Khamis, 9 Jun 2011
KASI PANAS!! KENAPA HADI TAKNAK JADI PM??
Oleh: Tarmizi Md. Jam
Kenyataan Hadi Awang, Presiden Pas bahawa dia tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dilihat tidak konsisten dengan sikapnya yang sombong dan takbur. Sedangkan dalam beberapa insiden, Hadi Awang sudah pun berlagak seperti Perdana Menteri kuku besi apabila melawat ke negeri-negeri jajahan PAS. Dia sering menganggap segala harta benda dan aset milik negeri tersebut sebagai milik PAS dan di bawah kekuasaannya. Sikap ini jugalah yang menyebabkan ketegangan di antara dia dengan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu.
Melihat dari personaliti dan kelayakan, sememangnya elok benarlah kenyataan Hadi yang dia tidak ingin menjadi PM. Ini kerana Hadi tidak mungkin mampu menangani permasalahan yang lebih besar dari permasalahan rumah tangga sahaja. Di tangan Hadi, kita menyaksikan bagaimana PAS tergadai prinsip dan maruah. Di tangan Hadi juga ummah berpecah belah. Bayangkan jika negara berada di tangan Hadi, sudah tentu akan tergadai kedaulatan juga. Jadi elok benarlah jika Hadi tidak menjadi Perdana Menteri.
Namun, persoalannya kenapakah Hadi tiba-tiba membuat kenyataan yang kononnya merendah diri ini? Tidak mungkin Hadi Awang benar-benar sedar yang dia tidak layak. Tidak mungkin juga kerana dia bersungguh-sungguh ingin ‘menyelamatkan’ Malaysia kerana Malaysia telah pun selamat dan dia menyedarinya. Satu-satunya ancaman yang mampu ‘membunuh’ Malaysia ialah perjuangan Hadi sendiri di dalam Pakatan Rakyat. Untuk benar-benar menyelamatkan Malaysia, Hadi Awang harus terlebih dahulu ‘membunuh’ Pakatan Rakyat.
Oleh itu, apakah sebenarnya niat Hadi dalam membuat kenyataan sedemikian?
Bolehlah kita menganggap yang itu hanyalah kenyataan politik untuk menunjuk tawaduk kepada pengikutnya. Tetapi boleh juga kita menilainya sebagai strategi politik untuk menaikkan Nik Aziz terlebih dahulu bagi membuka jalan untuk menyahkan orang tua itu terus dari menjadi beban Pakatan Rakyat. Jika Nik Aziz ditolak ke atas, pastinya dia akan dihumban ke bawah dengan segera oleh Anwar dan DAP. Lalu, jalan untuk Hadi ke atas akan lebih selesa, tanpa perlu memulakan pergaduhan dengan Anwar.
sambung baca SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pasai bini banyak daa....malu la kalu org tau..kalu jadi PM takkan nak bawak suma bini pi official ceremony kang kena query...kang bawak tang muda..gaduh nanti dgn yg tua....ha...haa..
Catat Ulasan