Khamis, 7 April 2011
BILA PAS NAK REJAM ANWAR?? Ohh.. Kalau Anwar halal belaka!
Oleh: Tarmizi Md. Jam
Benarlah kata orang tidak ada senjata yang lebih berkesan dalam politik selain dari kebenaran. Jika seseorang pemimpin itu berada di pihak yang benar, seribu satu fitnah pun tidak akan mampu menjejaskannya. Tawakkal dan tawaduk pula adalah senjata paling ampuh untuk membalas kembali serangan fitnah.
Jika disenaraikan fitnah yang ditabur oleh Anwar Ibrahim khasnya, dan pembangkang secara amnya terhadap kerajaan, terutamanya Tun Dr. Mahathir dan Najib, mungkin PC ini perlu diupgradekan untuk menyimpannya.
Tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka ini oleh pembangkang bukan calang-calang, antaranya mengamalkan kroni, nepotisme, menyebar fitnah, menyalahguna kuasa, rasuah malah membunuh juga.
Begitu yakin dan beraninya pembangkang menegakkan fitnah sendiri sehingga sanggup mengadakan solat hajat, doa khusus serta sumpah seranah atas nama Allah mengharapkan bala dan bencara terhadap UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.
Konon UMNO tidak Islam, tidak mengamalkan Islam dan jahil.
Di masa yang sama, segala kesalahan sendiri ditutup dengan ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan hukum hudud sebagai perisai.
Apabila pembangkang didapati bersalah, 4 saksi adalah diperlukan untuk membuktikan kesalahan. Namun jika UMNO yang terlibat, walaupun belum lagi didapati bersalah, tetapi hanya disyaki, maka saksi dan bukti tidak perlu, cukup dengan tuduhan dan khabar angin sahaja.
Kini setelah berhempas pulas menafikan Anwar sebagai pelakon video seks dan berhujah atas 4 saksi berdasarkan hudud, puak-puak tiba-tiba PAS menjadi haru biru apabila video tersebut tersebar di internet dan hati sanubari mereka sendiri mengakui mengenali sipelakon lelaki tersebut.
Soalnya, jika segala bukti, saksi dan hati sanubari sendiri sudah yakin yang sipelakon adalah Pak Syeikh Anwar yang disanjungi, apakah PAS akan memainkan isu hukum hudud kembali?
Bukankah penzina hukumnya direjam sampai mati? Sanggupkah PAS menghukum aset politik mereka dengan hukum hudud atas nama Islam, keadilan dan kebenaran sepertimana yang dilaung-laungkan?
Atau apakah PAS tetap tidak tahu malu dan tidak takut dosa dengan menyerlahkan sikap ‘double standard’ buat kesekian kalinya terhadap isu yang melibatkan kepentingan parti mereka?
Apapun, kita tunggu fatwa Nik Aziz seterusnya mengenai zina dan hudud, yang turut melibatkan kepentingan politik PAS kerana fatwa Nik Aziz boleh bercanggah dengan ajaran Islam mengikut masa, tempat dan siapa yang terlibat.
Apakah penafian Anwar dan keluarganya sudah cukup untuk membebaskan Anwar dari dosa dan hukuman?
Malaysia Instinct
P/s: N.ajis kata tu bukan Anwar.. sebab muka nampak tak jelas..
Mctheory:
Biasalaa.. kalau salah depa tak nampak saja.. kalau orang?? kena terus la..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Dlm hudud, pesalah zina hanya boleh dibuktikan dengan adanya 4 saksi lelaki yg adil. Dlm kes ini, salah seorang saksi lelaki iaitu bapak ayam mmg xboleh jd saksila. Selain itu, boleh juga dikenakan hudud jika si pelakunya mengaku dengan rela. Video atau DNA tak boleh digunakan utk hudud. Itulah adilnya hudud ciptaan Yang Maha Bijaksana.
Jika tanpa kehadiran saksi atau pengakuan, hukuman takzir boleh dilaksanakan setelah dibicarakan oleh mahkamah.
Catat Ulasan