikannya? Hanya kerana si penzina itu Anwar Ibrahim? Atau pun hanya kerana penzina terbabit baik dengan pemegang kunci surga Pas, sebab itu kesalahan si penzina itu lakukan tidak perlu diambil kira.

Mc harap N.ajis tidak kehabisan 'fatwa' untuk dia keluarkan. Ini kerana, jika dia hanya berdiam diri, mungkin selepas ini semakin ramai yang 'membikin video lucahnya sendiri' disebabkan, menonton video lucah lebih berdosa dari membuatnya.

Mc sendiri makin menyampah dengan puak-puak Pas yang bagaikan tiada otak. Dari pemimpin hinggalah keakar umbi. Sendiri punya salah, orang lain pulak yang ditudingnya, siapa lagi kalau bukan UMNO.

Malah Mc percaya N.ajis berdiam diri kerana sedang berfikir, bagaimana nak alihkan kesalahan video seks ini kepada UMNO, kemudian orang tua ini akan keluarkan fatwanya untuk mencaci dan mencerca UMNO, yang kononnya dikatakan dalang kepada video lucah Anwar.

Alamakk!! balik-balik, UMNO jugak yang salah!..

Anwar dapat sedap 20 minit pancut dua kali, UMNO juga yang dapat dosa Anwar..

P/s: tak dapat bayangkan taraf level otak puak pembangkang ni..

Mctheory:
Agaknya setaraf dengan kerbau kot..

Sabtu, 19 Mac 2011

KASI PANAS!! LAGI SKANDAL SEKS ORANG PAS??!! Barang Naik Tak?

kalau macam ni pak lebai pun gugur!!

Ishh Ishh Ishh.. lagi cerita pemimpin Pas kuat seks? Kali ni kaki ke span pulak.. iyer la.. penat bekerjakan.. lagipun tak salah kalau pergi urut-urut badan dan urut-urut batin tu ye. Barang naik tak? Kalau tak, iklan dalam harakahdaily kan banyak.. pilih je.. nak tau apa cerita klik SINI.

p/s: seks kuat, tapi barang tak naik.. apa cer..

Mctheory:
Patutla harakah selalu ada iklan ubat kuat.. kah kah kah..

Sabtu, 12 Mac 2011

PAS LEBIH BANYAK BERDRAMA DARI IKHLAS MEMBANTU RAKYAT!!


Kadang-kadang Mc menyampah tengok puak Pas dari Pakatan Haram ni berdrama dan berlakon baik depan rakyat. Kadang-kadang sampai nak termuntah pun ada. Boleh dikatakan semua isu mereka mahu menjadi juara, hinggakan isu undang-undang pun mereka boleh jadikan sebagai modal politik.

Isu Pinjaman PTPTN, Isu Saman Ekor, Isu Cikgu sandaran dan beberapa isu global yang lain, dijadikan modal utama Pas untuk menghentam kerajaan pusat. Isu minyak jangan cakap la, walaupun mereka tahu kenapa kerajaan naikkan harga, tetapi mereka tetap buat bodoh dan tuli meracun rakyat dengan mengatakan kerajaan zalim.

Selasa, 8 Mac 2011

KASI PANAS!! TAKTIK MENJUAL TIKET KE SURGA GAGAL!!


Gambar ni Mc ambil dari Gelombang Rakyat. Taktik melelong tiket surga oleh Pas telah gagal di Kerdau. Maknanya, masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin bijak berfikir dari terjebak dengan taktik kotor yang haprak oleh puak Pas ni.

Lelongan tiket surga yang ditaja oleh dewata N.ajis akhirnya tidak membuahkan hasil. Malah taktik haprak ini memakan diri Pas sendiri apabila ditolak dikedua-dua PRK Kerdau dan Merlimau. he he he.. Syabas.. Syabas.. he he..

Wahai penganut Agama Pas, tidakkah dikau sedar, bahawa kamu semua sedang diperbodohkan oleh puak-puak khawarij ala Isle Pas.

p/s: Setiap undi menjanjikan Syurga!! Khak tuih!!

Mctheory:
Ingat syurga, milik atuk korang punya ka?

Khamis, 3 Mac 2011

PANAS!! AGAMA BARU WUJUD DI MALAYSIA!! MENGANUT AGAMA PAS!!


Selepas masuk Pas, Bob Lokman berjinak-jinak pulak dengan blog. Mc tak pernah pun masuk baca blog Bob, tapi Mc ucapkan selamat berblog.

Bila Bob Lokman masuk (menyertai) Pas, Mc antara blogger yang mengkritik Bob Lokman. Kritik bukannya apa, sebab cara Bob Lokman masuk Pas tu, macam dah tukar agama baru. Siap nangis, kata dah insaf la, masuk Pas ni jalan ke syurga Allah la dan macam-macam lagi.

Kita yang tengok ni pun jadi pelik. Apakah selama ini Bob Lokman tak pernah sembahyang? Apakah Islam Pas lebih bagus daripada orang Islam yang lain? Tahukah Bob Lokman, bahawa ramai pemimpin Pas nak lompat parti tapi tergendala disebabkan 'baiah' talak menyebabkan 'telur' mereka di pegang.

Baca tulisan baru Bob Lokman di blognya, baca yang ditanda merah.


Gambar-gambar ini Mc ambil di blog GMW. Terkejut juga Mc dengan tulisan si Bob Lokman ni. MENGANUT PAS! Memang benar bagai di kata, Bob Lokman menganggap Pas ni sebagai agama yang baru. Kiranya siapa yang masuk Pas ni, kiranya Islam peringkat tertinggi la ye? Aduhhaii.. berapa ramai lagi orang yang jadi bodoh disebabkan percaya perkara macam ni?

Islam tu Agama, berapa kali tah nak terangkan. Pas tu parti, UMNO tu parti. Dap ke, MCA ke, tu pun parti jugak. Ahli Pas yang bukan Islam, tu nak dianggap apa? Takkan Islam jugak kot? Dulu memang Pas benar-benar nampak perjuangkan Islam. Tapi sejak akhir-akhir ini, makin jelas Pas sebenarnya hanya memperalatkan Islam demi menang dalam Pilihanraya.

Ramai yang terpedaya dengan tipu helah Pas yang melaungkan Pas parti Islam. Kalau benar parti Islam, kenapa Pas ada ramai ahli yang bukan Islam? Cuba jawab!

Pada penganut Agama Pas, harap korang semua baliklah kepangkal jalan. Ingatlah dalam kubor nanti bila disoal, Apa agama kamu, takkan nak jawab Islam Pas agamaku kot? Sure kena balun punya..

Fikirla elok-elok wahai Bob Lokman dan rakan-rakannya yang sudah terpesong..

P/s: Sudah la idola Bob Lokman ialah Nik Aziz dan bukan Rasullulah SAW, nampak sangat terpesong..

Mctheory:
Perkara-perkara pelik pada akhir zaman!!

Rabu, 2 Mac 2011

PRK MERLIMAU!! KILANG FITNAH PAS MULA BEROPERASI!!

sekadar hiasan

Bolehkah pinjaman Tekun dimohon dengan bayaran rm25? Kalau nak pinjam Tekun kenalah ke pejabatnya, isi borang dan hantar kertas kerja. Ingat peruntukkan Tekun macam mohon duit kebajikan ke? Cerita 'pelik' yang didalam harakahdaily menarik minat Mc untuk beri komen.

Kalau benar ada pemimpin UMNO yang tipu rakyat di Merlimau, dengan mengutip rm25 pada 700 orang. Di minta Pas suruh penduduk buat laporan polis. Bukan sikit kena tipu tu, 700 orang. Tapi yang peliknya, dalam artikel harakah ni, temubual hanya kepada seorang penduduk, takkan lain tak mengadu kot? dan macam mana pulak si Ismail ni boleh tahu, pemimpin UMNO tu dah kutip duit pada 700 orang? Dia ni pembantu si pemimpin UMNO terbabit ke?

Kira dahsyat juga si Ismail ni ye. Dia mengintip jadi spy sampai boleh tahu berapa orang yang dah kena tipu. Hebat!

Senang cerita, suruh si Ismail ni dedahkan siapa pemimpin UMNO tempatan yang didakwa menipu tu. Kalau sudah didedahkan, dan terbukti menipu, nescaya orang itu akan dihumban ke lokap dan seterusnya pakej ke penjara.

Kalau betul orang tu wujud, UMNO pasti akan ambil tindakan!

Kalau tak wujud pun UMNO tetap akan ambil tindakan, sebab itu sudah dikira fitnah. Nak buat cerita fitnah, bukannya susah. Hanya ada-adakan cerita, tagline besar sikit, kemudian post. Siap satu story yang sememangnya kosong tapi berisikan fitnah.

Kerja-kerja fitnah ni, budak-budak Pas memang teror. Diorang memfitnah, serupa tak ada agama, kalau ada pun, serupa fitnah orang tu tak berdosa. Mentang-mentang la si N.ajis wally selipor akan ampunkan diorang, sebab tu diorang tak takut nak buat dosa.

P/s: Kilang fitnah Pas mula beroperasi, baru nampak Pas ada kerja sikit..

Mctheory:
Tekun?? sendiri apply pun tak dapat-dapat, ada siapa nak bantu ke?